Skip to content

ADAM LEVINE AKUI ‘TERLAJAK PERAHU’ NAMUN NAFIKAN HUBUNGAN SULIT

Kongsikan artikel ini
1 of 2

WALAUPUN TELAH MENAFIKAN HUBUNGAN SULIT SERTA KECURANGANNYA DENGAN WANITA LAIN, ADAM LEVINE TETAP AKUI DIA TELAH MELAMPAUI BATASNYA SEBAGAI SEORANG SUAMI KEPADA ISTERINYA, BEHATI PRINSLOO.

Adam Levine menafikan dakwaan bahawa dia mempunyai hubungan sulit lain sedangkan sudah berkeluarga. Penyanyi Maroon 5 itu mengeluarkan kenyataan susulan tuduhan tular baru-baru ini.

“Banyak yang diperkatakan tentang saya sekarang dan saya mahu bertenang,” kata vokalis Maroon 5 itu dalam Story Instagram yang disiarkan pada Selasa lalu. “Saya menggunakan poor judgement ketika bercakap dengan orang lain selain isteri saya dalam apa-apa jenis situasi. Saya tidak menjalin hubungan sulit; namun, saya mengaku telah melampaui batas dan ia amat saya kesali.”

ADAM LEVINE AKUI 'TERLAJAK PERAHU' NAMUN NAFIKAN HUBUNGAN SULIT

“Dalam keadaan tertentu ia menjadi tidak sesuai,” sambung Adam sambil menambah bahawa dia telah membicarakan perkara itu dan mengambil langkah proaktif untuk membetulkan semula perkara ini bersama keluarga. Dia menulis, “Isteri saya dan keluarga saya adalah segala-galanya. Begitu naif dan amat bodoh untuk saya mempertaruhkan satu-satunya perkara yang benar-benar penting bagi saya, itu kesilapan terbesar yang pernah saya lakukan. Saya tidak akan mengulanginya lagi.”

1 of 2

By Ameerul Hamzah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ADAM LEVINE TERBUKA HATI BERKONGSI PERIHAL KEHIDUPAN TERKINI

ADAM LEVINE TERBUKA HATI BERKONGSI PERIHAL KEHIDUPAN TERKINI

Bacaan Lanjut
RESPONS CASIO & RENAULT TERHADAP LAGU ‘BALAS DENDAM’ SHAKIRA

RESPONS CASIO & RENAULT TERHADAP LAGU ‘BALAS DENDAM’ SHAKIRA

Bacaan Lanjut
GERARD PIQUE BIDAS LIRIK LAGU SHAKIRA, BZRP MUSIC SESSIONS #53

GERARD PIQUE BIDAS LIRIK LAGU SHAKIRA, BZRP MUSIC SESSIONS #53

Bacaan Lanjut
MELINDA FRENCH DEDAH IMPAK PERCERAIANNYA DENGAN BILL GATES

MELINDA FRENCH DEDAH IMPAK PERCERAIANNYA DENGAN BILL GATES

Bacaan Lanjut
RAIN JALIN HUBUNGAN SULIT DENGAN PEMAIN GOLF PROFESIONAL?

RAIN JALIN HUBUNGAN SULIT DENGAN PEMAIN GOLF PROFESIONAL?

Bacaan Lanjut
PERKEMBANGAN TERKINI HUBUNGAN ADAM LEVINE & ISTERI, BEHATI PRINSLOO

PERKEMBANGAN TERKINI HUBUNGAN ADAM LEVINE & ISTERI, BEHATI PRINSLOO

Bacaan Lanjut