DIRAKAM BERKUCUPAN, BEN AFFLECK & JENNIFER LOPEZ PILIH BERDAMAI?
Salah satu power couple Hollywood, Ben Affleck dan Jennifer Lopez kembali menjadi topik perbualan hangat di media sosial.
Setelah berbulan tidak dirakam bersama, pasangan itu dilihat menikmati makan tengah hari di samping anak-anak mereka di Hotel Beverly Hills di California baru-baru ini. Bukan itu sahaja, satu sumber mendedahkan bahawa dia melihat pasangan itu beraksi mesra.
“Ben dan JLo berpegangan tangan dan berkucupan di Polo Lounge di Beverly Hills Hotel. Anak-anak ada bersama mereka tetapi bukan di meja yang sama,” menurut sumber.
Sebelum itu paparazi sempat merakam aksi mereka berbual dalam keadaan tegang di dalam kereta yang diletakkan di luar bangunan.

Foto: BlueLoveImages /LAGOSSIPTV/BACKGRID
Jennifer dilihat menggayakan baju hitam berlengan panjang bersama celana denim, manakala Ben menyarung kemeja biru terang yang dipadankan bersama celana rona sedondon dan kasut Nike. Aktres berusia 55 tahun itu turut memakai cincin pertunangan di jari kelingking dan cincin ukiran ‘Jennifer’ pada jari manisnya.
Dua daripada tiga anak Ben iaitu Seraphina dan Samuel, juga anak kembar Jennifer, Emme dan Max dirakam memasuki hotel bersama mereka. Kelibat bekas isteri Ben, Jennifer Garner turut dilihat meninggalkan hotel bersama anak-anaknya selepas makan tengah hari.

Foto: Thecelebrityfinder/MEGA

Foto: NewsYourCelebs/SplashNews.com
Perkahwinan Ben Affleck & Jennifer Lopez
Pertemuan semula pasangan ini berlaku selepas sebulan Jennifer menfailkan perceraian terhadap Ben pada ulang tahun kedua perkahwinan mereka, 20 Ogos 2024.
Alasan perceraian yang tertulis dalam dokumen mahkamah adalah ‘tiada persefahaman’. Penyanyi itu mencatat 26 April sebagai tarikh perpisahan mereka.
Pada bulan Ogos, Jennifer membuat permohonan untuk menukar nama rasminya daripada Jennifer Lynn Affleck kepada Jennifer Lynn Lopez. Dia mengambil nama keluarga Ben secara rasmi selepas mereka mendirikan rumah tangga pada Julai 2022.
Selepas berpisah, Ben yang dikaitkan dengan aktres Kick Kennedy berpindah ke rumah agam bernilai RM92 juta yang baru dibelinya di Pacific Palisades manakala Jennifer pula masih mencari rumah idamannya.
Foto: Fox News
Pautan berkaitan: BELUM SAH BERCERAI, BEN AFFLECK SUDAH TEMUI PENGGANTI JENNIFER LOPEZ?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FOTO ROMANTIS TOM CRUISE & ANA DE ARMAS MENGUNDANG PERHATIAN
Aktor Top Gun dan aktres Blonde itu dirakam bersama pada Jumaat lalu selepas tiba di London Heliport menaiki helikopter.
DETIK FESYEN RYAN REYNOLDS & BLAKE LIVELY YANG PALING DIINGATI
Pasangan popular Hollywood, Ryan Reynolds dan Blake Lively berjaya mencuri perhatian dengan fesyen memukau menerusi stail karpet merah dan gaya jalanan.
JENNIFER LOPEZ & BEN AFFLECK CAPAI KATA SEPAKAT BERHUBUNG PERCERAIAN
Kisah cinta epik Jennifer Lopez dan Ben Affleck secara rasminya berakhir selepas perceraian mereka dimuktamadkan pada 7 Januari 2025.
JENNIFER LOPEZ BERKONGSI HIKMAH PERCERAIAN DENGAN BEN AFFLECK
Ibu kepada sepasang kembar ini berkongsi bagaimana perceraian dengan Ben Affleck membuka matanya yang selama ini tertutup rapat.
KEKASIH BARU? JENNIFER LOPEZ DIRAKAM BERPEGANGAN TANGAN DENGAN JEJAKA TAMPAN
Selepas tiga bulan menfailkan perceraian terhadap Ben Affleck, Jennifer Lopez mencuri perhatian apabila dilihat bersama seorang jejaka kacak.
BELUM SAH BERCERAI, BEN AFFLECK SUDAH TEMUI PENGGANTI JENNIFER LOPEZ?
Belum seminggu Jennifer Lopez menfailkan perceraian, Ben Affleck sudah pun meneruskan kehidupannya dan mencari cinta baharu.