GAJI PUTERA WILLIAM DIDEDAHKAN, BAKAL PEROLEH EMPAT KALI GANDA TAHUN INI
Gelaran putera raja datang dengan ‘pakej’ pendapatan tahunan yang cukup lumayan, seperti yang diterima Putera William.
Menurut laporan, Putera Wales menerima sebanyak RM35.5 juta daripada Duchy of Cornwall pada tahun kewangan 2022-2023. ‘Durian runtuh’ itu diperolehinya selepas mewarisi wilayah warisan bapanya, Raja Charles III yang diangkat sebagai Raja Britain selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II. Dengan peranan barunya sebagai Duke of Cornwall, Putera William kini berhak mendapat keuntungan Duchy setiap tahun. Untuk tahun 2022-2023, ia mencatat keuntungan bersih sebanyak RM142.3 juta.
Duchy adalah estet persendirian yang dimulakan oleh Raja Edward III pada tahun 1337. Ia bertujuan untuk memberi kebebasan kepada anak lelakinya dan diturunkan kepada pewarisnya. Tradisi ini diteruskan selama bertahun-tahun dan Putera Wales merupakan Duke ke-25 yang menerima dana itu untuk membiayai aktiviti amal, awam dan swasta.

Duchy of Cornwall. Foto: Getty Images
Tahun lalu estet persendirian itu memperoleh kira-kira RM134.9 juta, bermakna terdapat peningkatan hampir RM7.4 juta. Putera Wales sepatutnya menerima keseluruhan jumlah keuntungan daripada Duchy iaitu RM142.3 juta. Bagaimanapun dia mendapat sebahagian sahaja memandangkan dia mewarisi tanah pusaka itu pada pertengahan tahun.
Jumlah keuntungan itu dibahagikan antara Raja Charles dan Putera William. Raja Charles yang merupakan bekas Duke of Cornwall menerima RM67.3 juta manakala Putera Wales pula sebanyak RM75 juta. Bagaimanapun pasukan Duchy of Cornwall diminta untuk menympan sebahagian keuntungan berjumlah RM39.5 juta untuk perbelanjaan operasi. Maka disebabkan itu Putera William hanya memperoleh RM35.5 juta.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MENGAPA PUTERA WILLIAM & KELUARGA SERING MENYARUNG PERSALINAN BIRU?
Sukar untuk melihat Putera William dan anak isterinya memakai warna lain selain biru, seolah-olah ia adalah peraturan. Apakah sebabnya?
10 PASANGAN DIRAJA & KISAH PERTEMUAN PERTAMA MEREKA
Sama seperti orang lain, pasangan Diraja juga mempunyai kisah cinta unik mereka sendiri untuk diceritakan.
KATE MIDDLETON & PELANGGARAN PROTOKOL DIRAJA BERPISAH TIADA
Kate Middleton terus-terusan mempamerkan rasa tidak hormat terhadap protokol Diraja walaupun setelah bergelar Puteri Wales.
“SAYA LEBIH BERANI DARIPADA WILLIAM” – KATE MIDDLETON MENGENAI ‘VIAGRA’ CARIBBEAN
Kate Middleton mempamerkan keberaniannya bereksperimen dengan hidangan afrodisiak Caribbean ketika mengadakan lawatan ke kepulauan itu.
MENGAPA KELESTARIAN ALAM MENJADI KEUTAMAAN KERABAT DIRAJA BRITAIN?
Perubahan iklim dan kemampanan alam sekitar menjadi misi filantrofi utama kerabat Britain yang diturunkan dari generasi ke generasi.
PATUNG LILIN PUTERA WILLIAM & KATE MIDDLETON DIANGGAP MENGERIKAN
Sebuah muzium lilin di Poland dikecam di media sosial kerana memaparkan patung Putera dan Puteri Wales yang dikategorikan sebagai gagal.