Skip to content

EWAN MCGREGOR DIKURNIA BINTANG HOLLYWOOD WALK OF FAME

EWAN MCGREGOR DIKURNIA BINTANG HOLLYWOOD WALK OF FAME

Kongsikan artikel ini

Kebelakangan ini ramai selebriti dianugerahkan bintang Hollywood Walk of Fame. Selepas Chris Hemsworth, penerima terkini adalah Ewan McGregor.

Aktor yang memainkan watak Obi-Wan Kenobi dalam trilogi prekuel Star Wars dilihat terharu kala menerima pengiktirafan yang menjadi dambaan ramai bintang Hollywood itu.

Lebih istimewa apabila bintangnya diletakkan bersebelahan Carrie Fisher, aktres yang menggalas watak Princess Leia dalam francais asal Star Wars.

“Sebelum ini saya tidak dapat membayangkan perasaannya, atau apakah maksudnya menerima pengiktirafan ini. Namun kini saya tahu ia terasa hebat, dan saya amat tersentuh dengan penghargaan yang diberikan kepada saya.

“Saya juga terharu kerana berada dekat dengan kawan lama saya Carrie Fisher di atas kaki lima ini, ia sesuatu yang amat bermakna buat saya,” katanya.

Ewan McGregor Hollywood Walk of Fame

Foto: YouTube

Lagi Penerima Bintang Hollywood Walk Of Fame Selain Ewan McGregor

Ewan menjadi bintang ke-2,789 yang namanya dipahat di atas kaki lima terkenal si luar Teater El Capitan, Hollywood Boulevard.

Aktor asal Scotland ini merupakan salah seorang daripada barisan pelakon, pengarah dan selebriti yang dianugerahkan bintang Hollywood Walk of Fame untuk Kelas 2024.

Seramai 31 selebriti dikurniakan bintang sepanjang tahun ini. Aktres Malaysia yang mencipta nama di Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh juga dilaporkan akan menerima pengiktirafan sama.

Selain bintang kelahiran Ipoh Perak itu, pelakon lain yang bakal diberi pengiktirafan sama adalah mendiang Chadwick Boseman, Julia Roberts, Maggie Gyllenhaal, Chris Pine dan Ken Jeong.

Penyanyi pula termasuk 50 Cents, Dr Dre dan Gwen Stefani. Turut tersenarai adalah Presiden Marvel Studios Kevin Feige, pengarah filem Spike Lee dan bekas supermodel Cindy Crawford.

Perkara itu diumumkan Hollywood Chamber of Commerce yang turut memaklumkan bahawa senarai pendek dinilai daripada ratusan pencalonan yang diterima pada 16 Jun 2023.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: NAMA MICHELLE YEOH BAKAL DIPAHAT DI HOLLYWOOD WALK OF FAME

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

CHRIS HEMSWORTH TERIMA PENGIKTIRAFAN BINTANG HOLLYWOOD WALK OF FAME

CHRIS HEMSWORTH TERIMA PENGIKTIRAFAN BINTANG HOLLYWOOD WALK OF FAME

Bacaan Lanjut
EWAN MCGREGOR KEMBALI BERGELAR SUAMI

EWAN MCGREGOR KEMBALI BERGELAR SUAMI

Bacaan Lanjut

EWAN MCGREGOR KEMBALI SEBAGAI JEDI MASTER DALAM SIRI OBI-WAN KENOBI

Bacaan Lanjut