RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI
Renaissance: Filem By Beyonce yang mengisahkan kerjaya kerasnya sebagai kreatif dan penerbit, dan prosesnya dalam menguasai idea untuk melaksanakan sebanyak 56 persembahan dan 39 tempat.
Konsert jelajah seluruh dunia Renaissance berjaya memecahkan rekod dan akan ditayangkan pada 1 Disember 2023 di pawagam Amerika.
Parkwood Entertainment dan AMC Entertainment (NYSE: AMC) mengumumkan bahawa kejayaan luar biasa RENAISSANCE WORLD TOUR Beyoncé akan dikeluarkan secara global oleh AMC Theaters Distribution.
RENAISSANCE: FILEM BY BEYONCÉ

Beyoncé mengumumkan filem konsert jelajah dunia Renaissance Sebuah trailer baharu memaparkan rakaman dari belakang tabir tontonannya yang hebat dan persembahan secara langsung.
“Apabila saya membuat persembahan, saya tidak lain hanyalah bebas,” kata pemuzik, 42, dalam trailer untuk Renaissance: A Film By Beyoncé.
“Matlamat saya untuk membuat jelajah ini adalah untuk mewujudkan tempat di mana semua orang bebas dan tiada siapa yang akan menilai.”

Merujuk perjalanan renaissance world tour, dari penubuhannya hingga pertunjukan pembukaan di Stockholm, Sweden, hingga ke peringkat akhir besar di Kansas City, Missouri. Ia adalah mengenai usaha Beyoncé, kerja keras, penglibatan dalam setiap aspek pengeluaran, minda kreatif.
Diterima dengan pujian luar biasa oleh media Antarabangsa dan Amerika Syarikat. Persembahan cemerlang Beyoncé semasa renaissance world tour mencipta tempat perlindungan untuk kebebasan, penerimaan dan kegembiraan bersama.

Renaissance akan ditayangkan secara rasmi di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico. Ia mulai hari Jumaat, 1 Disember 2023 manakala untuk lain-lain tempat akan diumumkan kemudian.
Tayangan akan disiarkan pada hari Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Tiket di AS untuk semua masa tayangan standard akan bermula dijual pada $22. Filem ini juga akan tersedia dalam IMAX di AMC,Dolby Cinema di AMC. Tidak terkecuali wayang yang premium berjenama lain.
Penonton wayang AMC boleh membeli tiket untuk semua lokasi AMC AS di amctheatres.com dan Fandango.com. Peminat juga boleh mendapatkan tiket di Cinemark, Regal, Cinepolis dan Cineplex yang juga akan mempamerkan karya itu.
Tiket juga boleh didapati di banyak panggung wayang di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico mulai akhir minggu ini.
Artikel berkaitan: JAY-Z & BEYONCE KINI PEMILIK KEDIAMAN KEDUA TERMAHAL DI AMERIKA SYARIKAT
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.











