Skip to content

GL MAC 2022: NADHIR NASAR, THE NEW AGE HERO

Kongsikan artikel ini

Pengarang Fesyen, Arahan Seni & Teks :JOHAN KASSIM, Gambar : Edmund Lee/One3Four Studio, Grooming : ADY RAZAK Rambut : CKAY LIAW

NAMA NADHIR NASAR MUNGKIN KEDENGARAN BARU. NAMUN, KELIBAT NADHIR MULA MENYINARI INDUSTRI SENI LAKON DENGAN BAKATNYA KIAN MENYERLAH. GLAM LELAKI KIRA WAJAH SEGAR DAN UNIK INI BAKAL MENYAMBUNG LEGASI HEBAT PELAKON LELAKI DI MALAYSIA. DEFINITELY A NEW FACE TO WATCH.

Baju bercorak & seluar kargo MSGM musim bunga 2022.

Perkembangan terkini Nadhir?

Sedang melakukan persiapan berlakon drama Raya untuk Astro. Dan of course, bakal muncul dalam drama-drama baru untuk stesen TV yang lain. Juga mula melibatkan diri dalam dunia perniagaan, yang mana saya menjual produk ‘merchandise’ kepada peminat saya. Sebelum Raya saya akan keluarkan merchandise yang kelima dan akan lebih fokus kepada label dan perniagaan ini. Kerana saya suka melihat orang-orang memakai jenama saya.

Jika Nadhir berpeluang untuk mengubah sesuatu pada diri…

Saya nak ‘go better’. Menjadi lebih peramah dengan orang. Sebab, saya punya air muka yang orang akan anggap sukar didekati. I need to work on this. Beberapa kali orang pernah beranggapan yang saya sombong. Saya nak ubah benda ini. Nak menjadi lebih peramah dan ‘out there’. Senyum!

Hobi terbaru kala ini?

Saya suka menulis puisi dan membaca novel tulisan Stephen King. Saya juga suka mengembara. Bukan kembara dari satu tempat ke satu tempat lain. I love travelling inside my mind. 

Menonton filem. Ini juga merupakan cara untuk saya menjadi pelakon. Tapi, menulis puisi dan membaca novel merupakan aktiviti yang menarik. Sekarang juga Nadhir suka memancing dan bermain skateboard. Saya rasa enjoy dan dapat tambah keyakinan diri. Nadhir lakukan hobi ini semua adalah apa yang dapat Nadhir ‘relate’-kan dan adaptasi dalam bidang yang Nadhir ceburi.

Kemeja corak & beg tote GUCCI.

Masa bagi Nadhir?

Masa tiada batasan. Tapi masa juga boleh jadi sesuatu yang membuatkan anda terlupa perkara lain, jika anda seorang yang melakukan perkara mengikut sesuatu masa sahaja. Masa ni jahat sebenarnya. It can be evil too. Masa ni boleh menjadi baik jika meluangkannya dengan bijak.

Nasihat terbaik yang boleh anda berikan pada diri saat ini?

Just don’t give up. Just follow my path and not follow other people. Usah turuti apa yang orang lain beritahu. Dan banyak juga orang-orang baru dalam bidang ini yang cuba mengikut laluan orang lain. I’m just going to do ‘me’. Saya tidak akan mengubah diri saya untuk buat apa yang disuruh.. Saya hendak buat perkara yang saya mahu dan suka.

Gaya fesyen ideal?

Saya suka gaya orang Jepun. Saya suka stail minimal ‘streetwear’ yang ada pengaruh fesyen Jepun. Saya juga suka jenama ‘high-end’, seperti Tom Ford, Alexander McQueen, Prada, tetapi jenama fesyen pertengahan seperti Carhatt, Neighbourhood buat saya tampil sederhana. Ia kelihatan ringkas tetapi pada masa yang sama ia melambangkan identiti saya.

Jaket, kemeja T & seluar kapas ZEGNA XXX musim bunga 2022.

Must-have item?

Aksesori. Saya suka cincin, rantai dan gelang. Ke mana saya pergi, saya akan pakai item ini. Wangian juga perlu ada. Buat masa ini, saya menggunakan wangian Abercrombie & Fitch.

Apa yang paling dirisaukan?

Benda yang paling saya risaukan dalam hidup ini adalah cara untuk kekal relevan dalam industri. Dan juga cara untuk berada di peringkat lain. Banyak benda yang perlu saya belajar. Ia mengambil masa. Saya risau jika saya akan ada perasaan untuk berputus asa.

Sesuatu yang sering menimbulkan salah faham mengenai diri anda?

Ramai orang anggap saya seorang ‘player’. I’m a playboy. Tetapi itu bukanlah saya. Dan saya seorang peramah. Pada mereka yang berkata saya sombong, I am super friendly. Jika saya tidak dekati dan tegur ‘hello’. Datang sahaja kepada saya dan tegur seperti biasa. I’ll say hello back. Dan mulakan perbualan bersama.

Sut DIOR musim bunga 2022

Jika dapat memutarkan masa, apa yang Nadhir mahu ubah?

Kalau saya boleh putarkan masa, I won’t change a thing. Setiap perjalanan yang saya lalui, saya hargai dan ia membawa saya yang sekarang. Tapi, kalau-kalau betul perlu ubah, mungkin nak ubah keputusan SPM saya. Saya mahu belajar lebih sebab keputusan SPM saya agak teruk.

Perkara mengenai lelaki yang ingin diubah?

The ego. Ego lelaki yang harus dikurangkan. Perspektif kita terhadap wanita, yang mana ramai yang beranggapan sesetengah perkara wanita tidak boleh melakukannya. Hakikatnya boleh.

Bucket list?

