Skip to content

ENGGAN KUTIP DERMA BANJIR DI KELANTAN, 5 PERKARA BUAT KHAIRUL AMING DIKAGUMI ANAK MUDA!

Kongsikan artikel ini
1 of 5

Tentu sekali GLAM Lelaki tidak perlu perkenalkan Khairul Aming atau lebih popular dengan nama singkatan K.A ini telah membawa perubahan baharu dalam kehidupan anak muda dan sentiasa mengharumkan nama negara.

Pencipta kandungan digital, personaliti media sosial, dan usahawan Malaysia yang terkenal dengan video masakan kreatif dan produk sambalnya, Sambal Nyet. Pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekanikal) daripada  Universiti Vanderbilt, Amerika Syarikat dilahirkan pada 25 September 1992 di Kota Bharu, Kelantan.

Mula dikenali melalui siri video 30 Hari 30 Resepi yang dimulakan pada tahun 2018, di mana beliau berkongsi satu resipi setiap hari sepanjang bulan Ramadan. Pendekatan unik dan gaya penyampaian yang mesra menjadikannya popular di kalangan penonton.

Produk Paling Laris

Sejak pelancaran Sambal Nyet dan Dendeng Nyet Berapi, produk ini telah mencipta fenomena luar biasa di Malaysia. Pada tahun pertamanya sahaja, Khairul Aming berjaya menjual sebanyak 540,000 botol sambal, yang menghasilkan pendapatan sekitar RM7.5 juta. Prestasi cemerlang ini tidak terhenti di situ, apabila pada tahun 2022, jualan Sambal Nyet melonjak kepada RM14 juta, menunjukkan betapa kuatnya permintaan terhadap produk ini di pasaran. Kejayaan ini turut diiktiraf apabila Khairul Aming dianugerahkan gelaran Penjual Baharu Terbaik dan Khidmat Pelanggan Terbaik oleh syarikat e-perdagangan terkemuka, Shopee. Pengiktirafan ini mencerminkan bukan sahaja kualiti produk beliau tetapi juga dedikasinya dalam memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan.

Sambal Nyet Berapi/Deng Deng Nyet by Khairulaming HALAL (🇲🇾Malaysia's – Market of Random

1 of 5

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 RESEPI BERBUKA MUDAH KHAIRUL AMING UNTUK LELAKI ‘SINGLE’ CUBA

Bacaan Lanjut

KENAPA REMBAYUNG SUDAH VIRAL SEBELUM DIBUKA; DAN APA YANG ISTIMEWA TENTANGNYA

Bacaan Lanjut

5 INFLUENCER MASAKAN YANG BERPENGARUH 2025

Bacaan Lanjut