ALASAN MENGAPA ADELE TIDAK AKAN PERNAH MERAIH PENCAPAIAN TERAGUNG EGOT
Senarai Penerima EGOT
Di Hollywood, hanya 18 selebriti dan personaliti yang berjaya meraih pencapaian teragung itu setakat ini. Terbaharu adalah Viola Davis menerusi kemenangan Grammy pertama untuk memoirnya berjudul Finding Me.
Pelakon, penerbit dan pengarang itu membawa pulang trofi Emmy pada 2015 (pelakon wanita utama terbaik dalam drama menerusi How to Get Away With Murder) dan Oscar pada 2017 (pelakon pembantu wanita terbaik menerusi Fences). Dia turut memenangi dua anugerah Tony: Satu pada tahun 2001 (pelakon terbaik dalam teater menerusi King Hedley II) dan satu lagi pada tahun 2010 (pelakon wanita utama terbaik dalam teater menerusi Fences).

Foto: Good Morning America
“Ia merupakan satu perjalanan yang indah. Saya kini seorang EGOT!” katanya sewaktu memberi ucapan kemenangan di pentas Grammy pada bulan Februari lalu. Viola Davis merupakan individu berkulit hitam keempat yang berjaya meraih status itu selepas Whoopi Goldberg, John Legend dan Jennifer Hudson.
Richard Rodgers menjadi penerima EGOT pertama pada 1962 ketika berusia 59 tahun. Penerima lain adalah Helen Hayes, Rita Moreno, John Gielgud, Audrey Hepburn, Marvin Hamlisch, Jonathan Tunick, Mel Brooks, Mike Nichols, Scott Rudin, Andrew Lloyd Webber, Time Rice dan Alan Menken. Robert Lopez menjadi pemenang termuda dengan meraih status itu ketika berusia 39 tahun pada 2014.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: ED SHEERAN & ADELE TOLAK JEMPUTAN KONSERT PADA HARI PERTABALAN RAJA CHARLES III
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
8 LAGU IKONIK NYANYIAN ‘THE LEGENDARY’ MICHAEL JACKSON
Ayuh imbau 8 lagu paling ikonik nyayian mendiang Michael Jackson sempena pelancaran filem biopik 'Michael'.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.











