FOTO WAJAH PUTERI KELIMA FIZZ FAIRUZ MENCURI PERHATIAN
Selepas dua bulan dilahirkan ke dunia, Fizz Fairuz dan isteri Almy Nadia akhirnya berkongsi wajah dan nama anak kelima mereka bersama peminat.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Almy memuat naik sebuah video dan beberapa foto perkembangan puterinya sekali gus mendedahkan namanya di ruangan kapsyen.
“Alhamdulilah, she puteri kelima Mama Papa dan adik kelima ya. Hari ini she dah dua bulan lebih, saja Mama tunjuk gambar she atas penimbang, sebab she sihat dengan jayanya. Nama she Nur Afrina Alisya, panggil she Alisya ya,” tulisnya.
Rakan selebriti dan peminat membanjiri ruangan komen dengan pujian. Rata-ratanya meluahkan rasa ‘geram’ melihat wajah dan fizikal Alisya yang begitu comel dan gebu.
“Comelnya, tahniah!” komen Fasha Sandha manakala Emelda Rosemila menulis, “Eiiii ‘bambamnya’ dia, comel.”
Keluarga Besar Fizz Fairuz & Almy Nadia
Pasangan pelakon ini menyambut kelahiran puteri kelima mereka pada 18 September lalu. Fizz berkongsi kegembiraan itu bersama peminatnya menerusi satu hantaran di Instagram.
“Alhamdulillah, isteri saya dah selamat melahirkan anak kelima saya. Terima kasih pada yang mendoakan. Amin,” tulisnya.
Fizz dan Almy disatukan sebagai suami isteri pada 26 April 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9, Nur Afrina Aurora, 8, Nur Afrina Ayra, 6, dan Nur Afrina Aisyah, 3.
Pasangan itu turut mempunyai seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisyah yang kini berusia lima tahun.

Foto: Instagram
Sebelum ini Almy pernah berkongsi bahawa dia bersyukur dengan rezeki anak yang dikurniakan kepada mereka sebaik saja pulang menunaikan Umrah pada hujung Disember 2023.
“Sebenarnya kami tak rancang untuk dapat anak kelima pun kerana saya sedang diet dan mahu menguruskan badan. Namun, kami terima dan bersyukur dengan rezeki dari Allah ini kerana Fizz memang mahukan anak yang ramai serta keluarga besar,” katanya menurut Harian Metro.
Foto: Instagram/NSTP
Pautan berkaitan: KEHIDUPAN SONG JOONG KI DISERIKAN DENGAN KEHADIRAN CAHAYA MATA KEDUA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TIMOTHEE CHALAMET & KYLIE JENNER DIRAKAM BERPEGANGAN TANGAN DI KOTA CINTA
Selepas menghadiri Golden Globes 2025, Timothee Chalamet dan Kylie Jenner sekali lagi membuat kemunculan bersama di tempat awam.
DILAMAR BENNY BLANCO, SELENA GOMEZ AKHIRNYA TEMUI KEBAHAGIAAN
Selepas beberapa kali gagal dalam percintaan, Selena Gomez melangkah ke fasa baru dalam hidup apabila dilamar teman lelakinya yang juga penerbit muzik terkenal.
BAKAL BERGELAR BAPA, ZACHARY LEVI TERUJA IMPIANNYA MENJADI NYATA
Kehidupan aktor Shazam!, Zachary Levi bakal diserikan dengan kehadiran cahaya mata tidak lama lagi.
TINJAU RUMAH AGAM MEWAH BAHARU MILIK DAVID BECKHAM & VICTORIA
Pasangan Beckham sememangnya terkenal dengan portfolio hartanah di seluruh dunia. Kini, David dan Victoria menambah satu lagi aset mewah ke dalam ‘koleksi’ mereka.
ED WESTWICK BAKAL TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA
Baru dua bulan memegang status suami, Ed Westwick bakal menggalas peranan sebagai bapa pula tidak lama lagi.
KEMUNCULAN TOM HOLLAND & ZENDAYA DALAM PERSALINAN SEDONDON MENCURI PERHATIAN
Zendaya dilihat hadir ke majlis pelancaran Bero, jenama bir tanpa alkohol milik teman lelakinya di New York City baru-baru ini.