SELESA DAN IKONIK, KOLEKSI UNIQLO AIRISM UNTUK LELAKI YANG AKTIF
Buat lelaki yang mengamalkan gaya hidup aktif, UNIQLO mempersembahkan koleksi AIRism terbaharu dengan material baharu yang ringan, mudah kering dan menyelesakan.
Dalam keadaan cuaca yang panas di Malaysia hari ini, pemilihan pemakaian dan fabrikasi menjadi keutamaan saya untuk kekal segar sepanjang hari. Dan sejak mengenali AIRism, koleksi LifeWear daripada UNIQLO ini terus menjadi pilihan saya untuk digayakan bersama kemeja mahupun jaket dan blazer.
Lebih-lebih lagi buat lelaki yang mengamalkan gaya hidup yang aktif, koleksi AIRism daripada UNIQLO ini dapat memberikan keselesaan yang unggul. Ia dihasilkan dengan teknologi yang mudah kering, lembut dan ringan. Seperti tidak menyarungkan apa-apa, saya tidak akan berasa panas dengan material kebolehnafasan yang menyejukkan sepanjang hari.
Koleksi AIRism ini bukan hanya boleh dipakai sebagai ‘baju dalam’ sahaja. Ia lebih daripada itu. Rangkaian daripada UNIQLO ini turut hadir dalam rekaan baju, seluar dan juga aksesori. Sangat mudah untuk melengkap gaya untuk semua lelaki dengan gaya hidup lelaki aktif hari ini.
Apa Keistimewaan Koleksi UNIQLO AIRism Musim Bunga/Panas 2023?
Untuk Musim Bunga/Panas tahun ini, rangkaian UNIQLO AIRism buat lelaki tampil dengan potongan yang diperbaharui dan penggunaan material poliester yang dikitar semula. Selaras dengan prinsip kelestarian UNIQLO, setiap rekaan daripada jenama pakaian Jepun ini mementingkan alam sekitar untuk masa hadapan yang lebih mampan.
Himpunan AIRism Anti Odour Mesh Crew Neck Short Sleeve T-Shirt terbaharu menggunakan material mudah kering dengan struktur kait yang dikemas kini. Ia turut sama memberikan kebolehnafasan yang berkesan dalam mengurangkan bau badan ketika berpeluh. Nipis dan ringan, material ini akan mengekalkan fungsi tersebut walaupun selepas dibasuh berkali-kali.
Koleksi AIRism Musim Bunga/Panas 2023 boleh didapati di semua stor fizikal UNIQLO di seluruh Malaysia. Atau boleh didapati secara atas talian melalui uniqlo.com
Foto: UNIQLO Malaysia
Baca lebih lanjut: LEBIH HANGAT DAN BERGAYA, KEMBARA MUSIM SEJUK BERMULA DENGAN UNIQLO HEATTECH
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 PAKAIAN KOLEKSI RAYA PUMA PILIHAN GLAM LELAKI
Koleksi Raya yang pertama di Asia Tenggara, PUMA menampilkan koleksi pakaian lelaki yang menawan berlandaskan siluet signature yang bersifat abadi.
THE TOMMY X SHAWN CLASSICS REBORN, DUKUNG KELESTARIAN ALAM
Tommy Hilfiger dan Shawn Mendes berkolaborasi dalam koleksi eksklusif untuk masa hadapan dengan Classics Reborn musim bunga 2023.
LEBIH HANGAT DAN BERGAYA, KEMBARA MUSIM SEJUK BERMULA DENGAN UNIQLO HEATTECH
Akhir tahun ini, serlahkan gaya kembara musim sejuk persis Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar dengan Uniqlo HEATTECH yang akan memberikan kehangatan dan keselesaan paling maksima.
UNIQLO BAKAL LANCAR RE.UNIQLO STUDIO PERTAMA DI MALAYSIA
Dalam meneruskan momentum kelestarian global, Uniqlo bakal memperkenalkan RE.UNIQLO Studio di DA Square dengan servis ‘Repair, Reuse, dan Recycle’ untuk mengurangkan sisa pakaian.
KLASIK & AUTENTIK, KOLEKSI UNIQLO UNTUK MUSIM LURUH/SEJUK 2022
Untuk musim luruh/sejuk 2022, Uniqlo mempersembahkan himpunan yang menghidupkan semula helaian klasik dalam ilham nan autentik untuk gaya hidup hari ini.
APLIKASI STYLEHINT, PLATFORM STAIL UNIQLO GLOBAL
Uniqlo melancarkan aplikasi StyleHint yang membenarkan pengguna untuk mendapatkan helaian kegemaran dan inspirasi stail daripada peminat fesyen dari seluruh dunia.