GL APRIL: ISMAIL IZZANI, CERTIFIED LOVER BOY
TAMPIL MEMPERTARUHKAN DEBUT ALBUM SULUNGNYA SETELAH LIMA TAHUN BERMUKIM DALAM LAPANGAN SENI SUARA TEMPATAN; ISMAIL IZZANI, 22, MEMILIH UNTUK MENAMAI ALBUM DENGAN NAMANYA SENDIRI. MENCITRAKAN LAMBANG SIMBOLIK AKAN PERJUANGAN HIDUP SEBAGAI ANAK SENI, ISMAIL LIGAT MENGIBARKAN KEPAK WARNA-WARNINYA DALAM MENDAKAP MESRA KEBEBASAN SERTA KASIH SAYANG.
Pengarang Rencana : ZUHAIRIE SAHROM, Pengarang Fesyen : JOHAN KASSIM, Pengarah Seni : AMIRUL ARIFIN, Gambar : CHEE WEI, Grooming : KF BONG Rambut : CKAY LIOW

Cermin mata & kemeja denim signature Coach. Aksesori milik Ismail.
Siapa Ismail Izzani?
Saya dibesarkan dalam keluarga matriarki yang mana dikerumuni oleh wanita. Wanita lah yang menjadi breadwinner serta decision maker. Maka saya dibesarkan dalam persekitaran yang harmoni, toleransi dengan kasih sayang. Jarang sekali, bertelingkah dengan meninggikan nada suara mahupun berbahasa tangan dan kaki. Demikian, mungkin kerana itu saya senang sekali digelar sebagai lover boy for sure. Saya merupakan anak bongsu dari tiga beradik perempuan dan berhenti menekuni pengajian di sekolah menengah pada usia 16 tahun bagi menerokai lapangan hiburan. Senantiasa lapar dengan banyak perkara yang ingin dikejarkan dalam hidup ini sejak dari kecil lagi. Lalu, memulakan langkah dengan menjadi penyanyi jalanan di sekitar kota.
Inspirasi dalam mengemudi lapangan hiburan?
Justin Bieber, 100 peratus. Dia memulakan kerjaya seawal belasan tahun langsung menanamkan kepercayaan buat saya untuk menjadi penghibur sama sepertinya. Kita dapat lihat saat itu, pada penghujung tahun 2000-an itu, ramai anak muda yang sudah bisa menemukan impian dengan mengejar cita-cita. Saya mendukungnya sehingga ke hari ini dan dalam setiap album yang diperdengarkan itu sudah pasti bakal menonjolkan sisi dirinya yang lebih matang dalam berkarya. Turut relevan pada kerangka masa itu.
Apakah instrumen pertama yang dipelajari?
Saya boleh bermain gitar dan yakin untuk membuat persembahan sambil memetiknya. Ceritanya terjadi bila kakak mahu mempelajari bermain gitar dengan secara tiba-tiba. Hanya untuk dua minggu seingat saya, bila melihatkan gitar yang tersadai tanpa ada yang memainkannya. Saya pula mengambil inisiatif untuk belajar bermain gitar dari Youtube. Saya juga berkebolehan untuk bermain piano, namun hanya bersandarkan kord asasnya.
Punya gaya atau genre muzik yang tidak disukai?
Sekalipun, genre Pop dan R&B senantiasa menjadi pilihan halwa telinga; saya terbuka untuk mendengarkan pelbagai genre muzik. Juga tidak meletakan batasan bahasa dalam liriknya. Bila kita universal, kita dapat menghimpunkan ilmu dengan lebih banyak. Lalu, membuka mata untuk menerokai jenis muzik seperti ballad kerana ballad itu sendiri berpunya aneka cabang. Saat ini saya masih muda dan inilah masanya untuk mendengar semua genre lagu yang ada di bumi ini.
Punya minat lain selain muzik?
Ismail Izzani adalah jenis individu yang gemar cabaran, saat ini tengah gila main skateboard. Berenang juga adalah salah satu minat sejak di bangku sekolah lagi, sehingga fokus menanamkan impian untuk menjadi atlet renang. Berganjak ke tingkatan tiga, saya mempunyai ekzema yang agak serius dan bila bersentuh klorin hanya membuatkannya semakin teruk. Itu juga adalah antara sebab saya menceburi bidang hiburan kerana terpaksa menoktahkan impian itu. Muzik membantu saya kala itu untuk mendepani kesulitan ini kerana berenang bukan hanya minat malah ia memberikan saya ketenangan.
Pautan Berkenaan: GL MAC 2022: NADHIR NASAR, THE NEW AGE HERO
Tags
Artikel Yang Berkaitan
COACH x TOM WESSELMANN, MERAIKAN KARYA ARTIS POP TERNAMA
Coach mengundang Tom Wesselmann untuk hasilkan koleksi kapsul. Menggabungkan seni dan fesyen, deretan aksesori memikat melengkapi penampilan.
YOON CHAN-YOUNG SEBAGAI DUTA COACH KOREA
Daripada watak pelajar kolej dalam siri All Of Us Are Dead kini dilantik duta buat Coach Korea
TAHUN HARIMAU MENJANJIKAN KOLEKSI MENGANCAM
Tambah koleksi eksklusif dengan cetakan belang harimau sempena Tahun Baru Cina!
GIVE A LITTLE LOVE, INSTALASI UNIK COACH DI KL
Give A Little Love sebuah instalasi meraikan perayaan akhir tahun!
MICHAEL B. JORDAN DAN BLUE THE GREAT LANCAR KOLEKSI BUAT COACH
Koleksi kedua Michael B. Jordan buat Coach bercirikan seni kontemporari dan ritma streetwear.
REXY MUNCUL DI WINDOWS OF THE FUTURE COACH
Coach melancarkan instalasi 3D Windows of the Future di butik Pavilion Elite Kuala Lumpur dengan menghidupkan watak Rexy dan Rogue.