BICARA STAIL PERIBADI BERSAMA ANUAR ZAIN
Lebih tiga puluh tahun bergelar anak seni.
Sudah sepuluh tahun bersama GLAM Lelaki.
Anuar Zain , meraikan ulangtahun ke-10 GL dengan menghiasi sampul depan isu September 2017 menggayakan himpunan mewah Giorgio Armani musim luruh sejuk 2017. Ikuti bual bicara pendek bersamanya dan tontoni video di belakang tabir sepanjang penggambaran kami bersama ikon seni ini.
Evolusi gaya peribadi Anuar Zain?
In the beginning, I was quite loud, kan? (tersenyum) Pada masa itu, saya berpeluang untuk bekerja dengan pereka Michael Ong, yang turut menasihati stail saya. Jadi, untuk beberapa tahun, saya bereksperimen dengan warna. Dan saya ingat lagi, saya pernah menyarung jaket yang sarat patches, daripada 7 atau 8 material berbeza. Antaranya kulit, baldu… macam-macam!
Zaman itu, tiada sesiapa pun mengenakan pakaian yang ketat, kerana kononnya ia tidak maskulin. Memakai sesuatu yang ketat hadir dengan misconception tertentu. Kurang macho.
Tapi rakan stylist saya, Fendi Sani, mencadangkan untuk memakai pakaian yang lebih rapat dengan badan, untuk album cover pertama saya (Anuar Zain, 1998). Dia sarankan agar saya menyarungkan sesuatu yang menghampiri saiz tubuh saya – don’t wear anything loose! Sebab saya kurus jadi kalau pakai sesuatu yang longgar, saya akan nampak sloppy, selekeh. Tak nampak structured.
Dan dari situ saya perasan, apabila kita memakai sesuatu yang lebih kena dengan potongan badan kita, kita akan nampak lebih segak. No matter what. Jadi dari situ saya tukar persepsi saya berkaitan fesyen.
Stail Anuar Zain sekarang?
Tiba satu masa, saya percaya bahawa ‘less is more.’ Oleh itu, setiap kali saya membuat persembahan sekarang, saya hanya cenderung untuk menyarungkan tuksedo. Di luar pentas pula, saya gemar sesuatu yang simple. I go for comfort.
Nasihat dalam hal bergaya untuk lelaki?
Rakan-rakan seusia yang kini mungkin sudah punyai perut buncit sedikit misalnya, saya nasihatkan, don’t worry about the belly. At the end of the day, pakai saja sesuatu yang kena dengan bentuk badan masing-masing. Di luar sana sentiasa ada something for someone, baik dari segi desain atau saiz, tidak kira bentuk badan.
Yang paling penting ialah potongan dan kualiti. Saya sentiasa berpesan kepada rakan-rakan dalam hal membeli pakaian – tak kisahlah sesuatu yang simple atau basic seperti baju tidur sekali pun – always look for the good one. Pasaran kini punya macam-macam jenama yang berkualiti, stylish, dan murah. Biarpun sesuatu itu murah, pastikan ia punya good colour, good cutting, good material. Jangan beli main ‘cincai’ saja atas alasan ‘nak pakai dekat rumah je pun’. Bagi saya, even duduk kat rumah pun you must pick out something nice. Because it’s for you. For you to feel good. So pick something good for yourself.
Tip untuk tampil stylish?
Less is more. You don’t always have to pick out something extravagant for your shirt, or your jeans, or your shoes. Saya selalu letakkan macam ni: antara baju, seluar dan kasut, pilih satu. Yang mana satu ingin kamu serlahkan? Misalnya, jika kamu mahu memakai baju yang desainnya menarik, pastikan seluar dan kasut simple saja. Ataupun go completely neutral, dari segi warna, atas ke bawah. Cuma pastikan apa pun pilihan kamu, ia sesuai dengan warna kulit kamu.
Dan setiap lelaki harus memiliki item-item asas ini: kemeja T hitam, putih dan kelabu, sepasang seluar jean biru, dan sepasang sniker putih. Itu adalah pakaian basic yang semua harus ada. Apabila buntu, pakai saja yang basic ini, pastinya akan nampak bergaya. Bergantung kepada body shape pula, tentukan sama ada kamu lebih sesuai memakai kemeja T round-neck atau V-neck. Biasanya V-neck boleh membuat kamu tampak lebih kurus.
Terokai koleksi Giorgio Armani musim luruh sejuk 2017 yang turut digayakan Anuar Zain di pautan ini.
Teks, penata gaya & penyelaras: Abdul Aziz Draim | Pembantu penyelaras: Zuhairie Sahrom & Wan Firdaus | Rambut & grooming: Fendi Sani | Gambar: Eric Chow, Lensworks Production | Arahan seni: Zulkifli Sulaiman & Ainuddin Fikry | Pakaian: Giorgio Armani musim luruh sejuk 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DEBUT JUSTIN TIMBERLAKE SEBAGAI MODEL KEMPEN LOUIS VUITTON
Pada usia 42 tahun, Justin Timberlake membuat kemunculan pertama sebagai model kempen terbaharu jenama fesyen mewah Louis Vuitton.
FAHAD IMAN MAKIN ‘DARING’ BERFESYEN, “JUST LIVING LIFE!”
Pelakon, Fahad Iman selesa dengan gayanya yang sekarang. Tidak perlu berpura-pura malah mahu menjadi diri sendiri melalui penampilan.
“SAYA SUDAH KENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN DIRI SAYA” – GLENN YONG
Kenali jejaka Singapura yang kini mengorak langkah lebih maju ke luar sempadan, Glenn Yong yang menjadi pilihan Next Gen 2023.
ADRIEN KENT, CITA RASA FESYEN YANG TERSENDIRI. “SAYA PERCAYA PADA FESYEN ‘DEGENDERING’.”
Kenali Adrien Kent. Seorang individu yang memiliki stail yang tersendiri dan berani mencuba. We admire his style!
RASYAD NADZRI BEREHAT DARI MUZIK SEKETIKA. “I WISH TO STAY HEALTHY AND HAPPY AND NOT TAKE EVERYDAY LIFE FOR GRANTED.”
Rasyad Nadzri penah menceburi bidang muzik. Namun, semakin meningkat usia dia kini selesa untuk lakukan pekerjaan lain yang tidak berkaitan dengan muzik.
IKON FESYEN TAMPIL UNTUK VERSACE SS23
Versace SS23 memberikan sebuah gerakan mantap dengan penampilan supermodel era ‘90-an dan model generasi baru sebagai bentuk penghargaan.