FAHD DHAF, “MATLAMAT UTAMA SAYA ADALAH UNTUK DAPAT BERJALAN UNTUK PEREKA DI PARIS ATAU MILAN FASHION WEEK.”
GLAM Lelaki menemu bual model Fahd Dhaf mengenai cita-cita dan impiannya sebagai model di Malaysia.
KONGSI SEDIKIT TENTANG PERJALANAN ANDA KE DALAM INDUSTRI MODELLING DAN KOMERSIAL? APA YANG MEMBERI INSPIRASI KEPADA ANDA UNTUK BERMULA?
Saya mula menyertai industri modelling selepas wabak covid melanda iaitu pada tahun 2021 dan debut pertama saya ialah KL Fashion Week 2021. Saya masih belajar di universiti ketika itu.
Saya berjalan untuk satu persembahan sahaja iaitu Neonate. Sebenarnya, saya tidak pernah merancang untuk menjadi model, saya keluar dari zon selesa dan menerima tawaran berjalan untuk jenama mereka.
Semasa KL Fashion Week 2022, saya menyertai ‘model casting’ dan dengan rasa tidak percaya saya memenangi Carian Model Samsung KLFW. Saya berjaya berjalan dan memperagakan koleksi untuk 20 pereka pada tahun itu dan ia adalah kemuncak kerjaya saya kerana lebih ramai orang dalam industri mula menyedari saya sebagai wajah segar.
Memandangkan saya tidak terikat dengan mana-mana agensi, saya mula mendapat tawaran kempen jenama antarabangsa dan tempatan, iklan komersial daripada pengesyoran orang ramai dan belajar sendiri tentang cara industri berfungsi untuk meningkatkan prestasi saya. Saya mula menyukai dan menikmati lebih banyak perkara yang saya lakukan kerana ia adalah satu kepuasan untuk melihat diri saya di papan iklan, di kedai dan lain-lain.
Pada akhir tahun 2023, saya menjadi viral kerana video graduasi saya di TikTok. Saya mengambil kesempatan itu untuk memperkenalkan diri saya sebagai model kerana jenama besar mula mendekati saya untuk bekerjasama. Malah pernah ditemu bual di stesen radio/TV. Alhamdulillah saya mendapat lebih ramai klien dan makin dikenali kerana orang biasa juga mengenali saya sebagai model. Oleh itu, lebih banyak pengiktirafan dan pengesyoran.
Kempen besar, ikan terus datang dan ia adalah perjalanan yang memberkati melihat kembali semua perjuangan apabila saya teringat yang saya bermula dari kosong.
BAGAIMANAKAH ANDA MENGURAIKAN GAYA PERIBADI ANDA? ADAKAH IA BERKEMBANG DARI MASA KE SEMASA?
Saya akan katakan gaya kasual jalanan kerana saya suka pakaian minimal dan mungkin lebih menumpukan pada siluet/proportion pakaian berbanding yang berlogo besar. Kini, saya lebih cenderung kepada gaya jalanan London/Jepun dan sedikit lebih berani memakai warna-warna cerah berbanding palet rona tanah kegemaran saya.
BAGAIMANAKAH ANDA SENTIASA ‘UPDATE’ DENGAN TREND DAN GAYA FESYEN TERKINI?
Saya sentiasa melihat pada gaya kawan-kawan saya. Apa yang mereka pakai kerana kebanyakannya meminati fesyen dan mereka boleh menggayakan lebih baik daripada saya. HAHA.
ADAKAH TERDAPAT SEBARANG ALIRAN ATAU GAYA KHUSUS YANG ANDA TERUJA ATAU FIKIRKAN AKAN MENJADI HEBAT PADA MUSIM HADAPAN?
Saya percaya stail pakaian sukan retro kembali menjadi trend kini kerana jenama besar membawa balik koleksi arkib mereka untuk keluaran umum. Saya meminati sukan seperti berlari, mendaki dan mencampurkannya dengan sedikit penataan gaya tertentu pastinya kelihatan bergaya.
BOLEHKAN ANDA KONGSI TENTANG KERJA YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?
