Skip to content

FIZO OMAR TERUJA MENANTIKAN KEHADIRAN ANAK KEEMPAT

FIZO OMAR TERUJA MENANTIKAN KEHADIRAN ANAK KEEMPAT

Kongsikan artikel ini

Kehidupan Fizo Omar dan isteri, Fazeera Nazri Azrai bakal dimeriahkan dengan kehadiran seorang lagi cahaya mata tidak lama lagi.

Khabar gembira itu dikongsikan bersama peminat menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram. Dalam perkongsian itu, Fizo mengakui mereka sekeluarga tidak sabar mahu menerima kehadiran orang baru.

Aktor berusia 40 tahun itu juga sempat meluahkan harapan agar dua puterinya akan menjalankan tanggungjawab sebagai kakak dengan baik.

“Dapat adik baru. Alhamdulillah atas kurniaan ini. Kakak dan adik kena bersedia untuk menjadi kakak-kakak yang baik. Teruja nak sambut adik baru,” tulisnya.

Foto: Ohbulan!

Fizo Omar Bersyukur Dengan Rezeki Yang Diberi

Di ruangan kapsyen, aktor Pengantin Satu Malam itu meluahkan kesyukuran kerana dikurniakan lagi seorang zuriat.

“Cahaya mata nama diberi yang datang tak kira ruang dan waktu. Yakinlah pada lorong dan corong rezeki yang hadir daripada cahaya itu. Tidak salah firasatku, benarlah perjanjian dari yang Esa ini.

“Kami bersyukur kerana munculnya cahaya mata yang kami ada, sepi tak lagi terasa kerana tawa kecilnya pemecah kesunyian. Walau ada rintangan di waktu kesempitan, kami kekal percaya akan ada sinar rezeki setiap cahaya mata bagi meneruskan kehidupan di dunia ini.

“Alhamdulillah, kami bersyukur kepadaMu kerana kami tahu rezeki bukan dilimpah dalam bentuk kekayaan sahaja. Namun juga disimbah dalam bentuk kesihatan, cahaya mata dan ketenangan,” tulisnya.

Fizo Omar

Foto: Instagram

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 dan dikurniakan dua anak perempuan iaitu Wan Khaleeda, 3, serta Wan Umaira, 2.

Fizo memiliki seorang lagi cahaya mata perempuan, Wan Maryam, 7, hasil perkongsian hidupnya dengan bekas isteri, Mawar Karim.

 

Foto: Instagram

Pautan berkaitan: HADIAH ULANG TAHUN KELAHIRAN PALING BERMAKNA BUAT SYAFIQ FARHAIN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 BAPA PALING HANGAT DI MALAYSIA PILIHAN GLAM LELAKI

10 BAPA PALING HANGAT DI MALAYSIA PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
FIZO OMAR TERUJA MENANTIKAN KEHADIRAN ANAK KEEMPAT

FIZO OMAR KINI BAPA KEPADA DUA CAHAYA MATA

Bacaan Lanjut
FIZO OMAR TERUJA MENANTIKAN KEHADIRAN ANAK KEEMPAT

FIZO OMAR TAWAR DIRI SEBAGAI SUKARELAWAN

Bacaan Lanjut