ALASAN MENGAPA JENNIFER LOPEZ TEKAD BERCERAI DENGAN BEN AFFLECK
Tanggal 20 Ogos 2024 menandakan ulang tahun perkahwinan kedua buat Ben Affleck dan Jennifer Lopez.
Pada tarikh sama, JLo menfailkan perceraian. Keputusan itu dibuat selepas rumah tangga pasangan itu retak dan tidak dapat diselamatkan lagi.
Menurut satu sumber terdekat, Jennifer sudah tidak sanggup lagi menunggu bilakah perkahwinan mereka akan kembali pulih. Justeru dia memilih untuk bercerai dan meneruskan kehidupan dengan dua anaknya, Emme dan Max.
“Jennifer telah mencuba sedaya upaya untuk menjayakan hubungan mereka. Dia sangat kecewa dan sedih, namun Ben tidak menunjukan sebarang tanda untuk meneruskan perkahwinan ini,” jelas satu sumber terdekat kepada majalah People.
Dugaan Perkahwinan Ben Affleck Dan Jennifer Lopez
Bennifer menyemarakkan semula percintaan mereka pada 2021 selepas membuat keputusan berpisah pada 2004. Mereka mendaftar perkahwinan pada Julai 2022 dan disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis tradisional di Georgia pada 20 Ogos.
Bagaimanapun pada awal tahun ini, keretakan rumah tangga mereka dihidu peminat kerana tidak lagi dilihat bersama di tempat awam selama lebih sebulan.
Satu sumber mengesahkan kepada People bahawa perkahwinan Ben dan Jennifer sememangnya bermasalah dan mereka menjalani kehidupan secara berasingan. Ibu kepada dua cahaya mata itu juga menyambut ulang tahun kelahirannya bulan lalu tanpa Ben di sisi.
Satu sumber memberitahu akhbar The Sun tentang satu lagi punca perceraian mereka. “Jennifer dan Ben sudah berakhir. Mereka tidak serasi. Tiada perubahan walaupun selepas 20 tahun. Ben dan alkohol tidak dapat dipisahkan, Jennifer pula hidup sebaliknya. Langsung tidak minum arak atau merokok.”
Bagaimanapun ada juga spekulasi yang mengatakan bahawa perceraian mereka disebabkan oleh privasi dan kemasyhuran. Jennifer gilakan perhatian umum dan media manakala Ben pula sebaliknya.
Perceraian ini menandakan berakhirnya perkahwinan keempat Jennifer, manakala yang kedua buat Ben.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: BAKAL KEMBALI HIDUP SOLO, BEN AFFLECK BELI KEDIAMAN BARU BERHARGA RM92 JUTA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
JENNIFER LOPEZ & BEN AFFLECK CAPAI KATA SEPAKAT BERHUBUNG PERCERAIAN
Kisah cinta epik Jennifer Lopez dan Ben Affleck secara rasminya berakhir selepas perceraian mereka dimuktamadkan pada 7 Januari 2025.
PERCINTAAN AUSTIN BUTLER & KAIA GERBER TERLERAI SELEPAS TIGA TAHUN
Tahun baru, kekasih baru? Austin Butler dan Kaia Gerber membuat keputusan untuk berpisah beberapa hari sebelum tahun 2024 melabuhkan tirai.
JENNIFER LOPEZ BERKONGSI HIKMAH PERCERAIAN DENGAN BEN AFFLECK
Ibu kepada sepasang kembar ini berkongsi bagaimana perceraian dengan Ben Affleck membuka matanya yang selama ini tertutup rapat.
5 SELEBRITI TERKENAL YANG MEMINATI WANITA LEBIH MATANG & BERUSIA
Kita biasa melihat selebriti lelaki memilih pasangan lebih muda, namun senario sebaliknya kini semakin diterima dan menjadi ikutan di Hollywood.
KEKASIH BARU? JENNIFER LOPEZ DIRAKAM BERPEGANGAN TANGAN DENGAN JEJAKA TAMPAN
Selepas tiga bulan menfailkan perceraian terhadap Ben Affleck, Jennifer Lopez mencuri perhatian apabila dilihat bersama seorang jejaka kacak.
PERCINTAAN CHANNING TATUM & ZOE KRAVITZ PUTUS DI TENGAH JALAN
Selepas tiga tahun menjalin hubungan cinta, Channing Tatum dan Zoe Kravitz membuat keputusan membawa haluan masing-masing.