DIALOG ALAM SEKITAR BERSAMA DATO’ SETIA AUBRY RAHIM MENNESSON
ISU KESIHATAN ALAM SEKITAR DAN PEMANASAN GLOBAL MASIH MENJADI BUALAN HANGAT DUNIA. DAN TOPIK PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR CUKUP DEKAT DENGAN DATO’ SETIA AUBRY RAHIM MENNESSON, TERUTAMANYA MENYENTUH MASALAH PENGGUNAAN PLASTIK SEKALI GUNA DAN USAHA MEMUPUK KESEDARAN DI KALANGAN BELIA MALAYSIA UNTUK BERUBAH KE ARAH GAYA HIDUP YANG LEBIH MESRA ALAM.
Suhu panas, panas. Semakin panas, panas.
Era ini, siapa tidak merasai bahang yang membakar kulit sebaik sahaja melangkah keluar dari rumah? Ancaman pemanasan global semakin ketara, and it’s not getting any better. Mengikut Crowther Lab, kumpulan kajian bertapak di Switzerland, suhu bandaraya Kuala Lumpur akan meningkat sebanyak 2.3 darjah menjelang 2050. Hakikatnya, pemanasan yang meningkat pada satu darjah sahaja sudah boleh mendatangkan kemarau, gelombang haba, juga banjir dan taufan akibat peningkatan aras laut. Apatah lagi bila suhu naik 2.3 darjah.
Sungguhpun warga Malaysia kini semakin peka dengan impak pencemaran alam sekitar terhadap kehidupan harian mereka, ramai yang masih buat endah tak endah. Ramai yang tidak mempraktikkan amalan kitar semula misalnya, dan penggunaan juga pembuangan produk plastik masih berleluasa. Tak hairanlah, sedar tak sedar, mengikut kajian yang dijalankan oleh jurnal akademik Science (2015), Malaysia berada di tangga kelapan senarai negara paling banyak pembuangan plastik. Merujuk pula kertas kerja Solid Waste Management in Malaysia – A Move Towards Sustainability (2012) hasil kajian Jayashree Sreenivasan, Marthandan Govindan, Malarvizhi Chinnasami dan Indrakaran Kadiresu, Malaysia menghasilkan sebanyak 23,000 tan sampah – se-ha-ri. Yang dianggarkan akan meningkat kepada 30,000 tan sehari pada tahun 2020. Menyedihkan lagi, kurang lima peratus daripada sampah itu dikitar semula. Maka selebihnya akan dibiarkan, atau akan hanyut ke lautan. Ataupun, dibakar.
PENDEKAR ALAM SEKITAR
Dato’ Setia Aubry Rahim Mennesson terlalu familiar dengan keadaan ini kerana beliau boleh melihat buktinya dengan matanya sendiri. Sebagai seseorang yang atletik dan gemar bersukan, Aubry kerap membuat aktiviti luar. “Saya banyak meluangkan masa saya di luar, apatah lagi sejak menetap di Malaysia,” kongsi jejaka berasal kota Paris ini. “Dan pabila saya keluar berenang, saya boleh melihat sisa plastik terapung di permukaan lautan. Bila berbasikal merentasi hutan pula, sampah-sarap berkeliaran di bahu laluan. Dan kala berlari sekitar kota raya, sudah tentu saya ternampak sistem saliran kita yang kian tersumbat dengan sisa-sia sampah. Jadi, realiti itu pasti memberi peringatan kepada saya untuk sentiasa mengamalkan gaya hidup yang lebih mesra alam.”
Malah, sebelum bermastautin di Malaysia lagi, Aubry sememangnya seorang yang eco–conscious. “Kali pertama saya betul-betul tersentuh dengan isu alam sekitar adalah semasa saya bekerja dengan Dewan Bandar Raya Paris, pada awal tahun 2000,” jelas Aubry. “Saya terlibat dengan isu mengitar semula kaca, satu masalah besar untuk kami ketika itu. Kala itulah saya sedar betapa besarnya skala kerja yang dituntut oleh isu sebegitu. Betapa rumitnya, kerana ia melibatkan pelbagai pihak yang saling berkait-rapat. Sebab itulah keprihatinan terhadap isu alam sekitar kekal dalam diri saya setelah berpindah ke Malaysia pada tahun 2009.”
Teks asal: Abdul Aziz Draim
Untuk bacaan seterusnya, dapatkan edisi Januari 2020 yang kini sudah berada di pasaran…
Tags
Artikel Yang Berkaitan
JEFRI NICHOL CIUM MESRA AMEERA KHAN
Pasangan hangat bercinta aktor Jefri Nichol dan Ameera Khan meragut perhatian dengan adegan mesra sehingga mengundang rasa tidak senang.
TAHNIAH! JOSHUA FITTON DAN SITI SALEHA SAH BERGELAR SUAMI ISTERI
Pereka fesyen Joshua Fitton dan aktres terkenal, Siti Saleha telah melangsungkan majlis dalam satu acara tertutup yang dihadiri keluarga dan teman rapat.
SYAFIQ KYLE & MIMI LANA KINI SUAMI ISTERI
Kisah cinta yang penuh liku akhirnya menemui pengakhiran yang indah apabila pelakon terkenal, Syafiq Kyle dan Mimi Lana
7 PEMUZIK MUDA MALAYSIA ANDA PATUT KENALI
Malaysia dipenuhi dengan bakat-bakat muda dari pemuzik muda tempatan, merangkumi genre dari rap hingga indie.
ABANG ADIK RAIH SATU LAGI PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN
Filem Abang Adik terus melakar kejayaan di pentas perfileman antarabangsa.
10 FILEM ROMANTIK WAJIB TONTON FEBRUARI INI
Bulan Februari dipenuhi dengan rasa cinta dan salah satu cara untuk meraikannya adalah dengan menonton filem romantik.