Skip to content

Amir Masdi

AMIR MASDI MEMBAWA WARNA BARU LAGU KEBANGSAAN 2024

Kongsikan artikel ini

Menjelang Hari Kemerdekaan 2024, Amir Masdi dipilih untuk memberi nafas baru kepada lagu kebangsaan, “MADANI Jiwa Merdeka”.

Menjelang Hari Kebangsaan 2024, lagu tema berjudul “MADANI Jiwa Merdeka” menjadi pilihan utama untuk mengiringi sambutan penuh patriotik tahun ini. Hasil karya komposer muda berbakat, Affan Mazlan, lagu ini telah dipilih oleh Jawatankuasa Penerbitan Lagu Merdeka yang diketuai oleh Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail.

Lagu yang istimewa ini, dengan sentuhan alunan alat muzik tradisional, telah dilancarkan secara rasmi oleh Kementerian Komunikasi pada 6 Ogos 2024, menambah semarak kepada semangat kemerdekaan negara.

AMIR MASDI MEMBAWA WARNA BARU LAGU KEBANGSAAN 2024

Amir Masdi

Foto: @amir.masdi (Instagram)

“Ayuh kawan sahut suaraku
Bergerak maju demi negaraku
Kita bersama hadap suka duka
Selamanya

Selamanya ku pertahan
Tanah air pertiwi
Demi negara ku berserah diri…”

Merupakan lirik lagu bagi Hari Kebangsaan-67 yang mampu membangkitkan semangat rakyat Malaysia kata Datuk Mokhzani Ismail. Beliau mengatakan lirik lagu tersebut mampu membangkitkan rasa cinta kepada negara, serta menyemai perpaduan dan semangat muhibah. Lagu ini bertujuan untuk menyatukan semua rakyat, tanpa mengira agama atau latar belakang. Kata beliau juga menyeru agar seluruh rakyat Malaysia bersama-sama mendengar dan menyanyikan lagu ini dengan penuh semangat perpaduan.

@amir.masdi

As a Malaysian, saya berbangga untuk menyanyikan lagu tema Hari Kebangsaan Malaysia tahun ni. Terima kasih Datuk Mokhzani & composer Affan atas kepercayaan! This is for you Malaysia! ❤️🇲🇾

♬ original sound – Amir Masdi – Amir Masdi

Pada masa yang sama, komposer Affan Mazlan mengatakan lagu tema pada tahun ini kerjasama bersama Datuk Mokhzani menjadi lagu ini sesuai dengan generasi kini dan hebat. Lagu ini juga mempunyai elemen okestra yang mempunyai ciri-ciri etnik. Kata Affan lagu ini dapat dinyanyikan oleh seluruh rakyat Malaysia sambil menghayati musik lagu ini.

As a Malaysian, saya berbangga untuk menyanyikan lagu tema Hari Kebangsaan Malaysia tahun ni. Terima kasih Datuk Mokhzani & composer Affan atas kepercayaan! This is for you Malaysia!” Ini merupakan caption daripada Amir Masdi sendiri.

Malaysia Madani

Foto: @amir.masdi (Instagram)

Ayuh sama-sama kita hayati dan nyanyikan lagu ini untuk menyemarakkan semangat Hari Kebangsaan pada tahun 2024. Jadikan lagu ini sebagai simbol perpaduan dan kesetiaan kita kepada tanah air tercinta. Bersatu hati, mari kita teruskan legasi ini, menjaga dan memajukan Malaysia untuk generasi yang akan datang.

By Siti Maliyanah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Hael Husaini

TOP 10 LAGU HITS HAEL HUSAINI MENUSUK JIWA

Bacaan Lanjut
AMIR MASDI TERUJA TERAJUI KONSERT SEARCH GEMURUH

AMIR MASDI TERUJA TERAJUI KONSERT SEARCH GEMURUH

Bacaan Lanjut
anugerah juara lagu

SIAPA BAKAL MENJUARAI TROFI ANUGERAH JUARA LAGU 2024? #AJL38

Bacaan Lanjut

IMRAN AQIL ILHAMKAN LAGU BUNGA DAHLIA KEJUTAN BUAT DAHLIA RIZAL

Bacaan Lanjut
LAGU FREDDIE MERCURY YANG HILANG SELAMA TIGA DEKAD BAKAL DILANCARKAN

LAGU FREDDIE MERCURY YANG HILANG SELAMA TIGA DEKAD BAKAL DILANCARKAN

Bacaan Lanjut
BUAH TANGAN AMIR MASDI SEMPENA AIDILFITRI

BUAH TANGAN AMIR MASDI SEMPENA AIDILFITRI

Bacaan Lanjut