DATUK AZIZULHASNI AWANG CUBA HALUAN KERJAYA BAHARU
Setelah membawa pulang pingat perak dalam acara keirin pada temasya Olimpik Tokyo 2020 lalu, Azizulhasni Awang kini membuat keputusan untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya kepada rakyat Malaysia.
Dua hari lalu, Azizulhasni menerima tawaran kerjaya sebagai pensyarah Gred DS45/51/53 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Surat tawaran itu diserahkan sendiri oleh Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Kampus Sultan Azlan Shah UPSI, Proton City, Perak.
Selain jawatan pensyarah, jaguh berbasikal trek negara ini juga ditawarkan biasiswa bagi melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di universiti sama.

Foto: UPSI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 FILEM INSPIRASI ATLET PERLU TONTON OLEH PEMINAT SUKAN
Bersempena dengan Sukan Paralimpik Tokyo 2020, GLAM Lelaki membariskan 7 filem kisah atlet yang dapat memberikan inspirasi kesukanan buat semua untuk bergelar juara.
DATUK AZIZULHASNI AWANG MELAKAR SEJARAH SEKALI LAGI
Sejak melibatkan diri dalam sukan berbasikal sedekad lalu, Datuk Azizulhasni Awang tidak henti-henti mencatat sejarah dan mencipta rekod peribadi.
DI SEBALIK TANGISAN KEGEMBIRAAN RAJA PECUT NEGARA, DATUK AZIZULHASNI AWANG
Satu pencapaian luar biasa untuk Malaysia, namun dia terkilan kerana impian untuk menggenggam pingat emas di Olimpik Tokyo tidak kesampaian.
DI SEBALIK AKSI MENGAIT TOM DALEY DI OLIMPIK, TERSELIT SATU KISAH DUKA
Daley memenuhi masa lapangnya dengan mengait kerana ia memberinya ketenangan dan membantu mengurangkan tekanan terutamanya di Olimpik.
“SAYA TAK TAHU REKAAN TANJAK TERSEBUT UNTUK OLIMPIK 2020,” SALLEHIN HUSSAIN, PEREKA TANJAK KONTINJEN MALAYSIA
Tanjak yang dipakai kontinjen Malaysia sewaktu acara pembukaan Olimpik Tokyo 2020 itu merupakan hasil tangan Sallehin Hussain, Pengarang Tanjak dari Tanjakfansuri.
AZIZULHASNI AWANG DIKURNIA GELARAN DATUK
Azizulhasni dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato Paduka Mahkota Terengganu Yang Amat Dihormati yang membawa gelaran Datuk semalam.