#GL15TAHUN ACTION FILM MAESTRO, ADRIAN TEH
Menyingsing tirai usia yang ke-15 tahun, GLAM Lelaki menampilkan 15 persona bagi melengkapi spektrum energi yang sudah terbias sejak lebih sedekad lalu. Nama-nama ini terus terpintas lantang. Alfa dan Cemerlang, 15 tahun GLAM Lelaki membawakan ACTION FILM MAESTRO, ADRIAN TEH.

Jaket kait SALVATORE FERRAGAMO
Pengarah Kreatif AIZAT AIDID & NISA HALID, Pengurus Projek, Pengarang Digital & Asst. Penata Gaya MUZAMMIN MUZLAN, Pengarang Gaya Hidup ZUHAIRIE SAHROM, Pengarang Fesyen & Penata Gaya JOHAN KASSIM, Pengarang Kecantikan JULIA AZMAN, Pengarah Seni & Pereka Grafik AMIRUL ARIFIN, Fotografi EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO, Grooming KHIR KHALID, SAHIR SABRI menggunakan YSL Beauty, Dandanan CKAY LIOW, JUNO KO
ADRIAN TEH, 38
Pengkarya & Penerbit Filem
Dalam terma menghasilkan filem yang berkualiti, Malaysia semakin ke hadapan. Mengimbas kembali pada tahun 2018, industri perfileman negara sukses dengan kehadiran filem tempatan. Termasuklah Munafik 2, Hantu Kak Limah dan filem arahan Adrian Teh; Paskal. Sekali gus, memberi jaminan buat selautan kaki wayang untuk melewati panggung bagi menyokong filem tempatan. Menerusi lensanya, Adrian memegang visi serta dengan menampilkan kepelbagaian etnik serta budaya dalam mencorakkan identiti filem arahannya serta buat seni perfileman negara.
Stigma mengenai lelaki yang mahu diubah.
Dari segi kerjaya, lelaki perlulah sentiasa berani. Saya berpendapat dengan menjadi berani adalah satu-satunya cara untuk ‘dilihat’ maskulin pada hari ini. Tetapi bukanlah dari sudut yang negatif. Anda perlu berani dalam setiap pendekatan, apa saja yang ingin dilaksanakan demi mengejar impian. Kejayaan tidak akan datang bergolek. Serta, following patterns that people have done will never get you anywhere.
Apakah mesej yang ingin disampaikan menerusi filem Adrian?
Filem ibarat doktor buat masyarakat. Jika kita boleh tanamkan mesej serta komponen yang betul ke dalam filem tersebut, nescaya penonton masih boleh menghayati filem di samping mendapat input darinya. Menerusi Paskal, saya sertakan kepelbagaian fragmen antaranya semangat perpaduan dan patriotisme yang berjaya mencuit hati ramai penonton. Tidak kira lapisan usia dan mungkin kerana itu juga, Paskal berjaya pecah panggung lalu diterima begitu positif di kalangan kaki wayang tempatan.

Jaket kait, SALVATORE FERRAGAMO.
Identiti Adrian sebagai pengkarya filem?
Dalam kesemua filem subsekuen saya seperti Wira, Pasal Kau, Ada Hantu dan The Assistant, saya menerapkan ciri tersendiri; di mana saya mempamerkan kepelbagaian etnik di negara kita. Bukannya saya cuba untuk membentuk masyarakat atau sekadar mempromosi filem, namun saya ingin menunjukkan masyarakat kita keseluruhannya sebagai identiti kita. Jadi itulah perkara yang membuatkan filem Malaysia sentiasa lain daripada yang lain. Contohnya dalam satu filem kita boleh mengolahkan dialog dalam tiga bahasa yang berbeza.
Mengapa Adrian berminat untuk menjadi seorang pembikin filem?
Kehadiran filem Godzilla pada tahun 1999 mencuri perhatian saya. Saat duduk di kerusi panggung sambil memerhatikan post-credit scene, saya berasa kagum kerana ia membariskan begitu ramai individu bagi menjayakan filem tersebut. Tambahan pula, watak Godzilla yang disunting tampak sangat nyata pada ketika itu walau tanpa teknologi canggih seperti hari ini. Kemudian saya melihat kredit terbesar yakni nama pengarah filemnya, Roland Emmerich. Saya merasakan dia seorang yang cool dan saya ingin menjadi sepertinya. Roland telah membuka minat dan menjadi sumber inspirasi dalam memulakan langkah sebagai pengkarya filem.