Saya nak sangat ke Hollywood. Itulah inspirasi saya dan apa yang saya lakukan sekarang. Saya banyak mendapat inspirasi dari orang-orang dari Hollywood. Seperti Johnny Depp, Timothee Chalamet. I really love them. So, dalam bucket list saya adalah untuk berpeluang bekerja dengan mereka. Saya tahu ia kedengaran mustahil, tetapi tiada apa yang mustahil.

Sut DIOR musim bunga 2022

Jaket utiliti bercorak ONITSUKA TIGER

Berganjak ke usia 30 tahun, apa yang sudah Nadhir persiapkan?

Persediaan untuk menjadi lebih matang dalam setiap perkara yang saya lakukan. Untuk mengubah nasib keluarga saya. Saya datang dari keluarga kelas pertengahan dan saya rasa ada sesuatu yang tidak mencukupi. Saya mahu buat ibu dan bapa saya gembira. Rancangan untuk berkahwin belum ada lagi. It’s all about my family first.

Are you happy? dan tahap kebahagiaan sekarang?

Saya sangat gembira dengan kehidupan saya sekarang. Saya tak kisah untuk berasa sedih juga. Tuhan berikan kita semua rasa ini untuk kita rasai. So, rasa ni adalah satu perasaan yang you perlu rasa. Gembira ini sebenarnya perspektif. Sesetengah orang dapat nasi putih pun dah rasa gembira. It’s up on you. You want to be happy or not. Untuk saya, saya rasa gembira dan looking forward untuk mencari lebih dari yang ada hari ini.

Apa yang anda cabar diri baru-baru ini?

Menjadi hos. Membuat hosting adalah sukar. Dan menjadi hos untuk rancangan siaran langsung baru-baru ini merupakan cabaran buat saya. I think dalam masa beberapa tahun lagi saya akan lebih bersedia.

Tracksuit & beg bentuk botol air MOSCHINO musim bunga 2022

Nadhir enjoy berlakon? Mengapa?

Saya enjoy bermain dengan karakter. Saya mula berlakon dengan niat untuk menyampaikan cerita. Sebab sebagai individu terasa sukar untuk bercerita dengan orang secara lisan. Berbalik kepada tadi, yang mana saya selalu ‘mengembara’ dalam minda. Oleh itu, saya lebih senang bercerita melalui penulisan atau lakonan. Satu lagi, media memainkan peranan yang penting, oleh itu tanggung jawab pelakon ni adalah untuk menyampaikan mesej kepada penonton. Saya tak jadi pelakon sebab populariti atau wang. Ya, kita perlu wang dalam hidup tetapi niat utama saya adalah untuk sampaikan cerita dan minat. Berlakon juga merupakan ‘candu’ buat saya untuk terus dapat mendalami sesuatu karakter itu. Ia sangatlah tentang bermain imaginasi. Saya dapat rasa benda yang saya tak pernah rasa. Itulah yang best menjadi pelakon.

Pengalaman berlakon paling diingati?

Of course, I-tanggang dan Projek Anchor SPM. Saya pegang watak yang berbeza dan bukan diri saya. Saya dapat ‘feel’ apa seseorang itu rasa. I-Tanggang juga saya dapat menjadi abang kepada lima adik. Memikul tanggung jawab seorang abang itu sangatlah susah. Nak jadi derhaka pun sukar.

Perancangan Nadhir seterusnya?

Saya mahu merancang untuk peminat dan kehidupan saya. Saya mahu tampil lebih kerap dalam televisyen.

Kemeja corak & seluar SALVATORE FERRAGAMO musim bunga 2022

Pandangan Nadhir mengenai industri seni di Malaysia?

We are super awesome. Super good. Tetapi, ada beberapa perkara yang perlu untuk lebih ke hadapan. Di negara jirannya, misalnya Indonesia, Thailand, industri mereka adalah lebih baik dari kita. Bukannya saya tak suka atau apa, it’s okay good. Saya mahu industri di Malaysia menjadi lebih baik di peringkat yang lebih tinggi.

Saya tak cakap yang industri kita belum ‘sampai’ lagi tetapi kita boleh buat dengan lebih baik lagi. Terdapat pelakon dan pengarah muda yang berkaliber dan boleh buat sesuatu dalam industri. Audience kita perlu jadi lebih terbuka dan menerima sesuatu perkara supaya kita dapat terokai aspek-aspek lain. Kita perlu terima dengan apa yang sedang terjadi. Filem itu memainkan peranan untuk ‘memberitahu’ kepada rakyat.

Tiga perkataan menggambarkan diri anda.

Saya unik, manja dengan ibu saya dan yakin dalam membuat sesuatu perkara yang saya suka.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

“SAYA AMAT BERDUKA” - HARRY STYLES UMUM PUNCA PEMBATALAN KONSERT

“SAYA AMAT BERDUKA” – HARRY STYLES UMUM PUNCA PEMBATALAN KONSERT

Bacaan Lanjut

DIOR HADIRKAN KOLEKSI KAPSUL CD 1947

Bacaan Lanjut

COACH x TOM WESSELMANN, MERAIKAN KARYA ARTIS POP TERNAMA

Bacaan Lanjut

KONTRAS DAN CETAKAN LIAR JADI CIRI KHAS KOLEKSI LA VACANZA 2022

Bacaan Lanjut

BOSS LEGEND SERIES, INSPIRASI GAYA FREDDIE MERCURY

Bacaan Lanjut
FOTO BRAD PITT DI KULIT MAJALAH GQ TULAR ATAS SEBAB YANG SALAH

FOTO BRAD PITT DI KULIT MAJALAH GQ TULAR ATAS SEBAB YANG SALAH

Bacaan Lanjut