Skip to content

FAKTA MENARIK RAJA ARAB SAUDI, RAJA SALMAN ABDULAZIZ AL-SAUD

Kongsikan artikel ini

Hari ini, 26 Februari 2017 merupakan hari bersejarah buat negara kita Malaysia apabila menerima kunjungan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud yang dikhabarkan sudah pun mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA jam 10.32 pagi tadi.

Ihsan photo: Utusan Online

Ketibaan baginda disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta anggotan Kabinet yang lain. Lawatan baginda adalah untuk berbincang mengenai hubungan diplomatik dan ekonomi, selain isu lain seperti isu kuota haji. Namun siapakah sebenarnya baginda? Ini dia fakta-fakta menarik mengenai baginda yang sempat GL sediakan khas untuk anda.

1. Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dilahirkan pada 31 Disember 1935 dan membesar di Istana Murabba. Baginda kini berusia 82 tahun. Baginda mempunyai tujuh saudara dikenali sebagai Sudairi Seven.

2. Baginda menerima pendidikan awal di Prince’s School, Riyadh dalam bidang keagamaan dan sains moden, malah baginda telah menerima beberapa ijazah kehormatan dan akademik, antaranya Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Islam Madinah, Anugerah Prince Salman dan banyak lagi.

3. Baginda menaiki takhta sebagai Raja Arab Saudi ketujuh pada 23 Januari 2015.

4. Ini merupakan pertama kali baginda ke Malaysia iaitu negara Islam pertama di Asia yang dikunjungi sejak menaiki takhta.

5. Baginda juga merupakan Penjaga dua Masjid Suci di Arab Saudi.


Oleh Wan Mohd Firdaus, 26 Februari 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 PUTERI JELITA YANG BAKAL MEWARISI TAKHTA DI EROPAH

5 PUTERI JELITA YANG BAKAL MEWARISI TAKHTA DI EROPAH

Bacaan Lanjut
5 Filem Patriotik Malaysia Sempena Hari Kemerdekaan

5 FILEM PATRIOTIK MALAYSIA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN

Bacaan Lanjut
SULTAN IBRAHIM ANGKAT SUMPAH SEBAGAI AGONG KE-XVII

SULTAN IBRAHIM ANGKAT SUMPAH SEBAGAI YANG DI-PERTUAN AGONG KE-XVII

Bacaan Lanjut
5 PERKAHWINAN KERABAT DIRAJA YANG BERTAHAN LEBIH 50 TAHUN

5 PERKAHWINAN KERABAT DIRAJA YANG BERTAHAN LEBIH 50 TAHUN

Bacaan Lanjut

KENALI TENGKU MUHAMMAD, PUTERA DIRAJA PAHANG YANG MENCURI PERHATIAN RAKYAT SEMASA KEMBARA BORNEO

Bacaan Lanjut

7 SEBAB LELAKI RENDAH LEBIH BAGUS UNTUK WANITA

Bacaan Lanjut