ALTIMET TERUS MENGORAK LANGKAH DENGAN PENUBUHAN SYARIKAT SENDIRI
Menerusi 35 tahun pengalaman dalam industri hiburan, Altimet melangkah lebih jauh dalam kerjayanya dengan menubuhkan syarikat pengurusan sendiri, SVL TAN Management.
Ia merupakan kerjasama antara penyanyi rap ini dan pengurusnya Yasmeen Zainal yang dilantik menjadi Ketua Pegawai Operasi. Altimet pula merupakan Pengarah Kreatif untuk syarikat tersebut.
Yasmeen Zainal bukanlah satu nama asing di kalangan penggiat seni. Bergelar pengurus artis di Kartel Record dan menjadi pengurus Altimet selama tujuh tahun, dia telah berjaya membuktikan keupayaannya dalam industri tanah air.
Selain bergelar penerbit eksekutif untuk tiga album Altimet, dia juga menjadi pengurus pentas untuk persembahan penyanyi ini di Anugerah Juara Lagu, juga pengurus jelajah untuk persembahannya di London dan Amerika Syarikat.
Menurut pelantun lagu Off Day ini, pengalaman lebih tiga dekad dalam industri membuatkan dirinya dan Yasmeen bersedia untuk meneruskan hasrat ini.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AMANDA AMRY, PERSONALITI CHEEKY DAN WAJAH AYU
Amanda Amry, nama yang mungkin terkenal dalam kalangan pencinta muzik dan kecantikkan muda, GLAM Lelaki turut sempat menemubualnya.
HAEL HUSAINI, BAEKHYUN DAN RAMAI LAGI MENGADAKAN KONSERT OGOS 2025 INI
Bulan Ogos 2025 ini bakal dipenuhi dengan konsert dari seluruh dunia dan pelbagai genre buat peminat-peminat muzik di Malaysia.
KILLA DRIZ, PENYANYI RAP GENERASI BAHARU
Killa Driz sudah ada perancangan besar untuk karier muzik dan misinya untuk terus mengukuhkan nama dalam industri muzik.
IRFAN HARIS: FIGURA MUZIK MODEN BERGAYA
Irfan Haris Othman, penyanyi kelahiran Johor Bahru pada 29 November 2001, telah meniti perjalanan seni yang penuh warna sejak usia remaja.
KHABAR ANGIN JUSTIN BIEBER MUFLIS BENAR BELAKA?
Dalam dunia selebriti yang penuh drama, Justin Bieber menjadi bualan bukan kerana muzik terbaru, tetapi kerana satu dakwaan yang mengejutkan.
KENALI SAIXSE PENYANYI FENOMENA MALAMPAGI
Kehadiran Saixse adalah bukti bahawa bakat muda Malaysia mampu mencipta gelombang bukan sahaja di tanah air malah merentas sempadan.