DANIEL RADCLIFFE TIMANG CAHAYA MATA SULUNG
Teraju utama Harry Potter, Daniel Radcliffe akhirnya bergelar bapa pada usia 33 tahun.
Dua hari lalu Daily Mail melaporkan Daniel Radcliffe telah pun menimang anak pertama bersama teman wanitanya selama sedekad, Erin Darke. Pasangan itu dirakam menolak kereta sorong bayi berwarna biru ketika berjalan-jalan di sekitar New York City pada hari Isnin.
Tidak lama selepas foto mereka tersebar, jurucakap pasangan itu mengesahkan bahawa Erin Darke, 38, telah pun selamat melahirkan anak sulung. Bagaimanapun tiada butiran lanjut termasuk nama, jantina dan tarikh kelahiran didedahkan kepada umum.

Foto: The Sun
Pasangan itu bertemu buat kali pertama pada tahun 2012 di set penggambaran filem Kill Your Dalings. Mac lalu, bintang Inggeris itu mendedahkan kepada umum bahawa mereka sedang menantikan kehadiran org baru dalam keluarga.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM IKONIK LAKONAN DIANA DANIELLE
Kenali 5 filem ikonik Diana Danielle. Saksikan evolusinya sebagai primadona paling berpengaruh dalam industri perfileman.
MAKSIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI ‘PLAY SAFE’
Tinggalkan minimalisme. Terokai trend Maksimalisme 2026 bersama Hael Husaini, Hun Haqeem, dan Syed Syafiq. Berhenti bermain selamat sekarang!
5 FILEM HERO FIENNES TIFFIN DENGAN RATING TERTINGGI
Lima filem dengan rating tertinggi lakonan Hero Fiennes Tiffin termasuk Harry Potter and the Half-Blood Prince dan After.
INSPIRASI FIT & SIHAT 2026, SAY SHAZRIL, FAZZIQ MUQRIS, IKMAL AMRY SEBAGAI INSPIRASI.
Ikmal Amry, Shawn Pam, dan Fazziq Muqris antara individu yang konsisten mempromosikan gaya hidup aktif dan seimbang. Jadikan mereka ini sebagai inspirasi sihat dan fit untuk tahun 2026.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
6 PERSONALITI DENGAN KERJAYA DAN GAYA HIDUP YANG ‘CEMERLANG’
Enam personaliti dengan kerjaya hebat dan gaya hidup sihat. Mereka buktikan disiplin diri dan keseimbangan hidup tunjang kejayaan mereka.











