JAY-Z & BEYONCE KINI PEMILIK KEDIAMAN KEDUA TERMAHAL DI AMERIKA SYARIKAT
Power couple Hollywood, Jay-Z & Beyonce mengembangkan protfolio hartanah mereka dengan membeli sebuah lagi rumah mewah.
TMZ melaporkan Jay-Z dan isterinya membelanjakan sekitar RM908 milion untuk memiliki aset terbaharu mereka di California. Ini sekali gus menjadikannya kediaman termahal pernah dijual di negeri itu. Hartanah Malibu seluas 30,000 kaki persegi itu sebelum ini dimiliki oleh pengumpul seni terkenal, William Bell. Ia mengambil masa 15 tahun untuk siap dibina.
Menghadap ke Lautan Pasifik di kawasan Paradise Cove eksklusif, ia dibina sepenuhnya menggunakan konkrit. Pereka tersohor Jepun yang juga salah seorang arkitek paling dihormati di dunia, Tadao Ando merupakan cendekiawan di sebalik rekaan itu. Pemenang anugerah Pritzker itu juga merupakan pereka rumah tepi laut Kanye West bernilai RM260 juta yang dibelinya ketika berpisah dengan Kim Kardashian.
Jay-Z dan Beyonce dilaporkan beruntung kerana berjaya memilikinya pada harga ‘murah’ kerana ia disenaraikan pada harga RM1.34 bilion. Walaupun digelar kediaman termahal di California, ia berada pada kedudukan kedua dalam sejarah jual-beli hartanah termahal di Amerika Syarikat. Tangga pertama milik pengurus dana lindung nilai, Ken Griffin. Dia membelanjakan sekitar RM1.08 bilion pada 2019 untuk memiliki sebuah emper empat tingkat di bangunan pencakar langit 220 Central Park South, New York City.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
9 GAYA BERPASANGAN TERBAIK ASAP ROCKY & RIHANNA
Power couple ini bukan sahaja kelihatan hebat dalam gaya karpet merah tetapi juga stail jalanan.
KEBENARAN MENGENAI BERITA PERTUNANGAN SHARNAAZ AHMAD
Selepas netizen dikejutkan dengan berita pertunangan Shila Amzah dan Ubai, kini Sharnaaz Ahmad pula tampil dengan kejutan serupa.
SHILA AMZAH & UBAI BERTUNANG SELEPAS LIMA BULAN MENYULAM CINTA
Shila Amzah dan Ubai mengejutkan netizen apabila mengumumkan bahawa mereka telah pun mengikat tali pertunangan.
HOT BOY SUMMER! MIERUL AIMAN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVER BOY
First time in GLAM Lelaki, kami mendekati Mierul Aiman yang mula serius untuk bergelar pelakon yang berjaya.
JALAN BERPIMPIN TANGAN, KEITH FOO & TIZ ZAQYAH KINI DILAMUN CINTA?
Baru-baru ini tular sebuah video yang merakamkan aksi mesra kedua-dua pelakon terkenal itu di media sosial.
5 FAKTA MENGENAI ROMAIN GAVRAS, KEKASIH BARU DUA LIPA
Lebih setahun memegang status solo, Dua Lipa akhirnya memperkenalkan teman lelaki barunya di Festival Filem Cannes.