Skip to content

JAY-Z & BEYONCE KINI PEMILIK KEDIAMAN KEDUA TERMAHAL DI AMERIKA SYARIKAT

JAY-Z & BEYONCE KINI PEMILIK KEDIAMAN KEDUA TERMAHAL DI AMERIKA SYARIKAT

Kongsikan artikel ini
2 of 2

Respons Peminat Terhadap Aset Baru Jay-Z Dan Beyonce

Memiliki antara kediaman termahal di dunia merupakan salah satu pencapaian terhebat Jay-Z dan Beyonce. Bagaimanapun bukan semua orang turut gembira dan berbangga dengan pembelian itu. Di media sosial, beberapa netizen menganggap tindakan pasangan itu sebagai pembaziran dan menggelar mereka ‘kapitalis’.

rumah Jay-Z & Beyonce

rumah Jay-Z & Beyonce

“Tiada sesiapapun dalam masyarakat biasa yang sepatutnya mempunyai kekayaan sebanyak itu,” tulis seorang netizen di Twitter. Seorang lagi menambah, “Kenapa beli rumah terlalu mahal? Sia-sia sahaja. Mereka boleh membeli begitu banyak tanah untuk selamatkan Bumi. Malangnya mereka lebih sanggup membazir untuk sebuah rumah.” Bagaimanapun beberapa peminat tampil mempertahankan pasangan itu daripada kritikan orang ramai.

“Kenapa marah sedangkan mereka membelanjakan DUIT SENDIRI untuk membeli apa yang mereka mahukan? Tak perlu risau tentang kewangan selebriti dan pergilah cari kerja. Nampak sangat anda semua penganggur.”

Jay-Z, Beyoncé break California record with $200M home buy

Ini merupakan pembelian hartanah kedua terbesar buat pasangan itu di California. Pada 2017, ibu bapa kepada tiga cahaya mata itu membeli rumah agam Bel-Air pada harga RM399 juta. Mereka turut melaburkan berjuta-juta lagi untuk proses ubah suai, menjadikan nilainya RM454 juta hari ini. Pada tahun sama, mereka membeli sebuah lagi rumah agam seluas 12,000 kaki persegi di Hamptons pada harga RM118 juta.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: TINJAU KEDIAMAN FUTURISTIK ALICIA KEYS, INSPIRASI RUMAH AGAM TONY SPARK DALAM FILEM IRON MAN

2 of 2

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TEMAN WANITA HAMIL, HENRY CAVILL BAKAL TIMANG ANAK SULUNG

TEMAN WANITA HAMIL, HENRY CAVILL BAKAL TIMANG ANAK SULUNG

Bacaan Lanjut
5 BILIONAIR DUNIA YANG BIJAK BERGAYA

5 BILIONAIR DUNIA YANG BIJAK BERGAYA

Bacaan Lanjut
BEYONCE MUNCUL DENGAN ALBUM MUZIK ERA BARU, COWBOY CARTER

BEYONCE MUNCUL DENGAN ALBUM MUZIK ERA BARU, COWBOY CARTER

Bacaan Lanjut
ROBERT PATTINSON & SUKI WATERHOUSE RAHSIAKAN KELAHIRAN ANAK SULUNG

ROBERT PATTINSON & SUKI WATERHOUSE RAHSIAKAN KELAHIRAN ANAK SULUNG

Bacaan Lanjut
BEYONCE UMUM PELANCARAN ALBUM BAHARU DI SUPER BOWL 2024

BEYONCE UMUM PELANCARAN ALBUM BAHARU DI SUPER BOWL 2024

Bacaan Lanjut
TAHNIAH! ERWIN DAWSON AKHIRI ZAMAN BUJANG DENGAN WANITA PILIHAN HATI

TAHNIAH! ERWIN DAWSON AKHIRI ZAMAN BUJANG DENGAN WANITA PILIHAN HATI

Bacaan Lanjut