Skip to content

CINTANYA BUKAN LAGI RAHSIA! GLAM LELAKI SELAMI HATI JOSHUA FITTON

Kongsikan artikel ini

Kisah percintaan pereka fesyen Johsua Fitton bersama aktres Siti Saleha kian membara. Selepas dua tahun menjalinkan hubungan cinta, industri seni tanah air bersorak tawa pada November 2024, apabila pasangan ini secara terbuka telah mengumumkan bahawa mereka sudah bertunang!

Gambar: Joshua The Peak November 2018 | Siti Saleha GLAM July 2021

Lebih mengujakan, selain sibuk dengan kerjaya masing-masing, menerusi muat naik di akaun sosial media, mereka turut memberikan ‘hint’ sepertikan sedang merancang majlis pernikahan yang (mungkin) akan diumumkan kelak. Oh…sungguh mendebarkan! Atas alasan itu, GLAM Lelaki mengambil kesempatan ini (dengan persetujuan bersama-sama) menyelami jauh ke lubuk hati Pengasas Atelier Fitton, Joshua Fitton mengungah rasa kasih dan sayangnya yang telah berjaya membuatkan insan bernama Siti Saleha kembali dibuai gelombang CINTA!

BAGAIMANA ANDA DAN SALEHA PERTAMA KALI BERTEMU, DAN APAKAH TANGGAPAN AWAL ANDA TERHADAPNYA?
J: Pertama kali bertemu Saleha bertahun-tahun yang lalu ketika dia menghadiri salah satu pertunjukan fesyen – Minggu Fesyen Kuala Lumpur di Pavilion KL. Kami tidak banyak berbual ketika itu, tetapi kemudian dia menjadi kawan kepada adik saya, dan dari situ, kami kembali berhubung apabila dia pulang dari United Kingdom.

ADAKAH TERDAPAT SATU DETIK TERTENTU YANG MEMBUAT ANDA SEDAR BAHAWA DIA SESEORANG YANG ISTIMEWA?
J: Kami punya hobi yang sama dan kisah pacat! Saya masih ingat ada satu ketika semasa kami mula mengenali satu sama lain, Saleha menyebut bahawa dia suka aktiviti luar dan mendaki. Saya fikir itu sesuatu yang hebat kerana kami boleh melakukannya bersama. Akhirnya, kami pergi mendaki di sebuah hutan simpan di Selangor. Malam sebelumnya hujan, jadi keadaan agak lembap, dan saya mendapati ada pacat di kaki saya. Saleha menjerit dan menyuruh saya memeriksa badannya juga. Kemudian, dia terus berlari semula ke tempat permulaan melalui hutan. I’ve never seen anybody move through the jungle as fast as her. Bagi saya, ini sesuatu yang sangat istimewa tentang dirinya. Dia masih boleh kekal tenang, berlari melalui hutan yang hampir tiada laluan dengan kelajuan yang luar biasa, sehingga saya sendiri ketinggalan. Dia seorang yang kuat dan akan melalui apa sahaja cabaran. She’ll get through anything and will probably leave me behind to whatever’s chasing but she’ll come out the other end composed and smiling. – hahahhaha!

Gambar: Akaun @sallywho

BAGAIMANA RASA SUKA DAN SELESA BERKEMBANG DARI PERTEMUAN PERTAMA SEHINGGA ANDA MENYEDARI IA ADALAH CINTA?
J: The relationship had a natural trajectory and progress, I think. Pada awalnya, kami sering berbual di telefon kerana dia sibuk dengan penggambaran musim terakhir 7 Hari Mencintaiku. Ketika itulah saya mula menonton dramanya. Saya tahu dia seorang pelakon, tetapi saya sebenarnya tidak pernah melihat hasil kerjanya sebelum ini. Jadi, mengenali dirinya melalui kerjanya adalah satu pengalaman yang menyeronokkan. Walaupun begitu, saya masih belum menonton semua dramanya. With knowing that you’re falling, I guess it’s just something you feel and trust that gut feeling, its true when they say you’ll know when you know, I really don’t know how to describe it.

SIFAT SALEHA YANG MEMBUATKAN JOSHUA RASA SENANG?
J: Saya tidak fikir ia satu momen tertentu yang membuat saya rasa dia adalah ‘the one’. Ia lebih kepada siapa dirinya sebagai individu—etika kerjanya, keterbukaannya, cara dia berinteraksi dengan orang lain, dengan kawan-kawan saya, keluarga saya, dan rakan-rakan yang saya anggap seperti keluarga. Saleha was able to be comfortable and fit in with them seamlessly and my ‘family’ loved her so that was a big thing for me because that’s where I work and where I spend time [The Zhongshan Building]. Saya juga suka bagaimana dia sangat menyokong apa yang saya lakukan, sama ada dalam fesyen mahupun seni. Saya tahu di KL, seni masih kurang dihargai oleh kebanyakan orang.

