Skip to content

DATUK AZIZULHASNI AWANG MENGUKUHKAN REPUTASI SEBAGAI RAJA KEIRIN ASIA

DATUK AZIZULHASNI AWANG MENGUKUHKAN REPUTASI SEBAGAI RAJA KEIRIN ASIA

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mencipta legasi tersendiri apabila meraih pingat ke-12 di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023.

Kejayaan ini meletakkan noktah pada penantiannya selama lapan tahun untuk kembali bergelar ‘Raja Keirin Asia’ selepas edisi 2015 di Nakhon Ratchasima, Thailand. Azizulhasni Awang meraih gelaran itu menerusi persembahan cemerlang dengan menewaskan juara Piala Negara-negara UCI di Mesir, Shinji Nakano. Tempat ketiga diraih seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom. Juara bertahan Kohei Terasaki menamatkan saingan di tempat keempat.

Azizulhasni Awang

Foto: Utusan

“Perlumbaan hari ini agak sukar kerana ada tujuh pelumba berbanding enam seperti biasa. Malah saya memulakan perlumbaan di posisi ketujuh, jadi memang agak sukar dan saya berdoa sahaja. Bila berlumba, saya punya strategi pergi ke depan terus kerana Jepun ada dua pelumba kuat iaitu Shinji dan Ota Kaiya.

“Saya takut untuk tunggu kerana mereka akan terus pecut dan saya tak boleh ambil risiko. Jadi saya ambil alih perlumbaan dan guna tenaga lebih awal cuma saya kekalkan kelajuan. Selepas itu pelumba lain mula lakukan ‘serangan’ tetapi saya tetap sabar dan tunggu masa sesuai dan di selekoh terakhir, saya berjaya ke hadapan dan menang,” jelasnya.

1 of 2

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DATUK AZIZULHASNI AWANG CUBA HALUAN KERJAYA BAHARU

DATUK AZIZULHASNI AWANG CUBA HALUAN KERJAYA BAHARU

Bacaan Lanjut
DATUK AZIZULHASNI AWANG MELAKAR SEJARAH SEKALI LAGI

DATUK AZIZULHASNI AWANG MELAKAR SEJARAH SEKALI LAGI

Bacaan Lanjut
DI SEBALIK TANGISAN KEGEMBIRAAN RAJA PECUT NEGARA, DATUK AZIZULHASNI AWANG

DI SEBALIK TANGISAN KEGEMBIRAAN RAJA PECUT NEGARA, DATUK AZIZULHASNI AWANG

Bacaan Lanjut
TAHNIAH! AZIZULHASNI AWANG DIKURNIA GELARAN DATUK

AZIZULHASNI AWANG DIKURNIA GELARAN DATUK

Bacaan Lanjut
AZIZULHASNI SEKALI LAGI BERGELAR JUARA

AZIZULHASNI SEKALI LAGI BERGELAR JUARA

Bacaan Lanjut
AZIZULHASNI AWANG BERGELAR JUARA PECUT DUNIA

AZIZULHASNI AWANG BERGELAR JUARA PECUT DUNIA

Bacaan Lanjut