#GL15TAHUN THE TRUE GENTLEMAN, NOKI K-CLIQUE
Menyingsing tirai usia yang ke-15 tahun, GLAM Lelaki menampilkan 15 persona bagi melengkapi spektrum energi yang sudah terbias sejak lebih sedekad lalu. Nama-nama ini terus terpintas lantang. Alfa dan Cemerlang, 15 tahun GLAM Lelaki membawakan THE TRUE GENTLEMAN, NOKI K-CLIQUE.

Topi monogram COACH (dipakai) & Topi bucket monogram FENDI
Pengarah Kreatif AIZAT AIDID & NISA HALID, Pengurus Projek, Pengarang Digital & Asst. Penata Gaya MUZAMMIN MUZLAN, Pengarang Gaya Hidup ZUHAIRIE SAHROM, Pengarang Fesyen & Penata Gaya JOHAN KASSIM, Pengarang Kecantikan JULIA AZMAN, Pengarah Seni & Pereka Grafik AMIRUL ARIFIN, Fotografi EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO, Grooming KHIR KHALID, SAHIR SABRI menggunakan YSL Beauty, Dandanan CKAY LIOW, JUNO KO
Rapper, Pelakon & Penari
Bakal tampil memperdengar dua buah lagu hasil kolaborasi bersama penyanyi lokal, Noki kini dilihat all rounder sebagai seorang penghibur. Bukan hanya berkebolehan untuk menari dengan gerak tubuh yang tampak begitu natural, rapper ini juga mencuba nasib dalam lapangan lakonan. Langsung, bakal tampil membintangi filem terbarunya untuk tayangan tahun hadapan.
Intipati maskuliniti masa kini.
Simple sahaja saling hormat menghormati, sekiranya orang itu lebih berusia itu sudah mesti. Jarang sekali kurang ajar dan paling utamanya janganlah sekali memukul wanita. Selagi boleh bercakap, kita bercakap dan perlu bijak untuk menepis dari membalas.
Lagu tema yang sesuai untuk Noki kala ini?
Mimpi, K-Clique, kerana berupaya mengubah jalan cerita saya.
Muzik Noki sekiranya bergerak solo?
Bakal memperjuangkan karya yang terumus dari dua genre ini R&B Hip hop kerana Noki suka menyanyi juga rap. Saya mahu gabungkan duanya dan sudah tentunya lirik ditulis sendiri.

Baju & seluar lisu, CLUB 21 MULTILABEL – PLEATS PLEASE BY ISSEY MIYAKE
Kolaborasi Impian?
For me kena lah berganding tenaga bersama penyanyi wanita dan di antaranya adalah Doja Cat. Kalau kita boleh memasang angan biar lah yang tertinggi bukan?
Cerita dansa Noki…
Sebenarnya mulanya langkah Noki dalam lapangan seni ini bermula sebagai penari. Noki selesa berdansa dalam genre moden serta berkesempatan untuk mengikuti kelas tarian ballroom sewaktu berusia 14 tahun. Sekarang ini, menerusi muzik video pergerakan badan sudah mengikut rentak muzik secara natural. Tidak dibuat-buat.
Kepentingan fizikal penting buat Noki?
Sebelum ini Noki tidak kisah langsung, kalau peminat sudah minat dia tetap minat. Kalau dulu duduk asyik tarik baju menutupi perut. Hari ini Noki berasa keyakinan itu seperti sudah bertambah positif. Sudah tentu ia memberi efek kepada sisi keyakinan bila Noki berjaya mengolahkan susuk tubuh yang diidamkan. Namun, ia tidak bermakna, sekiranya kita menjaga penampilan itu membuka ruang dan peluang untuk orang mengambil kesempatan.

Beg silang, MONTBLANC. Jaket & baju panas, UNIQLO.
Identiti muzik K-Clique…
Penulisan liriknya atau mesej yang disampaikan terdorong dari sisi kehidupan kami di Sabah. Apa yang kita lalui, kita mahu sampaikan kepada pendengar. Pengalaman menjadi guru lalu membentuk kandungan mesej dalam lagu kami.
Transisi sebagai anak seni?
Kami pernah menangani bersama syarikat rakaman lagu, pernah mengikuti jalan kerjanya. Tapi melihatkan perencanaan itu boleh di buat sendiri. Ya, benar mereka punya kelebihan kerana sudah memiliki posisi dalam industri muzik. Sebagai artis independen, kita kerjakan semuanya sendiri. Itu tidak menjadi masalah kalau kita kerana kami selesa bekerja bersama daripada orang luar hadir menentukan apa yang harus dibuat dan sebaliknya. Dulu mungkin susah sedikit, tetapi hari ini semua di hujung jari. Tinggal nak buat ke tak, itu saja.
Pautan Berkenaan: #GL15TAHUN ACTION FILM MAESTRO, ADRIAN TEH
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENGALAMAN MAGIS POP-UP COACH HOLIDAY 2025
#StyledByJK bersama GL Gang, Jansen menampilkan trik mudah penggayaan musim percutian daripada koleksi Coach Holiday 2025.
PESONA PERAYAAN, SENTUHAN KOLEKSI COACH HOLIDAY 2025
Koleksi Coach Holiday Gift Guide 2025 hadir dengan seleksi yang mewah dan diperkaya dengan sentuhan kraf New York yang begitu ikonik.
ERA BAHARU PENULISAN DARI MONTBLANC
Montblanc membuka lembaran baharu dalam dunia penulisan dengan melancarkan dua inovasi yang meraikan tradisi, ketukangan dan keindahan.
GL PICKS: 10 PILIHAN BEG LELAKI MINIMAL RINGKAS, REFINED & SENTIASA ON POINT
Senarai 10 beg lelaki minimal 2025, menampilkan jenama mewah seperti Loewe, Prada, LV dan Gucci dalam warna paling trend.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA SALMAN FARISH
Memiliki gaya peribadi yang unggul menjadikan Salman Farish salah satu inspirasi fesyen terbesar untuk generasinya. GLAM Lelaki tampilkan Salman Farish untuk November 2025.
THE COACH RESTAURANT SINGAPORE: GAYA HIDUP MEWAH DI JEWEL CHANGI AIRPORT
Terokai The Coach Restaurant Singapore menyatukan fesyen, seni kulinari dan gaya hidup mewah di Jewel Changi Airport.











