“GUITARPLEASURE DAH KAHWIN INDEED.” – EZZAT EDDY
Pempengaruh dan content creator terkenal, Ezzat Eddy telah selamat berkahwin dengan wanita pilihannya, Nik Farina pada 23 November 2025 yang lalu.
Ramai yang mengenali Ezzat melalui era kegemilangan Vine dan Twitter, zaman di mana kreativiti 6 saat cukup untuk mencipta fenomena. Dengan nama samaran Guitarpleasure, Ezzat Eddy mencuri perhatian melalui video-video komedi pendek serta bakatnya bermain gitar. Aura spontan, gaya bersahaja dan karismanya menjadikan Ezzat cepat berkembang sebagai antara wajah muda paling menonjol di platform tersebut. Walaupun Vine sudah lama berkubur, Ezzat tidak pernah hilang dari radar. Sebaliknya, dia berevolusi.
Perjalanan Dewasa: Menjadi Wajah “Cool Kid” Malaysia
Memasuki usia dewasa, Ezzat mula keluar daripada imej remaja media sosial dan membina persona lebih matang. Seorang yang yakin, tenang, dan mempunyai estetika yang tersendiri. Generasi baharu mengenalinya sebagai seorang pencipta kandungan gaya hidup, wajah fesyen dan figura yang sering dikaitkan dengan gaya minimalis moden. Penampilannya dalam artikel gaya hidup dan editorial menjadikannya salah satu “cool kids” Malaysia, serta GLAM Lelaki.
Selain dunia digital, Ezzat juga menceburi sisi keusahawanan. Walaupun jarang berkongsi secara terbuka, beberapa laporan menyebut bahawa dia pernah menguruskan perniagaan pada usia muda. Sesuatu yang mencerminkan kematangannya dalam mengurus hal profesional.
Baru-baru ini, nama Ezzat kembali menjadi bualan selepas ucapan “welcome to married life” mula tular dalam komuniti digital. Bersama dengan wanita pilihannya, Nik Farina, Ezzat telah mendirikan rumah tangga. Dalam posting Instagramnya sendiri, Eddy turut berkongsi gambar bersama isterinya. “To the girl who has the widest smile and the purest heart, thank you for accepting and choosing me for who I am. You’ve changed me in ways I could only pray for. The day was everything we dreamed of, full of family, friends, and so much joy. But the best part was walking away with you. May Allah bless our marriage with peace, compassion, and endless barakah 🤍Guitarpleasure dah kahwin indeed.” kongsi Ezzat Eddy buat pengikutnya.
Majlis pernikahannya dihadiri ahli keluarga serta rakan-rakan terdekat seperti Uyaina Arshad, Naddy Sushi dan Epul Eusoff, Nik Rifa’ie, Salman Farish dan ramai lagi.
Pautan berkaitan: DI SEBALIK SUARA ERA FM, FAZZIQ MUQRIS KINI BERGELAR SUAMI
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI 10 ‘COOL KIDS’ GLAM LELAKI SEPERTI ALPHA DAN RAMAI LAGI
Untuk isu September 2025, GLAM Lelaki bawakan 10 individu terpilih sebagai cool kids untuk menggambarkan youth and trend GLAM Lelaki.






