Skip to content

CETUS KONTROVERSI, SUGA BTS MOHON MAAF KEPADA PEMINAT

CETUS KONTROVERSI, SUGA BTS MOHON MAAF KEPADA PEMINAT

Kongsikan artikel ini

Malang tidak berbau buat anggota BTS, Suga apabila terpaksa berdepan natijah akibat melanggar peraturan jalan raya.

Menurut laporan Allkpop, penyanyi itu ditahan pihak berkuasa kerana menunggang skuter elektrik dalam keadaan mabuk di Hannam-dong, Yongsan.

Ketika ditemui pada 6 Ogos, Suga sedang terbaring di tepi jalan bersama skuter miliknya. Polis peronda yang membantunya terhidu bau alkohol pada tubuh penyanyi itu sebelum membawanya ke balai polis berdekatan.

suga bts mabuk

Di Korea Selatan, skuter elektrik tertakluk di bawah peraturan jalan raya sama seperti kereta. Disebabkan itu dia disiasat Balai Polis Seoul Yongsan kerana melanggar undang-undang di bawah Akta Trafik Jalan Raya.

Tanpa menunggu lama, Big Hit Music membuat permohonan maaf atas kesalahan yang dilakukan artis naungan mereka. Menurut agensi itu, kejadian berlaku ketika Suga dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil minuman keras.

Suga Akui Kekhilafan Diri

Penyanyi berusia 31 tahun itu turut tampil memohon maaf kerana telah mengecewakan para peminatnya. Dia menjelaskan kejadian yang berlaku dalam satu perkongsian di Weverse.

“Selepas mengambil minuman keras ketika makan malam, saya menunggang skuter elektrik untuk pulang ke rumah. Tanpa sedar saya melanggar Akta Trafik Jalan Raya kerana tidak menyedari bahawa menunggang skuter elektrik dalam keadaan mabuk adalah dilarang.

Suga BTS

Foto: AP

“Saya terjatuh ketika meletakkan skuter di hadapan rumah dan dijumpai polis peronda. Selepas gagal ujian nafas alkohol, lesen saya ditarik dan saya dikenakan denda.

“Walaupun tiada kejadian buruk berlaku, saya bertanggungjawab sepenuhnya dan disebabkan itu saya ingin memohon maaf kepada semua. Saya akan lebih berhati-hati agar kejadian seperti ini tidak berulang di masa hadapan,” tulisnya.

 

Foto: WireImage

Pautan berkaitan: SUGA BTS DILANTIK SEBAGAI DUTA BAHARU NBA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SUGA BTS & HALSEY JALIN KERJASAMA BUAT KALI KETIGA

SUGA BTS & HALSEY JALIN KERJASAMA BUAT KALI KETIGA

Bacaan Lanjut
SUGA BTS DILANTIK SEBAGAI DUTA BAHARU NBA

SUGA BTS DILANTIK SEBAGAI DUTA BAHARU NBA

Bacaan Lanjut
BTS Batal Persembahan Di Amerika Syarikat Kerana Omicron

TIGA AHLI KUMPULAN BTS DIJANGKITI COVID-19

Bacaan Lanjut