Saya mendapat penempatan model pertama saya di luar Malaysia iaitu di Jakarta selama tiga minggu. Saya telah menandatangani kontrak dengan agensi yang ditubuhkan di sana iaitu Wynn Models (sedihnya sekarang tiada lagi). Saya berjaya berjalan untuk beberapa pereka di Minggu Fesyen Indonesia 2023. Saya mendapat penggambaran kempen dan digandingkan dengan pelakon terkenal di sana. Seronoknya, saya juga sempat menjalani sesi ‘test shoot’ bersama jurugambar fesyen terkenal Indonesia (@npmalina) sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Pastinya satu pengalaman baru yang sangat tidak dapat saya lupakan.
WHAT ADVICE WOULD YOU GIVE TO ASPIRING MODELS LOOKING TO GROW THEIR PRESENCE?
Saya fikir kita perlu sentiasa menjadi orang yang tulen dengan sentiasa berbuat baik kepada semua orang. Kekalkan hubungan baik dengan orang ramai terutamanya dalam industri walaupun mereka tidak memberi keuntungan kepada anda kerana kita tidak akan tahu suatu hari nanti, mereka akan menjadi seseorang. Teruskan mengimpi kerana rezeki akan datang tepat pada masanya.
PROJEK TERKINI?
Saya ke Singapura baru-baru ini untuk penggambaran kempen untuk Levi’s SEA. Tak sabar nak kongsi setelah ia keluar pada awal tahun depan.
SIAPA JENAMA ATAU PEREKA IMPIAN ANDA UNTUK BEKERJA SAMA?
I would say it is definitely Saint Laurent. Untuk jenama, saya sangat berminat untuk bekerja dengan Aimé Leon Dore.
APAKAH YANG ANDA INGIN KECAPI SEBELUM MEMASUKI UMUR 30 TAHUN?
Matlamat utama saya adalah untuk dapat berjalan untuk pereka di Paris atau Milan Fashion Week. Dan mempunyai profil saya sendiri yang stabil di models.com. Saya juga berminat untuk mempunyai perniagaan sendiri, sama ada dalam industri F&B, pakaian atau ‘car detailing’.
Artikel berkaitan: MUQH MAZELAN, “MODELLING BUKAN SAHAJA TENTANG RUPA. IT’S ABOUT YOUR STYLE, YOUR CHARACTER AND YOUR PERSONALITY.”
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RECAP KLFW 2025: 10 MODEL KLFW 2025 PILIHAN PENULIS GLAM LELAKI
KLFW 2025 kali ini bukan sahaja mengangkat rekaan dari pereka tempatan, malah model tempatan yang penuh bakat turut menjadi tumpuan ramai.
KHALIL WAHID, “JANGAN MUDAH TERPENGARUH DENGAN KOMEN NEGATIF!”
GLAM Lelaki bersembang dengan Khalil Walid. Dia mula menarik perhatian dengan kandungan memasak dengan gaya dan suntingan video tersendiri.
SETIAP LELAKI PERLU TAHU LIMA CARA INI UNTUK ELAK MULUT BERBAU BUSUK
Ketahui lima tips berkesan untuk mengelakkan mulut berbau busuk khas untuk lelaki.
KENALI JUSTIN WEIQING, WAJAH FESYEN LOKAL MASA KINI
Justin Weiqing merupakan wajah baharu dalam dunia fesyen. Bermula sebagai model dan kini beralih fokus ke dalam bidang penciptaan kandungan digital pula.
SHUKRI YAHAYA KEKAL RELEVAN DAN CEMERLANG SEBAGAI PELAKON DRAMA & FILEM MESKI SUDAH 13 TAHUN DALAM INDUSTRI
Shukri berkongsi sisi peribadinya; tentang watak yang mencabar minda, penghijrahan isteri tercinta, definisi kejayaan sebenar dan rahsia untuk terus bersyukur meski berada di puncak populariti.
TOP 7: MODEL BARU LELAKI DI SEBALIK RUNWAY PALING HANGAT
Peragaan fesyen lelaki tahun 2025 telah mengubah stigma masyarakat. Ini senarai model baru lelaki tahun 2025 di pentas fesyen global.