Skip to content

ATLET OLIMPIK GREAT BRITAIN, TOM DALEY BERSARA DARI SUKAN RENANG

ATLET OLIMPIK GREAT BRITAIN, TOM DALEY BERSARA DARI SUKAN RENANG

Kongsikan artikel ini

Selepas Datuk Azizulhasni Awang mengumumkan persaraan, arena sukan dikejutkan pula dengan pengunduran penerjun Great Britain, Tom Daley.

Menerusi temu bual bersama Vogue, atlet berusia 30 tahun ini berkata dia telah membuat keputusan untuk bersara sebelum bermulanya Olimpik Paris 2024.

Tambahnya, pengalaman berada di atas papan anjal pertandingan akhir mengetahui ia adalah usaha terakhirnya adalah satu pengalaman di luar realiti.

“Saya berasa sangat gementar untuk membuat terjunan, mengetahui ia adalah Olimpik terakhir saya. Di atas platform, saya berasa emosi kerana tahu ini akan menjadi terjunan kompetitif terakhir. Tetapi saya perlu membuat keputusan ini (bersara),” katanya.

Foto: Getty Images

Dalam satu lagi wawancara bersama BBC, Tom berkata dia amat beremosi dengan keputusan yang dibuat namun gembira dengan pencapaiannya.

“Sangat sukar apabila terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada sukan yang anda cintai. Tetapi ini masa yang tepat.

“Tahun ini terasa sangat istimewa. Saya dapat bertanding di hadapan keluarga juga anak-anak, dapat menjadi pembawa bendera, dan berpeluang merealisasikan banyak perkara dalam senarai impian saya,” katanya.

Aksi Tom Daley Di Sukan Olimpik

Pada Sukan Olimpik Paris 2024, Tom berjaya membawa pulang pingat perak dalam kategori 10-meter platform berirama di samping Noah Williams.

Tom Daley bersara

Foto: Getty Images

Bagaimanapun ini bukanlah pingat pertamanya. Sepanjang penglibatannya dalam lima Olimpik, dia telah berjaya memenangi lima pingat. Dia memperoleh emas pada Olimpik Tokyo serta gangsa pada Olimpik Rio 2016 dan Olimpik London 2012.

Mula bertanding untuk Plymouth Dicing Club seawal usia tujuh tahun, Tom membuat penampilan sulung di Olimpik Beijing 2008 pada usia 14 tahun. Sekali gus menjadi peserta termuda memasuki pusingan akhir acara terjun.

Penerjun paling berjaya dalam sejarah Olimpik Britain ini juga pernah memenangi empat kejuaraan dunia, lima kejuaraan Eropah dan empat pingat emas di Sukan Komanwel.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: DI SEBALIK AKSI MENGAIT TOM DALEY DI OLIMPIK, TERSELIT SATU KISAH DUKA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 ATLET OLIMPIK MIRIP PEMPENGARUH & SELEBRITI

10 ATLET OLIMPIK MIRIP PEMPENGARUH & SELEBRITI

Bacaan Lanjut
6 GAYA TERBAIK DI FASHION AWARDS 2021

6 GAYA TERBAIK DI FASHION AWARDS 2021

Bacaan Lanjut
DI SEBALIK AKSI MENGAIT TOM DALEY DI OLIMPIK, TERSELIT SATU KISAH DUKA

DI SEBALIK AKSI MENGAIT TOM DALEY DI OLIMPIK, TERSELIT SATU KISAH DUKA

Bacaan Lanjut

SELEPAS EMPAT OLIMPIK, TOM DALEY AKHIRNYA MENANG EMAS PERTAMA

Bacaan Lanjut

Halloween2016: Celebrity Edition

Bacaan Lanjut