GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: SKY ISKANDAR
Teks & Temubual: BATRISYIA FAISAL
GLAM Lelaki bawakan pelakon yang sedang meningkat naik, Sky Iskandar sebagai salah seorang Men In Cinema buat isu cetakkan September 2025.
Istimewa buat isu cetakkan September 2025 GLAM Lelaki, kami bawakan tujuh pelakon lelaki di dalam industri lakonan tempatan mewakili Men In Cinema pilihan GLAM Lelaki. Dunia perfileman lokal terus berevolusi, dan bersama arus perubahan itu, muncul barisan pelakon lelaki generasi baharu yang bukan sahaja berbakat, tetapi juga berani mencabar batas konvensional. “Men in Cinema” merakamkan detik kebangkitan wajah-wajah baharu yang kini mendefinisikan semula maskuliniti di layar perak.
#1 Berkait dengan tema kali ini, Men In Cinema, apakah erti menjadi Men In Cinema bagi anda pada zaman sekarang?
Rasanya pada zaman sekarang, untuk menjadi seorang lelaki di dalam dunia perfileman, seseorang itu memerlukan karakter yang tersendiri, karisma, dan satu aura istimewa, je ne sais quoi dalam diri seseorang.
#2 Bagaimana sinema membentuk pandangan anda terhadap maskuliniti?
Pengaruh sinema terhadap cara saya melihat maskuliniti dapat dilihat melalui fesyen lelaki, sama ada di layar perak mahupun di luar skrin. Gaya penuh keyakinan setiap watak yang dibawakan (contohnya: Brad Pitt dalam Fight Club, Johnny Depp dalam Pirates of the Caribbean) hinggalah kepada personaliti mereka dan cara mereka membawa diri di luar skrin.
#3 Pada pandangan anda, apakah salah tanggapan terbesar orang ramai terhadap pelakon lelaki?
Saya rasa salah tanggapan yang sering ada ialah anda perlu kacak atau cantik. Itu memang satu nilai tambah, tetapi akhirnya, karisma dan karakterlah yang akan menjadi bahasa sebenar dalam dunia sinema.
#4 Bagaimana anda melihat perkembangan representasi lelaki dalam dunia sinema?
Bagi saya, lelaki sentiasa mendominasi dunia perfileman, namun saya berharap kita dapat melihat lebih ramai wanita menguasai watak utama di layar perak, khususnya di Malaysia.
#5 Apakah filem pertama yang benar-benar menyentuh hati anda? Membuatkan anda rasa sangat dekat bagaikan anda berada di dalam filem tersebut?
Tarzan. Siapa yang kenali Sky pasti terus faham hahahah.
#6 Watak lelaki manakah dalam filem yang menurut anda paling ikonik sepanjang zaman, dan mengapa?
Faizal Hussein sebagai Roy dalam filem Gila-Gila Remaja. Pengaruhnya masih terasa hingga hari ini — dialah acuan asal bagi imej bad boy dalam budaya pop Malaysia.
#7 Bagaimana cara anda untuk kekal relevan sebagai salah seorang pelakon lelaki di dalam industri lakonan yang besar di Malaysia?
Entahlah. Sebenarnya, saya cuma berusaha sebaik mungkin setiap hari dan bergerak selangkah demi selangkah.
#8 Bagaimana karakter anda ketika di zaman kanak-kanak?
Sangat nakal dan sukakan pengembaraan. Tetapi, sangat-sangat pemalu.
#9 Apakah impian dalam karier lakonan anda?
Untuk pergi sejauh dan setinggi mungkin, bekerjasama dengan yang terbaik dalam industri, dan mewakili negara di peringkat antarabangsa.
#10 Bagaimana dengan impian dalam kehidupan?
Impian hidup saya adalah untuk tidak pernah berhenti belajar.
#11 Jika tiada sebarang batas dalam industri, apa yang anda ingin lakukan?
Saya teringin untuk merasai pengalaman bekerja dengan intimacy coordinator bagi satu babak intim (tentulah dengan batasan). Itu adalah sesuatu yang kita tidak ada di Malaysia — intimacy coordinator.
Pautan berkaitan: GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR NAFIS
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR NAFIS
GLAM Lelaki bawakan pelakon hebat dalam dunia perfileman, Amir Nafis sebagai salah seorang Men In Cinema buat isu cetakkan September 2025.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: ADAM LEE
GLAM Lelaki bawakan pelakon yang masih hangat hingga kini, Adam Lee sebagai salah seorang Men In Cinema buat isu cetakkan September 2025.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR AHNAF
GLAM Lelaki bawakan pelakon versatil Amir Ahnaf sebagai salah seorang Men In Cinema buat isu cetakkan September 2025.
7 FILEM & SIRI TENTANG DEPRESI REMAJA DAN PEMBULIAN YANG WAJAR DITONTON
Ketahui 7 karya penting yang menyentuh isu depresi remaja dan pembulian. Kesemuanya mempunyai jalan cerita yang penuh emosi, realistik, dan membuka mata.
JAZMY JUMA, 7 FAKTA TENTANG WAJAH KACAK DAN BERBAKAT INI
Jazmy Juma, bukanlah nama yang asing dalam dunia lakonan. Wajahnya sering terpapar di drama-drama kesukaan ramai sejak dua menjak ini.
5 GAYA RAMBUT SKY ISKANDAR BOLEH DIIKUTI
Sky Iskandar seringkali dilihat dengan gaya rambut yang berbeza-beza, sesuai dengan personalitinya yang unik dan berani mencuba benda baharu.











