Skip to content

“SAYA NAK ‘ALL OUT’ TAHUN INI!”- SHARUL AIMY

“SAYA NAK ‘ALL OUT’ TAHUN INI!”- SHARUL AIMY

Kongsikan artikel ini
3 of 4

  • Mengapa memilih gimnastik?

Mungkin kerana sewaktu kecil dahulu saya bersikap hiperaktif dan cenderung melakukan aktiviti yang memacu adrenalin. Contohnya, bila bermain bola selepas menjaringkan gol saya akan meraikannnya dengan membuat backflip. Sungguhpun waktu itu fleksibiliti badan belum terbentuk sepenuhnya lagi.

  • Bezanya gimnas hari ini dan terdahulu?

Tidak banyak bezanya, cumanya jika dahulu dipaksa, dikerah atau diketuk untuk memenuhi jangkaan jurulatih. Hari ini ia lebih bersifat subjektif. Saya tidak menyokong kekerasan tapi bila dipaksa oleh jurulatih, saya lebih bermotivasi untuk melaksanakan rutin yang lebih baik sekalipun dalam sesi latihan. Saya percaya kekerasan agresif jurulatih ini membuatkan saya lebih berjaga-jaga, tidak akan mengambil mudah dan sambil lewa untuk mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku. Maklumlah bila penat, fokus kita lari dan bakal mencederakan diri di kemudian hari.

  • Siapakah pendorong aspirasi?

Ng Shu Wai, merangkap gimnas negara yang kini memegang tanggungjawab sebagai jurulatih gimnastik artistik wanita kebangsaan. Mula melihat himpunan video Ng Shu Wai kala beraksi mewakili negara di Youtube, saya mula membiasakan diri membuat backflip. Kesudahannya saya fokus pada sukan ini setelah terpilih menyertai pasukan kebangsaan sejak usia 10 tahun sehingga hari ini.

  • Siapa pula individu yang dijulang Sharul?

Selain daripada ibu bapa yang tidak pernah berputus asa menyokong dari kecil, saya menjulang Kōhei Uchimura yakni bintang gimnastik Jepun. Prestasinya begitu konsisten lalu beroleh pingat Olimpik sebanyak tujuh kali, yang juga memenangi juara dunia sebanyak 21 kali. 

3 of 4

By Zuhairie Sahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Uniqlo Malaysia

KEMBARA GAYA DI KUALA LUMPUR BERSAMA GL GANG, SHARUL AIMY DAN JASON TAN

Bacaan Lanjut
Glam Lelaki Fashion Party 2024

25 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024  

Bacaan Lanjut