Skip to content

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR NAFIS

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR NAFIS

Kongsikan artikel ini

Teks & Temubual: BATRISYIA FAISAL

GLAM Lelaki bawakan pelakon hebat dalam dunia perfileman, Amir Nafis sebagai salah seorang Men In Cinema buat isu cetakkan September 2025. 

Istimewa buat isu cetakkan September 2025 GLAM Lelaki, kami bawakan tujuh pelakon lelaki di dalam industri lakonan tempatan mewakili Men In Cinema pilihan GLAM Lelaki. Dunia perfileman lokal terus berevolusi, dan bersama arus perubahan itu, muncul barisan pelakon lelaki generasi baharu yang bukan sahaja berbakat, tetapi juga berani mencabar batas konvensional. “Men in Cinema” merakamkan detik kebangkitan wajah-wajah baharu yang kini mendefinisikan semula maskuliniti di layar perak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

#1 Berkait dengan tema kali ini, Men In Cinema, apakah erti menjadi Men In Cinema bagi anda pada zaman sekarang?

Bagi saya, dalam dunia internet di mana hiburan itu mudah dan percuma, Men in Cinema membezakan antara seseorang yang layak dan seseorang yang “berminat”. 

#2 Bagaimana sinema membentuk pandangan anda terhadap maskuliniti?

Filem banyak ajar saya yang maskuliniti bukan tentang keras semata-mata. Kadangkala kekuatan tu datang dari kelembutan, empati, dan simpati.

#3 Pada pandangan anda, apakah salah tanggapan terbesar orang ramai terhadap pelakon lelaki?

Ramai ingat kami sentiasa yakin dan tidak pernah rasa kecil. Hakikatnya, pelakon lelaki pun manusia biasa, kami juga berjuang dengan rasa takut, keraguan diri, dan tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna di mata orang ramai. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amir Nafis (@amirnafis)

#4 Bagaimana anda melihat perkembangan representasi lelaki dalam dunia sinema?

Saya nampak kini lelaki di dalam filem semakin pelbagai. Tidak terikat dengan sebarang stereotaip. Ada yang lembut, ada yang quirky, ada yang dark, macam macam lagi, semua pun masih relevan. Itu yang membuatkan cerita menjadi lebih nyata.

#5 Apakah filem pertama yang benar-benar menyentuh hati anda? Membuatkan anda rasa sangat dekat bagaikan anda berada di dalam filem tersebut?

The Pursuit of Happiness. Ketika itu, saya rasa seperti saya betul-betul hidup dalam kesusahan watak Will Smith. Selepas menonton filem itu, saya terus merasa terinspirasi dan ingin menolak diri saya ke arah kejayaan.  

#6 Watak lelaki manakah dalam filem yang menurut anda paling ikonik sepanjang zaman, dan mengapa?

Bagi saya, watak lelaki yang paling ikonik sepanjang zaman ialah Michael Corleone dalam The Godfather. Dia bermula sebagai seorang yang ingin menjauhkan diri daripada perniagaan keluarga mafia, tetapi secara perlahan-lahan berubah menjadi pemimpin yang dingin, bijak, dan penuh strategi. Perkembangan wataknya sangat mendalam, daripada seorang anak lelaki yang “bersih” kepada ketua keluarga yang disegani dan ditakuti, menjadikannya simbol kuasa, pengorbanan, dan tragedi. Lakonan Al Pacino pula menghidupkan setiap lapisan emosi dan konflik dalam dirinya, membuatkan Michael Corleone kekal abadi dalam sejarah filem.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amir Nafis (@amirnafis)

#7 Bagaimana cara anda untuk kekal relevan sebagai salah seorang pelakon lelaki di dalam industri lakonan yang besar di Malaysia?

Tanggungjawab seorang pelakon adalah menyampaikan cerita melalui watak yang berbeza. Jadi, saya berpegang kepada motif utama peranan kerjaya saya, dan tidak lari dari tanggungjawab asal saya. Saya cuba untuk sentiasa belajar benda baharu dari cara berlakon, teknik kamera, sampai trend penonton. Dan yang paling penting, kekal asli.

#8 Bagaimana karakter anda ketika di zaman kanak-kanak?

Saya adalah seorang yang socially awkward. Saya rasa hingga sekarang. Cuma ketika kanak-kanak dahulu mungkin ada rasa untuk cuba sesuaikan diri dengan orang lain.Tetapi apabila sudah berusia, I am okay being a misfit. 

#9 Apakah impian dalam karier lakonan anda?

Saya ingin bawakan watak yang betul-betul mencabar, yang buat orang lupa saya Amir Nafis dan hanya nampak karakter tu.

#10 Bagaimana dengan impian dalam kehidupan?

Saya ingin hidup dengan tenang, dekat dengan keluarga, dan lakukan kerja yang saya cintai sampai tua.

#11 Jika tiada sebarang batas dalam industri, apa yang anda ingin lakukan?

Saya anggap soalan ni pun tiada sebarang batas dari segi definisinya. Melalui itu, jawapan saya adalah membuat filem yang dimana setiap negara di dunia menghantar seorang wakil pelakon untuk berlakon bersama menjadikan satu naskah.

Pautan berkaitan:

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: ADAM LEE

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: ADAM LEE

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR AHNAF

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR AHNAF

Bacaan Lanjut
zizi kirana

7 PERKARA MENARIK TENTANG PELAKON YUSUF BAHRIN

Bacaan Lanjut

NARATIF GAYA IDRIS KHAN BERSAMA MONTBLANC

Bacaan Lanjut

EKSKLUSIF HUN HAQEEM DI BANGKOK, THAILAND UNTUK GLAM LELAKI #THESEPTEMBERISSUE

Bacaan Lanjut
JAZMY JUMA, 7 FAKTA TENTANG WAJAH KACAK DAN BERBAKAT INI

JAZMY JUMA, 7 FAKTA TENTANG WAJAH KACAK DAN BERBAKAT INI

Bacaan Lanjut