Skip to content

BELUM SAH BERCERAI, BEN AFFLECK SUDAH TEMUI PENGGANTI JENNIFER LOPEZ?

BELUM SAH BERCERAI, BEN AFFLECK SUDAH TEMUI PENGGANTI JENNIFER LOPEZ?

Kongsikan artikel ini

Belum seminggu Jennifer Lopez menfailkan perceraian, Ben Affleck sudah pun meneruskan kehidupannya dan mencari cinta baharu.

Baru-baru ini aktor itu dilihat meluangkan masa bersama Kick Kennedy, anak kepada bekas calon Presiden Amerika Syarikat, Robert F. Kenndy Jr. Satu sumber mendedahkan kelibat mereka dirakam di beberapa lokasi hangat termasuk di Polo Lounge, Beverly Hills Hotel.

Bagaimanapun status perhubungan mereka tidak jelas sehingga kini. Kick enggan memberi komen manakala wakil Ben tidak memberi maklum balas kepada pertanyaan media.

Kick Kennedy teman wanita ben affleck

Foto: Getty Images

Siapa Kick Kennedy, Suri Hati Baru Ben Affleck?

Sekali imbas, tidak boleh dinafikan raut wajahnya mirip aktres dan bekas isteri Ben, Jennifer Garner. Jelitawan berusia 36 tahun ini merupakan graduan bidang sejarah dan teater dari Stanford University di California.

Pemilik nama Kathleen Alexander ini bergelar aktres dan pernah menggalas watak sampingan dalam beberapa rancangan televisyen dan filem.

Ini termasuk Curb Your Enthusiasm yang turut dibintangi ibu tirinya Cheryl Hines. Penglibatan terkininya adalah peranan sebagai pelancong malas dalam filem komedi Fear and Loathing in Aspen (2021).

Foto: Instagram

Kick mempunyai lebih 20 ribu pengikut di Instagram namun tidak memuat naik sebarang hantaran sejak 24 Ogos 2023. Kebanyakan perkongsiannya adalah foto percutian, seperti di Mesir dan Madagaskar, menunjukkan betapa dia suka melancong dan bersosial.

Dia juga mempunyai ramai kenalan dari kalangan selebriti termasuk Taylor Swift yang pernah menjalin hubungan cinta dengan abangnya, Conor Kennedy pada 2012.

 

Foto: Mamamia

Pautan berkaitan: 7 JELITAWAN YANG PERNAH BERTAKHTA DI HATI BEN AFFLECK 

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DIRAKAM BERKUCUPAN, BEN AFFLECK & JENNIFER LOPEZ PILIH BERDAMAI?

DIRAKAM BERKUCUPAN, BEN AFFLECK & JENNIFER LOPEZ PILIH BERDAMAI?

Bacaan Lanjut
ALASAN MENGAPA JENNIFER LOPEZ TEKAD BERCERAI DENGAN BEN AFFLECK

ALASAN MENGAPA JENNIFER LOPEZ TEKAD BERCERAI DENGAN BEN AFFLECK

Bacaan Lanjut
DUA TAHUN BERKAHWIN BEN AFFLECK & JENNIFER LOPEZ BAKAL BERCERAI?

DUA TAHUN BERKAHWIN BEN AFFLECK & JENNIFER LOPEZ BAKAL BERCERAI?

Bacaan Lanjut
RANVEER SINGH & DEEPIKA PADUKONE DIKURNIAKAN CAHAYA MATA PEREMPUAN

RANVEER SINGH & DEEPIKA PADUKONE BAKAL TIMANG ANAK SULUNG

Bacaan Lanjut
TIP DIET AMALAN LIMA BINTANG HOLLYWOOD TERKENAL

TIP DIET AMALAN LIMA BINTANG HOLLYWOOD TERKENAL

Bacaan Lanjut
TINJAU KEDIAMAN MEWAH BEN AFFLECK & JENNIFER LOPEZ BERNILAI RM288 JUTA

TINJAU KEDIAMAN MEWAH BEN AFFLECK & JENNIFER LOPEZ BERNILAI RM288 JUTA

Bacaan Lanjut