Jam tangan, MONTBLANC. Baju panas & jaket, UNIQLO.
Apakah yang Adrian bakal ubah menerusi filem yang pernah diarahkan bagi menjadikannya lebih baik?
Semua filem yang saya arahkan mempunyai sesalan yang tersendiri. Tiada satu pun filem saya yang saya rasakan ia cukup sempurna. Hakikatnya, semasa tempoh penghasilan, sedang saya menyunting; saya selalu berasa yang saya sepatutnya buat seperti itu, seperti ini. Jadi, tiada satu pun filem saya yang saya begitu berpuas hati setakat ini. Ia adalah satu kerja yang melibatkan seseorang itu untuk sentiasa menekuni kemajuan. Itulah yang memangkin saya untuk terus ke hadapan dan berusaha untuk menghasilkan filem dengan kualiti yang terbaik.
Sebagai pengarah, apakah pendapatan Adrian mengenai platform penstriman?
Selepas Paskal, saya membikin filem Wira dan menayangkannya di pawagam. Menerusi Wira, kami dikenali seluruh dunia kerana ia juga ditayangkan di Netflix. Setelah itu pintu peluang terbuka luas dan lahirlah filem Pasal Kau yang berakhir penggambaran dua hari sebelum PKP 1.0. Tiba sahaja di KL, saya terus menyiapkan suntingan di rumah. Kemudian Netflix menghubungi saya dan menyatakan hasrat untuk membeli filem itu sebagai filem asal Netflix pertama Malaysia. Selain itu, filem Ada Hantu pula dibeli Disney+ dan menjadikannya filem Malaysia pertama sebagai filem asal Disney+. Bagi saya usaha ini menjadi alternatif buat kami pengkarya atau penggiat seni untuk memastikan periuk nasi semua krew terjamin. Juga mencarikan strategi dan penerapan norma baharu dalam berkarya dengan bertindak pantas. Namun, ia perlu ada keseimbangan antara dunia penstriman dan pawagam.
Pautan berkenaan: #GL15TAHUN THE REAL DEAL, AEDY ASHRAF
Sebagai Pengarah Kreatif, mindanya ibarat kanvas yang hidup; liar, puitis, dan sentiasa dipenuhi ledakan idea. Bukan sekadar mencipta, Nisa' menghidupkan, mencabar arus, dan sentiasa bermain dengan kemungkinan baru serta tidak takut lari dari kebiasaan.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENGALAMAN MAGIS POP-UP COACH HOLIDAY 2025
#StyledByJK bersama GL Gang, Jansen menampilkan trik mudah penggayaan musim percutian daripada koleksi Coach Holiday 2025.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA SALMAN FARISH
Memiliki gaya peribadi yang unggul menjadikan Salman Farish salah satu inspirasi fesyen terbesar untuk generasinya. GLAM Lelaki tampilkan Salman Farish untuk November 2025.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA ISMAIL IZZANI
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Ismail Izzani antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November
6 INFLUENCER PEREMPUAN YANG BERPENGARUH DI MALAYSIA KINI
GLAM Lelaki mengetengahkan enam influencer perempuan yang kini mendominasi ruang media sosial melalui pengaruh dan kapakaran dalam kandungan masing-masing.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA FAZZIQ MUQRIS
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Fazziq Muqris antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.











