“CINTA HATI KAMI” – MALUMA KINI BERGELAR BAPA
Bintang Latin, Maluma dan teman wanita, Susana Gomez baru saja menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka.
Dalam satu perkongsian di Instagram, pelantun lagu Coco Loco itu mengumumkan bahawa anak perempuannya selamat dilahirkan pada 9 Mac lalu.
“Pada 9 Mac jam 8.23 pagi, cinta hati kami Paris Londono Gomez dilahirkan ke dunia. Terima kasih atas segala ucapan dan doa daripada kalian semua.
“Susana, terima kasih kerana menjadikan impian terbesar saya untuk bergelar bapa satu kenyataan. Saya tidak akan melupakan momen terindah ini,” tulisnya dalam bahasa Sepanyol.
Dalam hantaran tersebut, dia memuat naik tiga foto puterinya dalam versi hitam-putih.
Rakan Selebriti Meraikan Kegembiraan Maluma
Perkongsian ini mengundang ucapan tahniah dan komen daripada rakan artis termasuk J Balvin, Diplo, Prince Royce, Wisin dan Paris Hilton.
“Tahniah! Paris sudah pun mendapat teman lelaki, kamu pun tahu. Rio bakal membuka langkah,” tulis J Balvin, merujuk kepada anak lelakinya Rio yang berusia tiga tahun.
“Papa Luma,” tambah Diplo manakala Wisin pula memberi komen, “Tahniah… Cinta luar biasa.” Sosialit dan usahawan Paris Hilton pula menulis, “Tahniah Maluma! Selamat datang ke kelab! Saya suka namanya!”
Maluma mendedahkan tentang kehamilan teman wanitanya pada Oktober 2023 ketika mengadakan konsert jelajah Don Juan. Pengumuman itu diikuti dengan video muzik yang mendokumentasikan perhubungan cintanya dengan Susana.
Pasangan ini bertemu buat kali pertama di set penggambaran video muzik pada 2017. Persahabatan mereka berkembang menjadi percintaan selepas tiga tahun dan mereka sah menjadi pasangan kekasih pada Ogos 2020.
Foto: Haute Living/Instagram
Pautan berkaitan: RANVEER SINGH & DEEPIKA PADUKONE BAKAL TIMANG ANAK SULUNG
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 FAKTA MENGEJUTKAN TENTANG JENNIFER LOPEZ ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU
Nama JLo menjadi sebutan di seluruh dunia, namun beberapa fakta hebat mengenainya hampir dilupai peminat.
60 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN & PARIS FASHION WEEK MENSWEAR SS25 [UPDATED]
Siapakah selebriti lelaki yang mencuri perhatian ketika menghadiri Fashion Week Menswear SS25 di kota Milan dan Paris kali ini?
“SATU DETIK PENTING DALAM PERJALANAN SEBAGAI BAPA ADALAH KETIKA ANAK PERTAMA ALIF DILAHIRKAN.” – ALIF SATAR
Duta Garmin Malaysia, Alif Satar berkongsi mengenai perjalanannya sebagai seorang bapa, dipengaruhi oleh hubungan rapat bersama bapanya sendiri.
HENRY GOLDING KINI BAPA KEPADA DUA CAHAYA MATA
Dalam diam-diam aktor Crazy Rich Asians, Henry Golding telah pun menyambut kehadiran anak keduanya bulan lalu.
HILANG 25KG BERAT BADAN, POST MALONE HANYA AMALKAN SATU RAHSIA INI
Post Malone mencuri perhatian ramai selepas berjaya menurunkan berat badan yang banyak dengan melakukan satu perubahan kecil.
5 TETAMU STYLISH DI MEN’S FASHION WEEK
Wajah dari serata dunia hadir memeriahkan acara-acara fesyen utama yang berlangsung sepanjang men’s fashion week bulan lepas. GLAM Lelaki memilih lima tetamu yang stylish.