Dr Lutfi dinobatkan United Nations Young Leader
Teks: Putra Mokhter

Pengasas & CEO Hospital Beyond Boundaries (HBB), Dr. Mohd Lufti Fadil Lokman , 28, telah dipilih sebagai salah seorang penerima United Nation Young Leader dari senarai 18,000 pencalonan daripada 186 buah negara di seluruh dunia. Hanya 17 individu serata dunia diberi penghormatan itu tahun ini.
Hasil kejayaannya dinilai dari pertubuhan Hospital Beyond Boundaries (HBB) yang bersifat unik berbanding badan kebajikan lain yang hanya mengharapkan derma semata-mata. HBB mempraktikkan model social enterprise demi memberi khidmat perubatan kepada golongan yang memerlukan, sambil mengusahakan perkhidmatan itu dengan tujuan membangunkan ekonomi masyarakat setempat.
Menurut UN, HBB telah dipilih untuk menggalakkan usaha-usaha meningkatkan taraf hidup dalam komuniti sasaran dengan konsep Sustainable Development Goals sebagai teras aktiviti-aktiviti mereka yang menggalakkan kemakmuran di samping melindungi planet ini. Dr Lutfi berkata penubuhan HBB adalah satu impian yang difikirkannya selepas kemalangan yang menyebabkan dia dimasukkan ke hospital. Organisasi yang diasaskannya pada 2012 dengan rakannya, Dr Wan Abdul Hannan Wan Ibadullah, kini komited untuk memastikan penjagaan kesihatan boleh diakses melalui klinik komuniti yang dikendalikan di Kemboja dan Malaysia.
“Kini kami sedang membina hospital untuk ibu-ibu mengandung di Kemboja, dijangka dibuka awal 2017,” jelas Dr. Lutfi Fadil Lokman. Di Kuala Lumpur, HBB menyediakan klinik bergerak untuk golongan gelandangan, dengan rancangan membina klinik dalam masa terdekat ini, seperti yang telah dibuka di Kemboja sejak 2015.
“Kami amat mengalu-alukan sukarelawan!” kongsinya lagi. “Dan jangan risau jika anda tidak punyai kepakaran dalam perubatan. Malah, lebih daripada 50% sukarelawan HBB bukannya dari bidang perubatan. Kerana kami juga memerlukan khidmat nasihat kewangan, arkitek, tenaga kerja dan sebagainya untuk membantu membina dan menjalankan sesebuah hospital atau klinik.”
Apa erti menjadi ‘Anak Malaysia’ pada kamu?
Seseorang yang punyai jati diri kesatuan tanpa mengira bangsa ataupun agama. Dia haruslah menjadi diri sendiri dalam mendekatkan diri dengan masyarakat majmuk. Yang penting, punyai nationalisme terhadap negara. Di mana kamu akan tetap pertahankan negara walau apa keadaan sekali pun.
Apa yang paling kamu gemar tentang Malaysia?
Kemajmukan kita. Kita amat terbuka dan lebih toleransi terhadap kepelbagaian budaya. Dan pastinya, our food is one of the best in the world! Juga, kita boleh menjadi apa pun yang kita impikan. Bagi saya, that’s the Malaysian dream.
GLAM Lelaki mengucapkan ribuan tahniah kepada Dr. Mohd Lufti atas pencapaiannya dan kami senantiasa menyokong kerja murni yang dilakukan. Syabas!
Sekiranya anda ingin membantu atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti Hospitals Beyond Boundaries, emel saja ke enquiries@hbb.org.my
Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.
‘BOOK CLUB’ KINI MENJADI OBSESI BAHARU GENERASI MUDA
'Book Club' kini menjadi ruang digital detox buat anak muda. Ketahui mengapa komuniti literasi di Malaysia semakin berkembang pesat.
LIGHTING THE PATH: DUA DEKAD REVOLUSI SOSIAL CARTIER
Raikan 20 tahun Cartier Women’s Initiative 2026 di Bangkok. Terokai inovasi 30 usahawan wanita global menerusi tema "Lighting the Path".











