ERNIE ZAKRI TERUS MENCIPTA FENOMENA DALAM KERJAYA MUZIK
Kejayaan demi kejayaan terus mengekori langkah penyanyi bersuara mantap dan merdu, Ernie Zakri.
Pelantun lagu Aura yang merangkul trofi Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-39 itu berjaya melakar satu lagi sejarah dalam perjalanan kerjayanya.
Masing Masing, lagu duetnya bersama komposer Indonesia, Ade Govinda diiktiraf sebagai pemegang rekod lagu nombor satu paling lama bertahan dalam carta domestik RIM.
Pengiktirafan itu diterimanya daripada Industri Rakaman Malaysia Persatuan Kebangsaan Malaysia untuk Persekutuan Antarabangsa dari Industri Fonografik (INFPI). Masing Masing melakar sejarah dengan mendominasi carta selama 27 minggu.

Foto: Instagram
Ernie Zakri Pukau Peminat Nusantara
Selepas pelancaran lagu Masing Masing yang dimuatkan dalam album terbarunya berjudul Aura, Ernie terus mengungguli carta-carta muzik. Bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di negara-negara jiran termasuk Indonesia dan Singapura.
Ernie adalah bukti kejayaan terbesar untuk inistiatif ‘Nusantara’ yang dijalankan Universal Music Malaysia, menurut pengarah urusan Kim Lim. Dengan lebih 130 juta penstriman di Spotify, Masing Masing menjadi lagu Melayu paling banyak distrim menerusi platform itu.
“Ernie meraih pengiktirafan mengagumkan sebagai artis sulung Malaysia melakar sejarah menduduki tangga tertinggi carta IFPI di tiga negara iaitu Indonesia, Malaysia, dan Singapura dengan Masing Masing.
“Kini inisiatif untuk terus maju ke depan adalah dengan menfokuskan kepada strategi Ernie. Iaitu menguatkan lagi hubungannya bersama peminat menerusi pengalaman menyantuni peminat setianya.
“Ia termasuk melancarkan lebih banyak lagu, tingkatkan interaksi dengan peminat di aneka platform, dan merancakkan lagi acara persembahan secara langsungnya. Itu adalah sebahagian kunci penting visi kami buat Ernie pada masa mendatang,” katanya.
Pautan berkaitan: ERNIE ZAKRI CIPTA SEJARAH DI PENTAS ANUGERAH INDONESIA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ERNIE ZAKRI CIPTA SEJARAH DI PENTAS ANUGERAH INDONESIA
Rezeki mengiringi penyanyi genit bersuara merdu, Ernie Zakri apabila dinobat sebagai pemenang anugerah Soundtrack Sinetron Paling Ngetop di Anugerah Muzik SCTV 2024.