Skip to content

BUKAN AMY LEE! LINKIN PARK TAMPILKAN EMILY ARMSTRONG SEBAGAI VOKALIS UTAMA

BUKAN AMY LEE! LINKIN PARK TAMPILKAN EMILY ARMSTRONG SEBAGAI VOKALIS UTAMA

Kongsikan artikel ini

Tujuh tahun lamanya Linkin Park berehat daripada industri muzik selepas pemergian vokalisnya, Chester Bennington pada 2017.

Kini kumpulan itu membuat kemunculan semula dengan menampilkan vokalis baharu, dan menariknya, seorang wanita. Penyanyi yang dimaksudkan adalah Emily Armstrong, bekas ahli kumpulan Dead Sara. Turut menyertainya adalah pemain dram baru, Colin Brittain yang menggantikan tempat Rob Bourdon.

Dengan kehadiran dua ahli baru, kumpulan rock itu kini sedang rancak menjayakan konsert From Zero World Tour dari Los Angeles ke New York, Hamburg, London, Seoul dan Bogota.

vokalis baru Linkin Park, album linkin park

Foto: AP

Pendedahan mengenai penyanyi utama ini sekali gus meletakkan noktah pada spekulasi yang mengatakan bahawa vokalis Evanescence, Amy Lee akan mengambil alih tempat Chester.

Teka-Teki Peminat Mengenai Vokalis Linkin Park Terjawab

Mac lalu tular berita yang mengatakan bahawa Linkin Park sudah pun mendapat vokalis wanita sebagai pengganti. Walaupun gerangannya tidak didedahkan ketika itu, nama yang disebut-sebut di media sosial adalah Amy Lee.

Bagaimanapun dalam satu wawancara bersama iHeartRadio Canada pada bulan April, pemuzik berusia 43 tahun itu meletakkan noktah pada khabar angin yang bertebaran. Jelas Amy walaupun peminat berharap dia akan menyertai Linkin Park, kumpulan itu langsung tidak menghubunginya dan membuat sebarang tawaran.

“Ia sesuatu yang hebat. Jika mereka mahukannya, mereka patut menghubungi saya. Saya tak ada banyak masa lapang tapi saya boleh lakukannya secara sambilan,” ujarnya.

Foto: Pinterest

Sohor sekitar tahun 2000-an, Linkin Park telah mengukuhkan namanya sebagai salah satu kumpulan rock paling berjaya dalam industri muzik global.

Awal tahun ini mereka melancarkan sebuah album hit baru berjudul Papercuts. Ia mengandungi lagu Friendly Fire yang tidak pernah diperdengarkan sebelum ini, yang menampilkan vokal Chester sebelum kematiannya.

Dua hari lalu pula mereka mengeluarkan lagu Heavy Is The Crown kolaborasi bersama League of Legends. Ia merupakan single kedua daripada album studio kelapan Linkin Park yang ditunggu-tunggu peminat, From Zero. Single pertama berjudul Emptiness Machine.

Album From Zero dijangka akan menemui peminat tidak lama lagi iaitu pada 15 November 2024.

 

Foto: James Minchin III

Pautan berkaitan: 5 BINTANG ROCK PALING KAYA DI DUNIA PADA 2024