Skip to content

GENERASI GL: "BAGI SAYA, EVOLUSI FESYEN BUKAN SEKADAR BERGERAK KE HADAPAN." - ADAM KHALID

GENERASI GL: “BAGI SAYA, EVOLUSI FESYEN BUKAN SEKADAR BERGERAK KE HADAPAN,” ADAM KHALID

Kongsikan artikel ini

GLAM Lelaki bawakan Generasi GL, lembaran personaliti isu Mac 2026 dan kali ini, temubual bersama pelumba profesional, Adam Khalid.

Generasi terkini yang menghasilkan karya kreativiti sebagai karier. Pelakon muda, peragawan, pengarah, pempengaruh hingga ke usahawan. Setiap generasi muda ini dikumpulkan sebagai satu kelompok yang sama, Generasi GL sebagai wakil generasi terkini. Adam Khalid merupakan anak muda dengan profil yang cukup hebat. Pelumba profesional ini bukan sahaja menghangtakan trek, malah dalam sukan-sukan lain juga. Kehadiran Adam Khalid dalam isu Mac, Generasi GL kali ini menyorakkan lagi lembaran personaliti ini.

generasi gl adam khalid

#1 Bagaimanakah pandangan anda terhadap persaingan yang sering diperkatakan antara Generasi Z dan Milenial?  

Sejujurnya, saya rasa Generasi Z telah mendorong Milenial untuk benar-benar “lock in”, dalam cara yang positif. Keberanian mereka jelas membuatkan generasi yang lebih tua berhenti bersikap pasif. Bagi saya, ia bukan sesuatu yang toksik, lebih kepada satu “wake-up call” yang sihat. Dan akhirnya, kedua-dua generasi memang saling memerlukan. Ia soal keseimbangan. Milenial mempunyai pengalaman dan konteks bagaimana kita sampai ke tahap ini, manakala Gen Z membawa tenaga disruptif yang memaksa perubahan. Kita perlukan semangat mereka, tetapi mereka juga perlukan struktur dan asas yang kita bina untuk mencipta sesuatu yang benar-benar berkekalan.

#2 Apakah satu perkara yang paling anda hargai tentang hidup pada tahun 2026?

Entah kenapa, setiap tahun saya akan beri diri saya satu cabaran untuk mulakan tahun. Tetapi, tahun ini terasa sedikit berbeza. Tahun ini bukan tentang mengejar sesuatu. Rasanya lebih sesuai untuk benar-benar merasai… kalau faham maksud saya. Saya tidak pasti, tetapi ramai orang yang saya kenal sekarang sangat terikat dengan nostalgia tahun 2016. Sudah 10 tahun berlalu. Saya bukan kata 2026 ialah 2016 yang baru, tetapi 2026 memberi peluang untuk naratif baru. Peluang untuk menghidupkan semula idea yang dulu tak sempat menjadi realiti. Mungkin saya sedikit meleret, tapi kembali kepada poin utama, saya menghargai untuk benar-benar hadir dalam 2026. Kita terlalu cepat merancang segalanya sampai terlupa untuk benar-benar hidup dalam saat yang sedang kita lalui.

#3 Bagaimana anda mentakrifkan maksud muda (youth)? Adakah ia tentang umur atau pemikiran?

Saya mungkin kedengaran macam seorang Boomer apabila cakap begini, tapi ia memang soal mindset. Saya pernah sertai sesi berbasikal dan “dibelasah” oleh seseorang yang lebih tua daripada ayah saya. Padahal saya bukanlah tak fit, haha. Jadi semangat itu memang tak kenal usia.

Tetapi, pada masa yang sama saya sekarang 28 tahun, dan saya rasa proses pemulihan badan tak secepat dulu. Saya tak boleh lagi keluar malam, balik pukul 3 pagi, tidur sekejap, selepas tu pergi berlari pukul 7 pagi. Memang dari dulu pun bukan idea yang bagus, namun maksud saya, badan saya betul-betul tak izinkan lagi sekarang!

#4 Pernahkah anda melalui detik di mana anda merasakan seolah-olah anda berada dalam generasi yang salah? 

100%, haha. Kadang-kadang saya rasa patutnya saya lahir lima tahun lebih awal. Apabila melihat kereta F1 zaman dahulu, saya rasa sukar bayangkan era yang lebih hebat daripada enjin V10, era Michael Schumacher vs. Fernando Alonso, kebangkitan Kimi Räikkönen, dan debut Lewis Hamilton. Sememangnya era legenda. Saya membesar pada awal 2000-an, fesyennya memang “loud”, tapi kadang-kadang saya berharap dapat merasai zaman membesar pada era 90-an. Dari muzik hingga fesyen, bagi saya itulah era paling tulen. Semua orang sangat terikat dengan budaya dan berhubung secara autentik, bukan sekadar melalui skrin.

#5 Adakah anda percaya fesyen mempunyai sempadan generasi, atau ia wujud melangkaui umur dan masa?

Jawapan ini mungkin berbeza mengikut siapa yang ditanya, tetapi bagi saya fesyen tiada batasan. Ia melangkaui usia. Saya rasa sangat menarik melihat bagaimana fesyen berkembang dan berputar semula sepanjang masa. Kita lihat bagaimana Virgil Abloh bergerak dari gaya urban ke dunia mewah, atau bagaimana Pharrell Williams mengembangkan gaya kontemporarinya bersama Louis Vuitton. Kita lihat Daniel Arsham menolak sempadan reka bentuk dan seni bina melalui naratif urban, atau bagaimana James Kirkham menubuhkan Race Service untuk menggabungkan seni dan reka bentuk dengan dunia motorsport automotif. Bahkan melihat Tyler, the Creator berkembang daripada Odd Future ke Golf le Fleur.

Bagi saya, evolusi fesyen bukan sekadar bergerak ke hadapan, ia juga tentang memberi penghormatan kepada masa lalu dan mengkurasi inspirasi dari perspektif yang lebih luas. Ia tentang menghubungkan emosi melalui perspektif yang dikongsi bersama.

Pautan berkaitan: GENERASI GL: “2026 ADA RUANG UNTUK MENCUBA PERKARA BAHARU DAN MEMPERLAHANKAN LANGKAH.” – MUAZ RABBANI

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.