Skip to content

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: ARFIE SHAH

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: ARFIE SHAH

Kongsikan artikel ini

Teks & Temubual: BATRISYIA FAISAL

GLAM Lelaki bawakan pelakon yang cukup berbakat, Arfie Shah sebagai salah seorang Men In Cinema buat isu cetakkan September 2025. 

Istimewa buat isu cetakkan September 2025 GLAM Lelaki, kami bawakan tujuh pelakon lelaki di dalam industri lakonan tempatan mewakili Men In Cinema pilihan GLAM Lelaki. Dunia perfileman lokal terus berevolusi, dan bersama arus perubahan itu, muncul barisan pelakon lelaki generasi baharu yang bukan sahaja berbakat, tetapi juga berani mencabar batas konvensional. “Men in Cinema” merakamkan detik kebangkitan wajah-wajah baharu yang kini mendefinisikan semula maskuliniti di layar perak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

#1 Berkait dengan tema kali ini, Men In Cinema, apakah erti menjadi Men In Cinema bagi anda pada zaman sekarang?

Bagi saya, Man in Cinema menyampaikan mesej kepada dunia melalui setiap hasil kerja mereka. Man in Cinema pada masa kini adalah tentang seorang lelaki yang mempunyai cerita. Lebih mudah untuk difahami, seorang lelaki yang memberi identiti kepada sesuatu zaman itu.

#2 Bagaimana sinema membentuk pandangan anda terhadap maskuliniti?

Sinema mengajar saya bahawa maskuliniti bukan sekadar kekuatan luaran. Lelaki juga boleh bersifat emosional, boleh jadi keras. Dan itu juga merupakan satu bentuk kekuatan, asalkan ia digunakan dengan bijak.

#3 Pada pandangan anda, apakah salah tanggapan terbesar orang ramai terhadap pelakon lelaki?

Pelakon lelaki sering kali dilihat perlu tampil macho, kuat dan menjadi green flag. Namun, hakikatnya seorang insan itu mempunyai kepelbagaian. Sama seperti dalam lakonan, mesti ada variasi, barulah ia nyata, barulah ia benar-benar manusia. Kerana setiap manusia itu berbeza.

#4 Bagaimana anda melihat perkembangan representasi lelaki dalam dunia sinema?

Sekarang lebih pelbagai berbanding dahulu, dan kita lihat lelaki dalam pelbagai watak. Sebagai bapa, sahabat, insan yang berjuang, dan pelbagai lagi karakter lain. Semuanya lebih nyata dan tidak lagi terikat pada stereotaip.

#5 Apakah filem pertama yang benar-benar menyentuh hati anda? Membuatkan anda rasa sangat dekat bagaikan anda berada di dalam filem tersebut?

Siri Exchange merupakan sebuah karya yang sangat dekat, di mana saya benar-benar berada dalam dunia itu. Dari rupa, rasa, suasana. Semuanya membuatkan saya rasa seolah-olah hidup dalam dunia tersebut, dan benar-benar menjadi watak itu. Keluarga, kasih sayang, pengorbanan, kebenaran, semuanya dapat saya rasakan. Segala perasaan itu hadir dengan begitu ikhlas di dalam hati saya. Dan saya akan terus merasainya sampai bila-bila.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fie ♾ (@arfie_shah)

#6 Watak lelaki manakah dalam filem yang menurut anda paling ikonik sepanjang zaman, dan mengapa?

Bagi saya, ia adalah P. Ramlee dalam filem Alibaba Bujang Lapok. Karya itu penuh dengan makna tersirat dan tersurat. Dan ia tetap relevan sepanjang zaman untuk kita kaitkan. Hingga kini, kita masih mampu memahami dan menghubungkannya dengan kehidupan masa sekarang. 

#7 Bagaimana cara anda untuk kekal relevan sebagai salah seorang pelakon lelaki di dalam industri lakonan yang besar di Malaysia?

Saya perlu mencabar saya dengan watak, karya dan genre baharu. Saya tidak mahu terlalu selesa kerana penonton dapat merasakan jika kita bermain secara selamat. Lakonan itu mesti meninggalkan kesan supaya orang akan mengingatinya selama-lamanya. Jadi, bagi saya, memperbaiki diri adalah sesuatu yang sangat penting. Dan saya berharap suatu hari nanti, semua karya, semua mesej, dan setiap persembahan saya… Dapat meninggalkan kesan abadi pada semua orang.

#8 Bagaimana karakter anda ketika di zaman kanak-kanak?

Saya seorang introvert dan mempunyai imaginasi yang luas. Sejak kecil, terlalu banyak perkara yang saya fikirkan — komik, anime. Ada satu hal yang membuatkan saya sentiasa melihat dunia dari sudut yang berbeza.

#9 Apakah impian dalam karier lakonan anda?

Saya mahu diingati kerana watak yang saya mainkan. Kerana lakonan saya, kerana perasaan yang saya sampaikan, dan mesej yang saya bawa. Bukan hanya kerana penampilan luaran atau gosip semata-mata.

#10 Bagaimana dengan impian dalam kehidupan?

Impian hidup saya adalah untuk bahagia. Tapi sebenarnya ia bukan semudah itu. Impian hidup saya adalah untuk memiliki ketenangan jiwa. Untuk mempunyai sebuah keluarga. Untuk menjadi seorang yang baik dan bermanfaat kepada orang lain. Impian hidup saya adalah untuk memiliki ketenangan jiwa, mempunyai keluarga, serta menjadi insan yang baik dan berguna kepada semua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fie ♾ (@arfie_shah)

#11 Jika tiada sebarang batas dalam industri, apa yang anda ingin lakukan?

Dalam fikiran saya, ada begitu banyak imaginasi yang ingin saya lakukan. Terlalu banyak perkara yang ingin saya capai. Segala yang ada dalam fikiran saya ingin saya realisasikan — menjadikannya nyata. Saya mahu menulis. Saya mahu mencipta sesuatu yang lahir daripada diri saya sendiri. Sesuatu yang hanya saya miliki, dan hanya saya yang mampu menciptanya.

Pautan berkaitan: GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: EVERTTS GOMES

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

kamal adli uqasha

KETAHUI 5 PERKARA MENGENAI PELAKON ‘HERO ROMANTIS’ KAMAL ADLI

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: EVERTTS GOMES

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: EVERTTS GOMES

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: SKY ISKANDAR

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: SKY ISKANDAR

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR NAFIS

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR NAFIS

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: ADAM LEE

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: ADAM LEE

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR AHNAF

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR AHNAF

Bacaan Lanjut