Skip to content

BURUJ CETUS ILHAM NAMA ANAK KEDUA RAJA SYAHIRAN & UYAINA ARSHAD

BURUJ CETUS ILHAM NAMA ANAK KEDUA RAJA SYAHIRAN & UYAINA ARSHAD

Kongsikan artikel ini

Selepas hampir dua tahun menimang anak sulung, Raja Syahiran dan Uyaina Arshad dikurniakan seorang lagi cahaya mata pada Mei lalu.

Putera kedua mereka dilahirkan dengan berat 2.9 kilogram pada tanggal 17 Mei 2024 di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur. Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina berkata, dia memilih prosedur pembedahan atas nasihat doktor disebabkan masalah jantung yang dihadapi.

Syahiran mengumumkan khabar gembira kelahiran anaknya bersama peminat menerusi satu perkongsian di Instagram.

“Alhamdulillah kedatangan anakanda kedua yang dikasihi. Bonda juga selamat sedang berehat selepas bertarung nyawa demi anakanada tercinta. Semoga @rajaurhan menjadi seorang kekanda yang baik menjadi teladan buat adinda. Tiada apa yang dipinta selain doakan kesejahteraan kami sekeluarga hingga akhir waktu,” tulisnya.

Uyaina turut memuat naik foto keluarga kecil mereka berserta kapsyen ringkas. “Kami dah berempat sekarang. Alhamdulillah. Doakan keluarga kecil kami.”

Raja Syahiran dan Uyaina Arshad Perkenalkan Putera Kedua

Selang dua bulan, pasangan ini akhirnya mendedahkan wajah dan nama anak kedua mereka di Instagram. Nama yang menjadi pilihan pasangan ini adalah Raja Urayyan.

Uyaina menjelaskan maksud di sebalik nama tersebut menerusi satu perkongsian panjang lebar di Instagram. Katanya, ia diilhamkan daripada buruj Orion yang bermaksud ‘penunjuk arah kiblat’.

“Minta doa yang baik-baik dari kalian semua buat anak kedua kami, Raja Urayyan bin Raja Syahiran. Nama Urayyan kami ambil ilham dari buruj ‘Orion’ dengan cara sebutan yang sama, tetapi ejaan yang berbeza. Dalam Bahasa Greek, Urayyan membawa maksud ‘cahaya syurga’. Dan dalam Islam, buruj Orion ini adalah ‘penunjuk arah kiblat’.

“Setiap malam kita dapat lihat tiga bintang di langit yang membentuk buruj Orion walau di mana sahaja kita berada di muka Bumi ini. Dan buruj Orion ini akan membentuk satu garis lurus yang sentiasa menghalakan garisannya terus ke arah Kaabah. Masha-Allah.

“Anakku @rajaurayyan, tidak kira betapa tinggi kamu berada di atas langit, jangan lupa yang kita ini adalah hamba-Nya yang perlu sentiasa tunduk sujud kepada-Nya. Semoga Raja Urayyan tidak pernah hilang arah, bersinar bagaikan bintang, bercahaya dan memberi manfaat kepada orang lain. Aamin Ya Allah Ya Bariq,” tulisnya.

Pasangan penyanyi dan pengacara itu selamat disatukan sebagai suami isteri pada 21 Disember 2021 di Colony Star Boulevard, KLCC, Kuala Lumpur selepas dua tahun perkenalan. Putera sulung mereka, Raja Urhan dilahirkan pada 8 September 2022.

 

Foto: Instagram

Pautan berkaitan: NAMA SULTAN MENJADI PILIHAN RAJA SYAHIRAN & UYAINA ARSHAD BUAT PUTERA SULUNG

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

JUSTIN BIEBER SAMBUNG TRADISI KELUARGA MENERUSI NAMA ANAK SULUNG

JUSTIN BIEBER SAMBUNG TRADISI KELUARGA MENERUSI NAMA ANAK SULUNG

Bacaan Lanjut
KEBENARAN MENGENAI HUBUNGAN CHRIS MARTIN & DAKOTA JOHNSON

KEBENARAN MENGENAI HUBUNGAN CHRIS MARTIN & DAKOTA JOHNSON

Bacaan Lanjut
TAHNIAH! ZAQUAN ADHA & AYU RAUDHAH DIKURNIA ANAK KETUJUH

TAHNIAH! ZAQUAN ADHA & AYU RAUDHAH DIKURNIA ANAK KETUJUH

Bacaan Lanjut
HADIR BERSAMA KE TAYANGAN DEADPOOL & WOLVERINE, HUGH JACKMAN DAN GIGI HADID DILAMUN CINTA?

HADIR BERSAMA KE TAYANGAN DEADPOOL & WOLVERINE, HUGH JACKMAN DAN GIGI HADID DILAMUN CINTA?

Bacaan Lanjut
“SAYA TERASA SANGAT TUA” - ROBERT PATTINSON KONGSI PENGALAMAN MENJADI BAPA

“SAYA TERASA SANGAT TUA” – ROBERT PATTINSON KONGSI PENGALAMAN MENJADI BAPA

Bacaan Lanjut
REDZA ROSLI PILIH BELLA HANNA SEBAGAI SURI HATI

REDZA ROSLI PILIH BELLA HANNA SEBAGAI SURI HATI

Bacaan Lanjut