INSAN BERGELAR JOSHUA FITTION DI MATA SALEHA?

J: Saya rasa dia akan kata saya seorang yang penyayang. Sebenarnya, saya tahu dia akan kata begitu. Hahahaha!

Gambar: The Peak November 2018

KESAMAAN KARAKTER ANDA BERDUA?
J: Dia seorang yang penyayang, prihatin, sangat merendah diri, dan bersikap sederhana. Saya suka melihat bagaimana dia berinteraksi dengan peminatnya—begitu semula jadi dan mudah baginya. Dia juga sangat suka mencuba perkara baharu dan sentiasa bersedia untuk mencabar diri, yang sesuai dengan saya kerana saya memang suka aktiviti luar seperti berkhemah dan mendaki.

APAKAH NILAI YANG ANDA DAN SALEHA KONGSI YANG MENJADI ASAS KEPADA HUBUNGAN?
J: Saya rasa dari awal lagi, kami membenarkan satu sama lain menjadi diri sendiri tanpa cuba mengubah atau membetulkan apa-apa. Kami benar-benar mengambil masa untuk mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam. Setiap orang datang dari latar belakang dan pengalaman hidup yang berbeza. Oleh itu, pada awal hubungan kami, kami banyak belajar tentang satu sama lain dan memahami apa yang kami harapkan daripada hubungan ini. Mempunyai fikiran yang terbuka adalah kunci dalam membina asas hubungan.

APA YANG MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN?

J: Aktiviti luar! Dari mendaki bukit kecil, pergi ke sungai, atau sekadar berkelah di air terjun, kami sentiasa meluangkan masa untuk menikmati alam semula jadi bersama. Jika ada lebih banyak masa, kami akan cuba pergi menyelam di lokasi tertentu. Saya gembira apabila mengetahui Saleha juga suka menyelam, jadi tidak banyak perkara baru yang perlu kami cari bersama—kerana kami sudah pun berkongsi minat yang sama!

Joshua & Saleha Memahat Memori Di Puncak Gunung Kinabalu | April 2024 Gambar: Akaun @sallywho

BAGAIMANA ANDA SALING MENYOKONG? PERIBADI DAN PROFESIONAL
J: Seimbang dari kedua-dua aspek kehidupan. Dari segi profesional, ia bermula dengan dia menghadiri pertunjukan fesyen saya dan juga pembukaan galeri untuk seni dan fesyen. Sebagai balasan, saya mula menghadiri tayangan perdana filemnya dan kadangkala melawatnya di set penggambaran apabila dia mempunyai hari penggambaran yang panjang. Kini, kami telah membawa sokongan itu ke tahap lebih tinggi dengan berkolaborasi dalam koleksi Hari Raya 2025 bersama. Kami juga berbincang mengenai tawaran lakonannya, meneliti skrip bersama, dan menilai projek yang sesuai. Saleha juga sangat menyokong kerjaya seni saya serta semua idea pelik yang saya ada!

Wangi & Takdir – Kolaborasi Kapsul Raya Atelier Fitton x Saleha

APA YANG MENGUJAKAN TENTANG MASA DEPAN? KHUSUSNYA JANGKA MASA PANJANG
J: Saya sangat teruja kerana akhirnya semua makcik-makcik akan berhenti bertanya bila saya nak kahwin! Hahahaha! I believe that we are going to continue learning about each other and grow together, growing individually as well as as a unit together. I’m also excited that I get to annoy her forever now.

LIMA FAKTA MENARIK TENTANG ANDA? SALEHA SAYS… JOSHUA FITTON ADALAH SEORANG YANG…

Pertama: Sangat pandai memasak.

Kedua: Menyukai bunga orkid

Ketiga: Suka mengumpul pinggan antik dari kapal karam.

Keempat: Rajin membantu Saleha membuat kajian tentang watak dan drama yang akan dilakonkan.

Kelima: Dia seorang yang suka pengembaraan dan selalu membawa Saleha ke tempat-tempat yang tidak pernah tahu sebelum ini.

Pautan Berkaitan: JOSHUA FITTON..EKSPRESI SUATU DEPRESI

By Yusairi Fitri
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MENGENANG ASHRAF SINCLAIR: HENING RINDU NOAH AIDAN SINCLAIR

Bacaan Lanjut
5 DRAMA HEBAT LAKONAN SITI SALEHA ANDA WAJIB TONTON

5 DRAMA HEBAT LAKONAN SITI SALEHA ANDA WAJIB TONTON

Bacaan Lanjut

JEFRI NICHOL CIUM MESRA AMEERA KHAN

Bacaan Lanjut

TAHNIAH! JOSHUA FITTON DAN SITI SALEHA SAH BERGELAR SUAMI ISTERI

Bacaan Lanjut

12 HADIAH UNTUK SANG JEJAKA

Bacaan Lanjut

VALENTINE HAMPIR TIBA, LELAKI GROOMING PLEASE!

Bacaan Lanjut