Skip to content

alif satar

“MASCULINITY IS WORKING WITH WHAT YOU HAVE AND WHAT YOU ARE GOOD AT” – ALIF SATAR #GLALPHAMEN2023

Kongsikan artikel ini

Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Alif Satar sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang merupakan penyanyi, pelakon dan pengacara televisyen yang sangat berbakat dalam industri seni di Malaysia.

Bagi tahun 2023, GLAM Lelaki meraikan individu yang memegang posisi terkemuka dan dominan dari pelbagai bidang yang berbeza. Dari fesyen kepada sukan, mereka merupakan “Our Heroes”. GLAM Lelaki menamakan Alif Satar sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang berjaya dalam pelbagai bidang kerjayanya sebagai anak seni dan juga dalam dunia perniagaan. Alif Satar & The Lacos tentunya telah memenangi tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) menerusi lagu Anugerah Terindah baharu ini.

“MASCULINITY IS WORKING WITH WHAT YOU HAVE AND WHAT YOU ARE GOOD AT” – ALIF SATAR #GLALPHAMEN2023

 

Ikuti temu bual ekslusif bersama Alif Satar bersempena dengan GLAM Lelaki Alphamen 2023:

alif satar

Sut, Wardrobe. Beg bimbit, MONTBLANC

1. Apakah perkembangan terkini anda?

Perkembangan terkini saya ialah saya sedang mempromosikan album baru dilancarkan. Selain daripada itu, saya baru sahaja selesai pengembaran filem bersama Eyka Farhana. Terdapat juga filem yang bakal saya lakonkan hujung tahun ini. Daripada segi business saya, Pasta Panas, Alif Satay dan Iktikaf Alif is growing.

2. Tema Alphamen 2023 adalah ‘Our Heroes’. Apakah maksud hero buat anda? Dan siapakah yang banyak memberikan inspirasi kepada anda?

My parents is my heroes. Dan tidak lupa juga, isteri, my work team, guru-guru yang mengajar dan membimbing saya. Tanpa mereka, saya tidak dapat menjalani kehidupan seperti biasa.  They are my true heroes. 

3. Apakah definisi Alphamen buat anda?

Alphamen boleh dianggap sebagai seorang yang ego atau terkenal dengan lelaki yang kuat. Tetapi, bagi saya menjadi salah seorang Alphamen tahun ini untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk lebih berjaya dengan menanam idea yang lebih baik dan mempelajari sesuatu daripadanya.

4. Apakah intipati maskuliniti dalam dunia moden hari ini?

Masculinity is working with what you have and what you are good at. Pada waktu yang sama, sangat penting untuk menolong orang lain dan menyebarkan positiviti. That is true spirit.

5. Stigma mengenai lelaki yang perlu diubah?

Stigma mengenai lelaki yang perlu diubah ialah tidak semua lelaki adalah sama. Bagi saya, itu sesuatu stigma yang negatif.

6. Bagaimana Alif bermula di dalam industri hiburan?

Baju panas, ZEGNA

Saya bermula dengan rancangan realiti One in a Million musim pertama sewaktu saya berusia 16 tahun.

7. Alif adalah seorang penyanyi, pelakon, hos, atlet, ahli perniagaan, juga seorang suami dan bapa. Bagaimana Alif membahagikan masa untul keluarga dan karier?

Pengasas Amazon pernah berkata bahawa membahagikan masa ini perlu memberi komitmen 100%. Kita tidak boleh bahagikan 100% itu kepada sesuatu perkara. Kita perlu memberi kepada semua mencukupi 100% kepada keluarga, kerja dan rakan-rakan. That is how you embrace.

8. Sebagai seorang selebriti yang sinonim dengan dunia kecergasan, apakah rutin senaman dan pemakanan yang diamalkan oleh anda?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Setiap awal pagi, rutin yang menjadi positif yang membuatkan saya rasa semua orang harus amalkan ialah bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

9. Apakah pencapaian terbaik anda sebagai anak seni sehingga kini?

Pencapaian terbaik saya ialah kekal relevan dan masih dalam industri ini. Sudah 17 tahun dalam industri ini, itu adalah pencapaian yang cukup baik dan saya tidak dapat lakukannya tanpa peminat saya juga.

10. Kongsikan momen yang paling diingati dan mungkin memberikan pengajaran kepada anda?

Trip saya menunaikan haji is a life changing. Saya rasa semua orang perlu berusaha untuk melakukan perkara yang sama dan ia mungkin akan mengubah kehidupan anda.

11. Nasihat anda buat generasi baharu yang mahu memulakan karier dalam dunia hiburan atau dunia perniagaan?

Dalam dunia perniagaan, jangan sesekali putus asa. Seperti peribahasa itu adalah benar, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian dan haru dipraktikkan. Manakala, nasihat untuk genarasi baharu yang ingin menceburi dunia hiburan, be low profile dan be humble.

12. What’s next for Alif Satar?

I need to find out too.

 

PENGARAH KREATIF AIZAT AIDID PENGARAH KREATIF DIGITAL NISA’ HALID PENGURUS PROJEK, PENGARANG & PENATA GAYA MUZAMMIN MUZLAN PENGARAH DIGITAL ANIS HANINI PENGURUS KANDUNGAN DIGITAL AMIRA AZMAN PENGARAH SENI AMIRUL ARIFIN PEREKA GRAFIK HILMAN HISHAM FOTOGRAFI EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO VIDEOGRAFI DIGITAL JACKIE JBOMBXOX & SIMON TAN VIDEOGRAFI SYAFIQ SAZALI, ZAKWAN TAUFIQ & AZEEM ANWAR GROOMING SAHIR SABRI DANDANAN YUSOF RUZAIMI PELATIH AMALI ZAHIRAH ZULKHAIRI & NUR NUTAILAH (MSU)

 

Baca lebih lanjut: “USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023

By Zahirah Zulkhairi
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

glam fashion party 2024

20 GAYA SELEBRITI WANITA TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024 

Bacaan Lanjut

‘ANAK PERJANJIAN SYAITAN 2’ BAKAL DITAYANGKAN 4 JANUARI 2024

Bacaan Lanjut
FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

Bacaan Lanjut

CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT TANPA PARUT

Bacaan Lanjut

WARISAN BRITAIN DAN INSPIRASI UNIVERSITI KOLABORASI UNIQLO BERSAMA JW ANDERSON

Bacaan Lanjut

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-40 G-SHOCK BERSAMA 88RISING

Bacaan Lanjut