Skip to content

AUSTIN BUTLER AMBIL ALIH PERANAN JOHNNY DEPP DALAM PIRATES OF THE CARIBBEAN?

AUSTIN BUTLER AMBIL ALIH PERANAN JOHNNY DEPP DALAM PIRATES OF THE CARIBBEAN?

Kongsikan artikel ini

Walaupun isu antara Johnny Depp dan Amber Heard sudah lama berakhir, penglibatan aktor itu dalam filem Pirates Of The Caribbean masih menjadi tanda tanya.

Johnny telah menggalas watak Kapten Sparrow dalam lima filem itu sejak dua dekad lalu. Namanya digugurkan selepas membintangi filem terakhir pada 2018 kerana dituduh melakukan keganasan rumah tangga terhadap bekas isteri. Disebabkan itu, Johnny kerugian sebanyak RM99 juta dan kerjaya lakonannya di Hollywood musnah sekelip mata.

Kini, nama Austin Butler pula disebut-sebut sebagai peneraju Pirates Of The Caribbean terbaru. Dia ditanya mengenai khabar angin itu ketika mempromosi filem terbarunya di samping Jodie Comer, The Bikeriders.

Austin Butler

Foto: CBR

“Oh, benarkah? Saya tak tahu pula mengenai perkara itu. Saya suka Pirates of the Caribbean. Ia mengingatkan saya sewaktu saya masih kecil. Ketika di sekolah rendah, kami perlu membuat poster mengenai muzik kegemaran, pelakon kegemaran. Dan Pirates Of The Caribbean masuk dalam senarai saya,” katanya.

Naskah Baru Pirates Of The Caribbean

Walaupun merupakan peminat filem itu, Austin teragak-agak untuk memberi sentuhan baru padanya. “Sukar untuk melakukannya kerana filem itu sudah sempurna. Saya suka apa yang Johnny tampilkan dalam karakternya,” tambahnya.

Johnny menggalas watak Kapten Jack Sparrow dalam The Curse of the Black Pearl (2003), Dead Man’s Chest (2006), At World’s End (2007), On Stranger Tides (2011) dan Dead Men Tell No Tales (2017).

johnny depp pirates of the caribbean

Dua tahun lalu muncul dakwaan yang mengatakan Disney telah membuat permohonan maaf terhadap pelakon itu dan menawarkannya RM1.3 bilion untuk menghidupkan kembali watak Kapten Jack Sparrow. Bagaimanapun Johnny menegaskan dia tidak akan bersetuju meskipun diberi bayaran lumayan dan sejuta ekor alpaka.

Baru-baru ini penerbit Jerry Bruckheimer berkata dua filem baru Pirates Of The Caribbean sedang dalam pembikinan, iaitu filem baru terbitannya dan filem spin-off yang diterajui oleh Margot Robbie.

 

Foto: Deadline

Pautan berkaitan: “TUBUH SAYA BERHENTI BERFUNGSI” – AUSTIN BUTLER, USAI PENGGAMBARAN ELVIS

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

JOHNNY DEPP AKHIRNYA KEMBALI SEBAGAI JACK SPARROW?

JOHNNY DEPP AKHIRNYA KEMBALI SEBAGAI JACK SPARROW?

Bacaan Lanjut

5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI BINTANG ‘EUPHORIA’, JACOB ELORDI

Bacaan Lanjut
JOHNNY DEPP AKHIRNYA KEMBALI SEBAGAI JACK SPARROW?

JOHNNY DEPP BAKAL MEMBINTANGI PIRATES OF THE CARIBBEAN TERBAHARU?

Bacaan Lanjut
JOHNNY DEPP AKHIRNYA TEMUI PENGGANTI AMBER HEARD

5 PENYOKONG TEGAR JOHNNY DEPP DARI KALANGAN BINTANG HOLLYWOOD

Bacaan Lanjut