FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN AZIZ HARUN
Editor & arahan kreatif: JOHAN KASSIM, Pereka grafik: HILMAN HISHAM, Grooming: EL MANDA ZUHAIRY Dandanan: YUSOF RUZAIMI Gambar: EDMUND LEE, Teks/Temubual: BATRISYIA FAISAL

Anda telah berada dalam industri selama 11 tahun. Bagaimana pengalaman anda mempengaruhi muzik anda?
Saya bermula pada tahun 2014, ketika saya berumur 16 tahun. Jadi, muzik telah membesar bersama saya, seperti yang boleh dilihat di dalam single pertama saya hingga sekarang. Kehidupan telah mengubah banyak benda buat saya. Cara penulisan dan topik yang ditulis oleh saya telah bertambah matang dan peribadi. Jadi, untuk mengenali Aziz Harun, anda hanya perlu dengarkan diskografinya.
Siapa atau apa yang memberi inspirasi kepada anda dalam kehidupan seharian, di luar muzik?
Saya menghormati ramai nama-nama seni di Malaysia. Salah seorang nya ialah Faizal Tahir. Dia mempunyai keluarga yang besar dan cara dia membahagikan masanya buat kerjaya dan keluarga amat saya kagumi. Selain itu, Mike Chan yang merupakan juga pemilik bersama Faithful Music. Cara dia bekerja keras sepanjang masa membuatkan saya menghormatinya. Yang terakhir, bapa saya. Seorang yang telah melalui pelbagai cabaran, tetapi masih melakukan yang terbaik dalam segala perkara.
Apabila anda mengalami ‘creative block’, apakah perkara pertama yang anda lakukan untuk keluar daripadanya?
Selalunya, saya akan berehat dan melancong ke luar atau dalam negara seperti Pulau Pinang atau mana-mana yang berdekatan untuk mengambil masa berehat, untuk set semula diri saya. Selain itu, antara yang saya suka lakukan baru-baru ini ialah mendengar genre-genre yang jarang saya dengari seperti Queen dan Elton John, sesuatu yang bukan berada di dalam playlist saya dan ia amat membantu saya dalam mendapat inspirasi semula.

Pernahkah anda mendapat inspirasi daripada sesuatu yang tidak disangka ketika mengalami ‘creative block’?
Bagi saya, ia seringkali berlaku. Sebagai contoh beberapa hari lepas merupakan hari kelahiran ibu saya. Sebelum ini, saya tidak pernah terfikir untuk menuliskan lagu buatnya. Saya sempat berbual dengan ibu saya pagi itu dan secara tiba-tiba, pada malam yang sama, saya terfikir untuk menulis lagu buatnya. Perkara rawak seperti itu seringkali berlaku.
Apakah projek atau perancangan masa depan anda dalam kerjaya?
Jadi buat masa ini, selepas raya saya akan melancarkan single terbaru. Selepas itu, saya akan fokus dengan kolaborasi bersama artis dari Indonesia, Nadhif Basalamah dan Aisha Retno. Selain itu, sebuah album bakal dilancarkan oleh saya pada hujung tahun ini. Tiada lagu raya untuk tahun ini haha! Kami sudah fokus dan menghabiskan banyak tenaga buat Ketipak Ketipung Raya tahun lalu jadi tahun ini kami bakal berehat sebentar. Tetapi, kami bakal keluarkan versi live pada tahun ini, sesuatu yang baharu.
Artikel berkaitan: FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN ZAKI YAMANI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD
Menterjemah secara literal setiap inspirasi sinematik, kolaborasi seni Ed Ruscha dan Dior Cruise 2027 oleh Jonathan Anderson di Los Angeles.
ONITSUKA TIGER X MALAYSIA, HADIRKAN MEXICO 66™ DAN BAJU T YANG PENUH GAYA
Onitsuka Tiger melancarkan koleksi eksklusif Malaysia menampilkan siluet ikonik MEXICO 66™ dan baju T edisi terhad.
LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI KESUKAAN ‘FASHIONISTA’ TEMPATAN
Terokai jenama fesyen Indonesia seperti Dominate, Elhaus, dan Imaji Studio yang menjadi kegilaan peminat fashionista tempatan di Malaysia.
LANGKAH BERGAYA 2026: KOLEKSI SNEAKERS LELAKI PALING ‘HOT’ MUSIM INI
Terokai trend kasut lelaki paling hangat 2026. Dari gaya retro Nike Zoom Vomero 5 hingga ke Air Jordan 5, tingkatkan gaya maskulin anda.
5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR
Tingkatkan karisma anda dengan sut yang sempurna. Terokai 5 lokasi tempahan 'suit' custom terbaik di Kuala Lumpur untuk gaya versatil.
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.











