Skip to content

RIZMAN RUZAINI LAKAR SEJARAH DI VICTORIA AND ALBERT MUSEUM LONDON

RIZMAN RUZAINI LAKAR SEJARAH DI VICTORIA AND ALBERT MUSEUM LONDON

Kongsikan artikel ini

Satu persatu pencapaian luar biasa diraih jenama fesyen tersohor tanah air, Rizman Ruzaini di peringkat antarabangsa.

Oktober lalu label mewah ini mencipta sejarah apabila gaun rekaan mereka diperagakan supermodel Naomi Campbell di pertunjukan musim bunga/panas di Minggu Fesyen Dubai.

Kini, busana ikonik itu menjadi sebahagian daripada pameran Naomi: In Fashion di muzium berprestij, Victoria and Albert Museum di London. Ini sekali gus menjadikan Rizman Ruzaini sebagai pereka tempatan pertama meraih kejayaan itu.

Duo di sebalik jenama, Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil hadir ke pelancaran pameran itu dan berkongsi pengalaman mereka di Instagram. Termasuk pertemuan mereka dengan supermodel Inggeris berusia 54 tahun itu.

Rizman Ruzaini

Foto: MSN

“Kami masih rasa tidak percaya. Naomi sendiri membuat permintaan agar busana itu menjadi sebahagian daripada pameran yang digambarkan sebagai salah satu detik ikonik dalam kerjayanya,” tulis mereka.

Pameran yang meraikan penglibatan 40 tahun Naomi dalan dunia fesyen dan peragaan itu berlangsung dari 22 Jun 2024 hingga 6 April 2025. Turut ditampilkan dalam pameran tersebut adalah busana rekaan jenama terkenal dunia seperti Christian Dior, Chanel, Versace, Alexander McQueen, John Galliano dan Karl Legerfeld.

Rekaan Rizman Ruzaini Menjadi Buruan

Hanya beberapa bulan selepas Naomi memperagakan busana pereka duo ini di Minggu Fesyen Dubai dan Red Sea International Film Festival pada Disember 2023, muncul satu lagi kejutan besar buat pencinta fesyen tanah air.

Tiada angin tiada ribut, Lady Gaga muncul dalam persalinan mewah Rizman Ruzaini ketika menghiburkan penonton di atas pentas baru-baru ini. Penyanyi itu menawarkan kerjasama selepas terpikat melihat busana ikonik yang diperagakan Naomi.

rizman ruzaini lady gaga

Foto: Instagram

Gaun labuh merah bertatah batu Swarovksi itu pada awalnya direka untuk persembahan majlis makan malam. Namun melihat rekaannya yang mewah, Gaga membuat keputusan untuk menyarungnya di persembahan Residensi Las Vegas.

Pereka duo tersohor ini berkata mereka mahu terus memperluaskan pasaran di peringkat antarabangsa dengan menggayakan selebriti popular lain. Antara artis yang berada dalam senarai mereka adalah dua penyanyi wanita tersohor.

“Adele dan Beyonce. Bayangkan your brand in Beyonce. Baru orang percaya,” kata Rizman dan poscast Apa Cerita?.

 

Foto: Instagram

Pautan berkaitan: #GL15TAHUN GO FORTH AND CONQUER, RIZMAN RUZAINI

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TEMA ‘MISMATCHED CHAOS’ MEWARNAI ACARA GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024

Bacaan Lanjut
RAINAA BUAH HATI TERBARU RIZMAN NORDIN DAN NURIDA SURAYA

RAINAA BUAH HATI TERBARU RIZMAN NORDIN & NURIDA SURAYA

Bacaan Lanjut

RECAP STAIL PERIBADI SELEBRITI LELAKI DI KLFW 2023

Bacaan Lanjut

#GL15TAHUN GO FORTH AND CONQUER, RIZMAN RUZAINI

Bacaan Lanjut
KAMAL ADLI SELAMAT BERGELAR SUAMI UQASHA SENROSE

KAMAL ADLI SELAMAT BERGELAR SUAMI UQASHA SENROSE

Bacaan Lanjut

HP INC. X RIZMAN RUZAINI, TAFSIR SEMULA INSPIRASI BAGI PEREKA DI KLFW 2019

Bacaan Lanjut