Skip to content

HADIR BERSAMA KE TAYANGAN DEADPOOL & WOLVERINE, HUGH JACKMAN DAN GIGI HADID DILAMUN CINTA?

HADIR BERSAMA KE TAYANGAN DEADPOOL & WOLVERINE, HUGH JACKMAN DAN GIGI HADID DILAMUN CINTA?

Kongsikan artikel ini

Teraju watak Wolverine, Hugh Jackman dan supermodel Gigi Hadid mencetus spekulasi percintaan yang menjadi perbualan hangat netizen di media sosial.

Berita itu menjadi tular selepas kedua-duanya dirakam bersama di tayangan perdana filem Marvel terbaru, Deadpool & Wolverine di New York City pada 23 Julai lalu.

Gigi yang hadir ke acara itu bersama Blake Lively kelihatan memukau dalam persalinan kuning Miu Miu. Ia diinspirasikan daripada sut kuning Wolverine, watak lakonan Hugh.

Foto: GC Images

Penampilannya disempurnakan dengan beg tangan sedondon daripada jenama sama dan sepatu rona hitam. Blake pula menggayakan sut badan Versace berwarna merah yang diilhamkan daripada karakter adi wira lakonan suaminya, Ryan Reynolds.

Kebenaran Tentang Hubungan Hugh Jackman dan Gigi Hadid

Keempat-empat bintang ini merakam foto bersama di karpet merah, yang memperlihatkan momen romantis Blake dan Ryan berpegangan tangan.

Walaupun Hugh dan Gigi tidak memaparkan sebarang aksi mesra, peminat tetap membuat spekulasi bahawa mereka sedang menjalin hubungan istimewa. Malah ada yang menyifatkan kemunculan mereka berempat sebagai ‘double date’.

HADIR BERSAMA KE TAYANGAN DEADPOOL & WOLVERINE, HUGH JACKMAN DAN GIGI HADID DILAMUN CINTA?

Foto: WireImage

Bagaimanapun peminat nampaknya terpaksa berpatah hati kerana hakikatnya mereka bukanlah pasangan kekasih. Walaupun aktor berusia 55 tahun itu masih solo selepas bercerai dengan isterinya Deborra-Lee pada September 2023, hati Gigi sudah pun dimiliki pelakon lain.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu dilaporkan menjalin cinta dengan Bradley Cooper sejak Oktober 2023. Mereka dirakam buat kali pertama ketika menikmati makan malam di sebuah restoran Itali Via Carota di New York.

Sejak itu kelibat mereka sering dilihat di sekitar New York City. Gigi turut menemani Bradley ke Golden Globes 2024 saat aktor itu menerima pencalonan untuk filem lakonan dan arahan pertamanya Maestro.

Mereka juga dirakam berpegangan tangan dan menari bersama ketika Stevie Nicks membuat persembahan di BottleRock Napa Valley Food and Music Festival pada Mei lalu.

G

Foto: People

 

Foto: People

Pautan berkaitan: JOE JONAS KECUNDANG SEKALI LAGI DALAM PERCINTAAN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

JUSTIN BIEBER SAMBUNG TRADISI KELUARGA MENERUSI NAMA ANAK SULUNG

JUSTIN BIEBER SAMBUNG TRADISI KELUARGA MENERUSI NAMA ANAK SULUNG

Bacaan Lanjut
KEBENARAN MENGENAI HUBUNGAN CHRIS MARTIN & DAKOTA JOHNSON

KEBENARAN MENGENAI HUBUNGAN CHRIS MARTIN & DAKOTA JOHNSON

Bacaan Lanjut
LAGU-LAGU IKONIK DARI FILEM DEADPOOL & WOLVERINE

LAGU-LAGU IKONIK DARI FILEM DEADPOOL & WOLVERINE

Bacaan Lanjut
TAHNIAH! ZAQUAN ADHA & AYU RAUDHAH DIKURNIA ANAK KETUJUH

TAHNIAH! ZAQUAN ADHA & AYU RAUDHAH DIKURNIA ANAK KETUJUH

Bacaan Lanjut
5 FILEM TERBAIK HUGH JACKMAN SELAIN DEADPOOL & WOLVERINE

5 FILEM TERBAIK HUGH JACKMAN SELAIN DEADPOOL & WOLVERINE

Bacaan Lanjut
STAIL SELEBRITI DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA DEADPOOL & WOLVERINE

STAIL SELEBRITI DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA DEADPOOL & WOLVERINE

Bacaan Lanjut