Skip to content

DULANG BOYS DAN BRIDESMAID FATTAH AMIN & AMIRA OTHMAN CURI TUMPUAN

Kongsikan artikel ini

Majlis perkahwinan selebriti terkenal Fattah Amin dan Amira Othman bukan sahaja menjadi bualan kerana momen penuh romantis pasangan mempelai, tetapi juga penampilan memukau barisan dulang boys dan bridesmaid yang mencuri tumpuan lensa kamera.

Dikenali antara “wedding of the year”, kehadiran rakan-rakan terdekat yang tampil bergaya dalam persalinan sedondon memberi sentuhan glamor dan eksklusif pada majlis. Bridesmaid menyerlah dengan busana yang mengekalkan aura anggun serta moden, manakala groomsmen pula melengkapi suasana dengan gaya maskulin yang serba kemas.

DULANG BOYS “SETULUS TAKDIR”

Lima jejaka yang dikenali sebagai Dulang Boys tampil segak dalam persalinan baju Melayu lengkap beserta sampin daripada Elrah Eksklusif berwarna sage green. Mereka terdiri daripada Bell Ngasri, Zakwan Hasni, Arjuna Nagora, Alvin Chong, dan Rangga Nattraa, yang masing-masing menyerlahkan karisma tersendiri sepanjang majlis. Kehadiran mereka bukan sekadar penyeri, malah menghidupkan lagi aura persaudaraan dalam perkahwinan penuh adat ini.

#Bell Ngasri

Kehadiran Bell menjadi antara sorotan utama semalam. Walaupun usianya sudah jauh berbeza dengan Dulang Boys lain, pesonanya tetap menyerlah. Menjadikan beliau sebagai “scene-stealer” yang mencetuskan senyuman ramai. Malah, ramai yang menganggap kehadiran Bell sebagai bukti bahawa aura dan karisma tidak pernah pudar, menjadikannya antara figura paling diingati dalam majlis ini.

dulang boys dan bridesmaid

#Alvin Chong

Penyanyi dan pelakon versatil ini turut mencuri perhatian dengan kehadirannya. Alvin menyerikan lagi barisan Dulang Boys dengan aura bintang tersendiri. Ramai tetamu serta peminat menyifatkan kehadiran Alvin sebagai penyeri majlis, membawa sentuhan glamor dan “idol energy” yang melengkapkan barisan “Dulang boys” pada hari bersejarah itu.

Zakwan Hasni, Arjuna Nagora & Rangga Nattraa

Ketiga-tiga jejaka ini tampil dengan gaya segar dan karisma tersendiri, melengkapkan barisan dulang boys. Zakwan yang semakin menonjol dalam dunia fesyen. Arjuna dengan bakat lakonan yang kian menyerlah. Serta Rangga sebagai figura kreatif berbakat. Menjadikan keseluruhan barisan Dulang Boys tampak seimbang antara pengalaman, populariti dan pesona muda.

BRIDESMAID JELITA 

Sementara itu, barisan bridesmaids tampil anggun dengan busana sedondon, memperlihatkan keanggunan dan keakraban mereka bersama mempelai. Terdiri daripada Qasrina Karim, Ernie Zakri, Tasha Manshahar, Wany Hasrita, Anzalna Nasir, Hawa Rizwana, dan Nabila Razali. Kesemua mereka merupakan rakan sekerja serta sahabat rapat kepada Amira Othman dan Fattah Amin. Sentuhan mesra serta kehadiran mereka menambah warna dan makna kepada majlis bersejarah itu.

 

Majlis “Setulus Ikhlas” nyata bukan sahaja meraikan cinta Fattah Amin dan Amira Othman, tetapi turut menonjolkan eratnya ikatan persahabatan serta sokongan rakan-rakan terdekat, Bell Ngasri hinggalah ke Alvin Chong. Barisan Dulang Boys dan Bridesmaids benar-benar mencuri tumpuan dalam perkahwinan penuh adat dan memori ini. Glam Lelaki mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat pasangan mempelai, Fattah Amin dan Amira Othman. Semoga ikatan “Setulus Ikhlas” ini kekal bahagia, mekar dengan cinta dan penuh keberkatan hingga ke akhir hayat.

Artikel Berkaitan: FATTAH AMIN DAN AMIRA OTHMAN SAH BERNIKAH 14 SEPTEMBER INI

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BINTANG K-POP DENGAN AURA FESYEN TERKUAT TAHUN 2025

BINTANG K-POP DENGAN AURA FESYEN TERKUAT TAHUN 2025

Bacaan Lanjut
5 KASUT MESTI ADA BULAN DISEMBER INI

5 KASUT MESTI ADA BULAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut

HYROX: 5 NAMA YANG AKTIF BERTANDING DALAM ARENA KECERGASAN GLOBAL

Bacaan Lanjut
taufiq johari

KENALI MENTERI BELIA DAN SUKAN BAHARU, DR. MOHAMMED TAUFIQ JOHARI YANG BARU BERUSIA 29 TAHUN

Bacaan Lanjut

COACH HIDUPKAN DUNIA FANTASI MUSIM PERAYAAN DENGAN TIGA POP-UP ISTIMEWA

Bacaan Lanjut

TOTAL GROOMING CHECK: SELEBRITI LELAKI PALING FIT 2025

Bacaan Lanjut