Skip to content

CILLIAN MURPHY KEMBALI SEBAGAI TOMMY SHELBY DALAM FILEM PEAKY BLINDERS

CILLIAN MURPHY KEMBALI SEBAGAI TOMMY SHELBY DALAM FILEM PEAKY BLINDERS

Kongsikan artikel ini

Berita gembira buat peminat drama jenayah ciptaan Steven Knight, Peaky Blinders!

Neflix baru-baru ini mengumumkan bahawa drama jenayah kegemaran ramai ini akan dihasilkan dalam bentuk filem. Pemenang Oscar, Cillian Murphy akan kembali sebagai samseng dalam naskah arahan Tom Harper yang mengarahkan siri musim pertama pada 2013.

“Nampaknya hubungan saya dan Tommy Shelby masih belum berakhir. Saya amat teruja kerana dapat berkolaborasi dengan Steven Knight dan Tom Harper dalam Peaky Blinders versi filem. Ini hadiah buat peminat,” kata Cillian.

Tom menambah, “Ketika mengarahkan Peaky Blinders lebih 10 tahun lalu, kami tidak tahu adakah siri itu akan berjaya. Namun kami tahu ada sesuatu yang istimewa tentang skrip dan tarikan kimia antara pelakon. Peaky berkisar tentang keluarga, jadi amat menyeronokkan apabila dapat bersatu kembali dengan Steve dan Cillian seterusnya menyiarkan filem buat penonton Netflix di seluruh dunia.”

filem peaky blinders

Belakang Tabir Filem Peaky Blinders

Kesinambungan saga yang berlatarkan Birmingham pada 1900-an ini ditulis oleh pencipta siri itu, Steven. Dia turut menjadi penerbit bersama di samping Cillian, Caryn Mandabach dan Guy Heeley. Penerbit eksekutif termasuk Tom, David Kosse, Jamie Glazebrook, Andrew Warren dan David Mason.

“Saya benar-benar teruja kerana filem ini akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Ia akan menjadi bab hebat dalam kisah Peaky Blinders,” kata Steven.

Butiran lanjut seperti jalan cerita dan barisan pelakon masih belum didedahkan sehingga kini. Ia akan dihasilkan bersama BBC Film dan menjalani penggambaran pada penghujung tahun ini.

 

Foto: Screen Rant

Pautan berkaitan: CILLIAN MURPHY BAKAL MUNCUL SEBAGAI PENJAHAT TERKENAL DALAM FILEM MARVEL?

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 CALON OSCAR 2024 & FILEM TERBURUK YANG PERNAH MEREKA BINTANGI

10 CALON OSCAR 2024 & FILEM TERBURUK YANG PERNAH MEREKA BINTANGI

Bacaan Lanjut
OPPENHEIMER DIISYTIHAR FILEM BIOPIK PALING BERJAYA DALAM SEJARAH

OPPENHEIMER DIISYTIHAR FILEM BIOPIK PALING BERJAYA DALAM SEJARAH

Bacaan Lanjut
CILLIAN MURPHY BAKAL MUNCUL SEBAGAI PENJAHAT TERKENAL DALAM FILEM MARVEL?

CILLIAN MURPHY BAKAL MUNCUL SEBAGAI PENJAHAT TERKENAL DALAM FILEM MARVEL?

Bacaan Lanjut
OPPENHEIMER: BAYARAN CILLIAN MURPHY, ROBERT DOWNEY JR & PELAKON LAIN DIDEDAHKAN

OPPENHEIMER: BAYARAN CILLIAN MURPHY, ROBERT DOWNEY JR & PELAKON LAIN DIDEDAHKAN

Bacaan Lanjut
OPPENHEIMER DIISYTIHAR FILEM BIOPIK PALING BERJAYA DALAM SEJARAH

KESILAPAN DALAM OPPENHEIMER: KECUAIAN ATAU DISENGAJAKAN?

Bacaan Lanjut
Jejaka Horologi Terhangat 01

JEJAKA HOROLOGI TERHANGAT

Bacaan Lanjut