Skip to content

AESOP MEMANIPULASI MANFAAT PARSLEY SEED

Kongsikan artikel ini

Saya anggap Aesop satu jenama penjagaan diri yang cukup utuh dengan estetika yang tersendiri. Jenama kelahiran Australia ini memang menang dalam trademark atau identiti dirinya. Penggunaan botol gelapnya dalam majoriti rangkaian produknya cukup disukai. Ia tampak bersahaja namun ada kelas.

Tidak bergantung pada ‘imej’ semata, Aesop juga mengiringi kekuatan identitinya itu dengan produk berkualiti yang hadir dengan pelbagai formula berkesan buat penjagaan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Saya sendiri sangat sukakan skrub badan dari jenama ini, kulit berasa segar dan bau geraniumnya membuat minda terasa tenang. 

Terkini, Aesop menerokai kebaikan parsley seed yang mana manfaat biji pasli sememangnya diakui mewah dengan bahan antioksidan. Aesop mengetengahkan rangkaian Parsley Seed Skin yang memberi titik tumpu kepada Parsley Seed Anti-Oxidant Intense Serum. Serum ini dimewahkan dengan formula yang menghidrat kulit juga melindunginya daripada kesan pencemaran. Menariknya, sama seperti kebanyakan produk Aesop yang lain, rangkaian ini dicipta dengan formula yang mesra dengan semua jenis kulit termasuklah mereka yang berkulit sensitif. 

parsley seed

Parsley Seed Anti-Oxidant Intense Serum ditambah baik dengan alga merah dan tara gum yang membuatkan serum ini memberi ruang untuk kulit bernafas. Ia menguatkan lapisan kulit agar utuh melawan dan meminimumkan partikel kotoran yang merosakkan kulit. Turut ada di dalam sebotol serum ini ialah bahan-bahan lain seperti teh hijau, biji anggur dan tocopherol atau vitamin E. Teksturnya ringan dan sangat sesuai dengan cuaca negara kita yang panas-lembap (humid). 

Cara menggunakannya mudah, titikkan dalam empat ke lima titis pada tapak tangan dan sapukan pada wajah yang sudah dibersihkan. Luangkan sedikit masa untuk mengurut wajah dengan lembut agar manfaat ini dapat diserap oleh kulit. Untuk siang sempurnakan sapuan dengan krim tabir suria. Untuk malam pula boleh tambahkan dengan pelembap untuk belaian ekstra. 

Parsley Seed Anti-Oxidant Intense Serum, RM320 (60ml), dan RM310 (60ml dengan ‘screw cap’).

Baca: 5 SYAMPU BOLEH DICUBA JIKA TAKUT RAMBUT GUGUR

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

Bacaan Lanjut
ALPHA

ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI

Bacaan Lanjut
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

Bacaan Lanjut
DIOR CRUISE 2027 IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

Bacaan Lanjut
SWATCH X AP MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI

SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI

Bacaan Lanjut
ONITSUKA TIGER X MALAYSIA: SILUET IKONIK MEXICO 66™ DAN BAJU T EDISI TERHAD

ONITSUKA TIGER X MALAYSIA, HADIRKAN MEXICO 66™ DAN BAJU T YANG PENUH GAYA

Bacaan Lanjut