DIANGGAP PUNCA KEMATIAN KIM SAE RON, KERJAYA KIM SOO HYUN BAKAL BERAKHIR?
Pemergian aktres berbakat besar, Kim Sae Ron mengundang hiba di kalangan peminat K-Drama di seluruh dunia.
Pada tanggal 16 Februari, bintang Bloodhounds itu ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di kediamannya di Seoul oleh seorang rakan. Menurut laporan, dia meragut nyawa sendiri selepas sekian lama hidup dalam tekanan akibat masalah kewangan.
Kini selepas hampir sebulan, muncul satu berita mengejutkan yang mengaitkan kematian aktres itu dengan Kim Soo Hyun. Khabar ini bermula selepas ibu saudara mendiang mendedahkan bahawa kedua-duanya pernah menjalin cinta beberapa tahun lalu.

Foto: Instagram
Ketika itu Kim Sae Ron baru berusia 15 tahun dan masih di bawah umur, manakala aktor itu berusia 27 tahun. Percintaan mereka bertahan selama enam tahun.
Lebih mengejutkan, pelakon berusia 37 tahun itu didakwa menjadi punca Kim Sae Ron meragut nyawanya sendiri. Apakah kisahnya?
Di Sebalik Cerita Cinta Kim Soo Hyun & Kim Sae Ron
Menurut berita yang tular di media sosial, sewaktu pasangan itu menjalin hubungan, mendiang menawarkan kelas lakonan percuma buat agensi Gold Medalist milik syarikat Kim Soo Hyun.
Ketika mendiang terpalit dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, aktor itu menawarkan diri untuk membantu membayar denda demi membalas budi.
Malangnya selepas dua tahun, Kim Sae Ron menerima notis saman yang memintanya membayar kembali ‘hutang’ tersebut kepada syarikat Kim Soo Hyun berjumlah RM2.1 juta. Berdepan masalah kewangan, mendiang cuba menghubungi pelakon itu untuk merayu diberi lebih masa namun tidak dilayan.

Foto: Mint
Terasa dikhinati, aktres itu mendedahkan foto mesra mereka kepada umum demi menarik perhatian Kim Soo Hyun. Malangnya apa yang diterima adalah kecaman daripada peminat.
Menurut laporan, kejadian perit ini memberi kesan besar terhadap kesihatan mentalnya. Sekali gus mendorongnya untuk meragut nyawa sendiri pada hari ulang tahun kelahiran Kim Soo Hyun.
Tidak dapat dipastikan kebenaran di sebalik berita ini namun agensi Gold Medalist menafikan sekerasnya. Peguam Kim Soo Hyun juga dilaporkan sudah mengambil tindakan untuk membersihkan namanya.
Bagaimanapun di media sosial, peminat meluahkan rasa jijik dengan tindakan Kim Soo Hyun menjalin hubungan dengan gadis bawah umur. Sesetengahnya turut mengugut mahu memboikot jenama yang terus menjalin kerjasama dengan pelakon itu.
Foto: NME
Pautan berkaitan: PENAMPILAN WON BIN DI MAJLIS PENGEBUMIAN KIM SAE RON MENGUNDANG PERHATIAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENAMPILAN WON BIN DI MAJLIS PENGEBUMIAN KIM SAE RON MENGUNDANG PERHATIAN
Selepas lebih sedekad menyepi dari industri hiburan, aktor tampan Won Bin akhirnya membuat kemunculan di khalayak ramai baru-baru ini.
DALAM KENANGAN: TONTON 5 DRAMA & FILEM HEBAT LAKONAN KIM SAE RON
Sempena memperingati legasi Kim Sae Ron yang meninggal dunia pada 16 Februari 2025, tonton lima naskah hebat lakonannya menurut IMDb.
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MAC 2024
Dari filem “Road House” lakonan Jake Gyllenhaal kepada siri realiti “Physical: 100” yang kembali dengan musim kedua, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Mac 2024.
5 AKTOR KOREA MILIKI RUTIN PENJAGAAN KULIT TERBAIK
Setuju tak? 5 aktor Korea ini bukan sahaja K-Drama Heartthrob malah miliki kulit wajah bersih lagi menawan! GL cungkil rahsia rutin mereka sebagai panduan anda.